Kenyataan Media Oleh ADUN Machang Bubuk merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang Lee Khai Loon pada 5 Januari 2015:
Usaha Pembasmian Bakteria Perlu Diutamakan Selepas Bencana Banjir
ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon berpendapat bahawa berita tentang Perdana Menteri Najib Razak terkena jangkitan bakteria e-coli semasa lawatan ke kawasan banjir merupakan satu peringatan yang penting kepada semua pihak dalam misi bantuan banjir.
Kejadian tersebut telah menunjukkan cabaran besar khasnya keberkesanan pembasmian bakteria untuk mengelakkan penyakit berjangkit seperti cholera merebak selepas bencana banjir adalah sangat mustahak. Usaha pembasmian bakteria perlu dijalankan dengan menyeluruh agar mangsa-mangsa banjir tidak diserang untuk kali kedua.
Walaupun keadaan bencana banjir di Semenanjung Malaysia bertambah baik dengan mangsa banjir yang mencecah lebih dua ratus ribu orang telah berkurangan ke empat puluh empat ribu orang. Namun begitu kesihatan dan kebersihan di kawasan bencana amat teruk. Kolam kumbahan yang tidak berfungsi menyebabkan najis di merata-rata. Air tercemar dan bahan toksik telah menyebabkan mangsa-mangsa terdedah kepada persekitaran yang merbahaya dan mencemar.
Selaku Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang, Lee Khai Loon menegaskan bahawa keperluan tenaga kerja, sumber barangan dan kewangan amat tinggi selepas bencana banjir. Mangsa banjir bukan sekadar mengalami kerugian harta benda, tekanan jiwa yang kuat malahan kesihatan juga terancam. Tambahan pula dengan tahap kesedaran tentang pencegahan wabak yang rendah, maka ramai mangsa tidak ada pengetahuan dalam pembasmian bakteria.
Bayangkan Perdana Menteri yang membuat lawatan ke kawasan banjir juga dijangkiti e-coli, maka mangsa-mangsa bencana yang berada di kawasan bencana sepanjang 24 jam setiap hari akan berdepan dengan risiko kena penyakit berjangkit juga tinggi.
Sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan yang proaktif untuk pencegahan wabak serta pembasmian bakteria, maka akibatnya akan menjadi serius serta kemungkinan tidak terkawal sehingga mengancam kesihatan dan keselamatan rakyat di Malaysia.
Oleh itu, Lee Khai Loon menyeru kerajaan serta pihak berkenaan akan mengumumkan apakah usaha pembasmian bakteria serta jadual kerja perlaksanaannya kepada masyarakat umum. Di samping itu, bengkel-bengkel serta taklimat kesedaran pembasmian bakteria perlu dianjurkan agar mangsa-mangsa bencana akan mengutamakan kerja-kerja pembasmian bakteria apabila balik ke rumah masing-masing.
Selain itu, kerajaan perlu mengarahkan jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan serta pihak swasta untuk menyediakan pelbagai barangan pembasmian bakteria kepada semua mangsa agar perlaksanaan pembasmian dapat dijalankan dengan lancar agar pembinaan semula serta kesihatan rakyat dapat terjamin.
Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang
012-2258607