Kenyataan Media Oleh ADUN Machang Bubuk merangkap Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang, Lee Khai Loon pada 7 Januari 2016:
Sokong Anwar Ibrahim Dicalon Untuk Anugerah Nobel Keamanan
ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon menyokong sepenuhnya Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mencalonkan tahanan politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk Anugerah Nobel Keamanan 2016 atas sumbangan dan pengorbanan beliau dalam usaha pembangunan demokrasi di Malaysia.
Anwar Ibrahim merupakan penyatuan gerakan pembangkang serta pembentuk sistem dua barisan dalam sejarah politik Malaysia. Beliau telah mengasaskan parti yang berbilang kaum serta memulakan asas penting dalam gerakan Reformasi. Pemenjaraan Anwar Ibrahim bukan sahaja memberi tamparan terhadap beliau sendiri, malahan pembangunan demokrasi di Malaysia.
Hampir segenap tahun Anwar Ibrahim dipenjarakan, kebebasan politik di Malaysia semakin genting. Sesiapa yang menggugat kuasa politik UMNO/BN akan dianiayai dan dizalimi oleh kerajaan UMNO/BN. Amnesty International juga mengisytiharkan Anwar Ibrahim sebagai seorang tahanan politik.
Walaupun perjalanan perjuangan reformasi penuh dengan cabaran dan rintangan, tetapi Anwar Ibrahim masih percaya dengan kemaraan demokrasi perlu berlandaskan keamanan, demokrasi, rasional dan perubahan secara sistematik. Oleh itu, beliau tetap berdiri teguh serta berpegang kuat dengan prinsip demokrasi walaupun difitnah, diaib dan dipenjarakan.
Lee Khai Loon menyeru agar semua lapisan masyarakat agar jangan lupa pada Anwar Ibrahim serta ahli keluarga yang berjuang untuk pembebasan beliau. Bagi Anwar Ibrahim, sokongan yang paling berkuasa adalah tidak putus asa, tidak lupa untuk teruskan solidarity bersama beliau sehingga beliau bebas.
Pencalonan Anwar Ibrahim untuk Anugerah Nobel Keamanan bukan semata-mata untuk penghormatan seorang individu tetapi adalah menarik perhatian masyarakat antarabangsa agar prihatin terhadap demokrasi di Malaysia yang terancam serta tegakkan keadilan untuk Anwar Ibrahim.
Semasa negara dan dunia menghadapi ancaman ekstremis dan totalitarian, masyarakat antarabangsa perlu pertahankan nilai sejagat dengan memastikan bahawa pemimpin yang terbuka serta progresif dapat diiktiraf. Ini juga merupakan tanggungjawab dan peranan yang boleh dimainkan oleh warga sedunia.
Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang