USUL TERGEMPAR UNTUK MENDESAK KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK MENANGGUH PERLAKSANAAN GST OLEH ADUN MACHANG BUBUK DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG PADA JAM 9.30 PAGI, JUMAAT, 14 NOVEMBER 2014

5 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Nov 13, 2014, 8:47:59 PM11/13/14
to

14 November, 2014

 

Yang di-Pertua YB Dato' Speaker,

 

USUL TERGEMPAR OLEH ADUN MACHANG BUBUK DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG PADA JAM 9.30 PAGI, JUMAAT, 14 NOVEMBER 2014

 

Bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang membuat ketetapan di bawah Peraturan 34 (viii) seperti berikut:

 

1.       Bahawa DUN Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015 sehingga negara kita mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi memandangkan pelbagai masalah dan implikasi buruk terhadap rakyat jelata serta negara belum bersedia untuk menghadapi inflasi yang semakin tidak terkawal di Malaysia.

 

2.       Bahawa DUN Pulau Pinang berpendapat bahawa cukai GST adalah satu cukai yang regresif yang bukan sahaja lebih membebankan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah, malahan golongan miskin yang terpaksa hidup dengan keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Perlaksanaan cukai GST bahkan sudah jatuh ditimpa tangga.

 

3.       Bahawa DUN Pulau Pinang menegaskan bahawa perlaksanaan cukai GST hanya merupakan jalan mudah kepada Kerajaan Persekutuan yang gagal dalam mengurus ekonomi negara khasnya dalam usaha membanteras rasuah, ketirisan dan pemborosan. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan perlu tumpu kepada usaha dalam urustadbir yang cekap, akauntabiliti dan telus agar penyelewangan tidak berlaku dan bukannya menjadikan rakyat di akar umbi sebagai kambing hitam.

 

4.       Bahawa DUN Pulau Pinang sangat memahami akan kesulitan dan beban kos sara hidup rakyat yang kian hari kian meningkat sejak GST diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan tahun lepas. Semua sektor akan terjejas dengan perlaksanaan GST. Kami komited akan sentiasa berjuang bersama rakyat untuk menjamin kesejahteraan semua rakyat Pulau Pinang serta menjadi negeri ini sebagai sebuah negeri tanpa GST.  

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Yang ikhlas,

 

 

 

LEE KHAI LOON

ADUN Machang Bubuk


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Information Chief of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

20141114 - Usul Tergempar Untuk Tangguh GST (edited 1).doc
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages