Hebahan Media Oleh ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon - Sebarkan Mesej “Bebaskan Anwar Ibrahim” Sempena Tahun Baru Cina

3 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Feb 17, 2015, 9:18:26 AM2/17/15
to pasukan-keadilan

Hebahan Media Oleh ADUN Machang Bubuk merangkap Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang, Lee Khai Loon pada 17 Februari 2015:

 

Sebarkan Mesej “Bebaskan Anwar Ibrahim” Sempena Tahun Baru Cina

 

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon telah melancarkan logo “Bebas Anwar – Lawan tetap lawan!” di laman Facebook agar semua rakyat yang cinta kepada keadilan dan perjuangan reformasi dapat menyebarkan mesej tentang keperluan untuk perubahan dalam sistem kehakiman dapat disebarkan luas di seluruh Malaysia.

 

Rakyat berbilang kaum, lapisan akan balik kampung untuk bersama keluarga sempena hari cuti ini. Maka semua yang prihatin tentang kes fitnah 2 Anwar Ibrahim boleh membawa mesej bantahan rakyat terhadap kezaliman serta bersatu untuk mendesak agar kerajaan membebaskan Anwar Ibrahim yang merupakan seorang tahanan politik.

 

Demi memastikan kempen Bebaskan Anwar dan Berarak Untuk Kebebasan terus mendapat dokongan dan sokongan orang ramai, maka Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk menyeru agar semua rakyat akan menyertai beberapa program dan aktiviti yang telah dirancangkan. Antaranya adalah berikut:-

 

a)      Badge “Bebas Anwar – Lawan tetap lawan!” telah dilancarkan melalui laman rasmi Facebook “Lee Khai Loon” https://www.facebook.com/LeeKhaiLoon . Semua rakyat dialu-alukan untuk download imej tersebut dan berkongsi dengan rakan-rakan Facebook yang lain dengan membincangkan kes Anwar serta masalah sistem kehakiman di negara ini. Rakaman ucapan Anwar Ibrahim juga boleh didapati daripada MediaRakyat dalam Youtube. Dengan pelbagai perbincangan serta penyertaan orang ramai dalam kempen kesedaran tentang masalah sistem kehakiman, maka secara tidak langsung juga dapat manarik perhatian masyarakat antarabangsa serta memberi desakan kepada pemerintah di Malaysia untuk membebaskan Anwar.

 

b)      Kempen Poskad “Berarak Untuk Kebebasan atau March to Freedom” yang dilancarkan oleh Nurul Nuha telah ,mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Dalam tempoh 4 hari, hampir 4000 tandatangan dan kata-kata semangat yang telah berjaya dikutip di Pulau Pinang. Kempen ini akan diteruskan dengan penambahan dua puluh ribu poskad akan dicetakkan dalam masa yang terdekat dan kesemua ini ditandatangani sebelum 20hb Mac agar dikumpul dan dihantar kepada Nurul Nuha untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim yang berada di Penjara Sungai Buloh. Bagi mereka yang berminat untuk memberi sumbangan untuk menampung kos pencetakan sila hubungi pejabat ADUN Machang Bubuk 013-3990519 atau email ke machang...@gmail.com.

 

c)      Kempen poskad “Berarak Untuk Kebebasan” akan membuat capaian ke peringkat komuniti dimana semua pertubuhan penduduk tempatan yang mengadakan Majlis Perayaan Tahun Baru Cina boleh pertimbangkan agar satu program solidariti bersama Anwar Ibrahim dengan tandatangan ke atas poskad boleh ditambah dalam program yang sediada.

 

d)     Dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon yang akan diadakan pada 27hb Februari, kempen Bebas Anwar akan melancarkan satu program kreatif untuk mengumpul sokongan terhadap Anwar Ibrahim. Dengan itu, diharapkan lebih banyak rakyat boleh menyertai dalam arus perjuangan REFORMASI yang amat penting untuk masa depan cerah anak kita. 

 

Kita tidak akan menyerah kalah. Lawan tetap lawan!

 

Selamat Tahun Baru Cina dan bersama-sama kita mengharapkan sebuah negara yang Bersih dan Adil dalam Tahun Kambing ini.  

 

 

Lee Khai Loon

ADUN Machang Bubuk

Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang

 

--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Organizing Secretary of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

2015-02-17 13.23.07.jpg
anwar-banner.jpg
anwar-badfge02.jpg
Kenyataan Media BM 17-2-2015 Kempen Bebas Anwar.docx
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages