20151116 (BM/BC) - Teks Perbahasan Bajet 2016 ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon

2 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Nov 17, 2015, 2:18:13 AM11/17/15
to
Salam sejahtera dan salam reformasi.

Berikut adalah tek perbahasan bajet saya pada malam 16 November 2015 untuk rujukan dan kegunaan rakan-rakan media.

Harap maklum dan mohon untuk disebarkan.

Sekian, terima kasih

Yang benar
Lee Khai Loon

Perbahasan Bajet 2016 ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon pada 16 November 2015 (Isnin) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang

 

Terima kasih kepada Dato Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen bagi pembekalan dan anggaran pembangunan bagi tahun 2016 yang telah berjaya dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri.

 

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri kerana sekali lagi mencatat pengurusan kewangan yang berhemah dan cekap serta mempertingkatkan jumlah rizab kerajaan negeri daripada RM373.59 juta pada akhir tahun 2007 kepada RM880.75 juta pada akhir tahun 2014, peningkatan sebanyak RM507.16 juta atau 135.75%.

 

Pencapaian urus tadbir baik dan tender terbuka sekali lagi menunjukkan kerajaan yang bersih adalah penting untuk memastikan hasil negeri tidak disia-siakan melalui ketirisan, pembaziran atau rasuah.

 

Dalam keadaan ekonomi dunia yang lembap, kejatuhan nilai mata wang Ringgit serta krisis kepimpinan di kerajaan Persekutuan telah menjadikan prospek pembangunan ekonomi untuk Pulau Pinang amat mencabar. Tambahan pula dengan perlaksanaan cukai yang menzalim rakyat iaitu GST, kos sara hidup rakyat biasa bertambah berat dan menjadi golongan “working poor”.

 

Oleh itu, saya mengalu-alukan pengecualian cukai pintu oleh MBPP dan MPSP pada tahun 2016 kepada penghuni-penghuni rumah kos rendah dan kos sederhana rendah. Langkah ini bukan sahaja menunjukkan kerajaan negeri berjiwa rakyat, malahan menyalurkan bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah khasnya bagi mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang adalah sangat bermakna dan tepat pada masanya.

 

Walaupun keadaan ekonomi yang amat mencabar, kerajaan negeri bukan sahaja tidak mengurangkan sumbangan atau hapuskan bantuan kepada program i-Sejahtera, malahan program-program kebajikan telah diperbaiki dari segi perlaksanaan seperti Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang memberi perhatian kepada factor kesihatan keluarga serta pendidikan anak-anak.

 

Ruang penyertaan bagi rakyat dalam pembentukan bajet negeri

 

Dialog bajet telah diadakan di KADUN Machang Bubuk. Pelbagai lapisan masyarakat seperti pemimpin masyarakat setempat, rumah ibadat, wakil-wakil persatuan, NGO, professional dan peniaga telah dijemput untuk memberi pandangan dan cadangan untuk dibawa oleh wakil rakyat dalam sidang DUN. Proses pemberdayaan, empowerment ini amat penting untuk membuka ruang supaya dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan lebih menggambarkan keperluan di kalangan rakyat serta mengurangkan pembaziran.

 

MPSP dan MBPP juga mengadakan dialog bajet di peringkat kerajaan tempatan. Perlaksanaan bajet dialog bukan sekadar window-dressing atau PR exercise, tetapi lebih kepada menyediakan maklumat yang mencukupi kepada peserta atau penduduk yang vocal. Untuk mempertingkatkan keberkesanan dialog bajet, maka perlu adanya mid-term review di pertengahan tahun bajet supaya ia dapat dipantau dan dikenalpasti dengan perlaksanaan yang baik.

 

Beberapa isu penting yang telah dibangkitkan dalam dialog bajet yang diadakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk akan dikemukakan dalam perbahasan saya. Antaranya adalah berikut:-

 

Dasar tanah kerajaan negeri

 

Kerajaan negeri memang prihatin terhadap hak peneroka bandar khasnya penduduk Kampung Permatang Tok Suboh yang berdepan dengan nasib pengusiran. Saya amat tertarik kepada ucapan YAB Ketua Menteri di perkarangan bangunan Parlimen pada 7 Julai 2015 berkenaan dengan skandal 1MDB yang membabitkan Perdana Menteri. Ketua Menteri telah menegaskan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang sedia bertindak untuk menghentikan segala urus niaga tanah berkaitan dengan syarikat 1MDB di Pulau Pinang.

 

Langkah tersebut amat berani dan menunjukkan iltizam politik kerajaan negeri dalam mempertahankan hak tanah penduduk di Pulau Pinang serta membanteras sebarang penyelewangan dalam urus niaga tanah yang dibawah kuasa kerajaan negeri.

 

Memandangkan tuan punya tanah Distinct Class Sdn Bhd telah menuntut milikan kosong di mahkamah serta enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah penempatan penduduk di Pmtg Tok Suboh, maka saya menyeru kerajaan negeri untuk membeku segala urusniaga ke atas tanah Lot 1258, Mukim 14, SPT, yang dimiliki oleh Distinct Class Sdn Bhd kerana ia mungkin berlakunya salah laku dalam proses perolehan tanah tersebut. Kemungkinan besar pihak tuan tanah hanya ingin membuat spekulasi tanah dengan memperolehi nilai yang lebih tinggi daripada urus niaga yang akan dibuat selepas mendapat milikan kosong daripada mahkamah. Siasatan perlu dibuat serta segala transaksi dibekukan sehingga isu penempatan penduduk diselesai dengan baik.

 

Mitigasi banjir

 

Perubahan iklim, pembangunan yang tidak mampan serta kekurangan tadahan air semulajadi telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh kian kerap berlaku. Masalah banjir kilat masih berlaku di KADUN Machang Bubuk. Baru-baru ini, dalam masa kurang daripada 1 bulan, berlakunya empat kali banjir kilat.

 

Salah satu permintaan daripada peserta dialog bajet dan juga mangsa banjir kilat di Taman Impian Ria adalah memohon kerajaan negeri untuk mengecualikan bayaran cukai taksiran dan cukai tanah bagi mangsa-mangsa banjir kilat yang telah dikenalpasti. Masalah banjir kilat bukan sahaja merosakkan harta benda, malahan perlu minta cuti daripada majikan untuk membersihkan rumah. Gangguan psikologi juga tidak dapat dielakkan bagi mereka yang seringkali mengalami kerugian dalam bencana banjir.

 

Usaha pencegahan seperti penyelenggaraan parit dan longkang secara berkala, pemantauan kerja-kerja tanah dengan lebih ketat serta menguatkuasakan ke atas tuan tanah yang tidak bertanggungjawab agar banjir lumpur tidak berulang adalah amat penting. Sementara kita menunggu projek-projek tebatan banjir siap, semua usaha dan langkah sementara untuk memastikan kapasiti pam serta kolam tadahan banjir berfungsi dengan baik. “Fire fighting” atau kaedah yang pasif amat mendukacitanya kerana kebanyakan masalah yang timbul sebenarnya boleh dielakkan atau dicegah sekiranya pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang proaktif serta mendegar pandangan penduduk setempat.

 

Saya mengalu-alukan usaha kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh walaupun dipinggir serta diskriminasi oleh kerajaan pusat dalam peruntukan bajet serta Rancangan Malaysia Ke-11. Antara permohonan peruntukan untuk baki Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Junjong yang sepatutnya dalam Rancangan Malaysia Ke-9 tetapi ditangguh ke RMK10 dan RMK11. RTB Sungai Junjong (Fasa 1A) dengan kos RM11 juta dimulakan pada 13 Ogos 2007 dan siap pada 11 November 2008 manakala RTB Sungai Junjong (Fasa 1B) dengan kos RM3.65 juta dimulakan pada 9 Mac 2010 dan siap pada 17 Disember 2010. Baki RTB Sungai Junjong sampai hari ini tidak diberi peruntukan dalam RMK11.

 

Anggaran kos oleh JPS Pulau Pinang di mana projek untuk memulihkan koridor Lembangan Sungai Jawi adalah RM 80 juta. Projek ini penting untuk menangani banjir-banjir di kawasan Jalan Gajah Mati, Bukit Teh, Kuala Tasek, Tasek Junjong, Kampung Manggis serta Taman Usaha dan kawasan perindustrian ringan dan sederhana di Permatang Tinggi, Usahajaya dan sebagainya.

 

Sejak penubuhan Badan Bertindak Penebatan Banjir KADUN Machang Bubuk, pelbagai usaha dan engagement dengan pihak berkuasa telah dijalankan. Penyertaan rakyat dalam menyelesaikan masalah bencana adalah penting. Saya ingin mengambil satu contoh dari negara Denmark. Pada tahun 2011, bandar Roskilde yang pada suatu ketika dulu adalah ibu kota kepada Denmark telah mengalami banjir yang serius dimana ketinggian air setinggi 2m. Ramai yang terkejut dan berusaha mencari jalan untuk menangani masalah perubahan iklim yang ekstrim.

 

Pada masa itu, pakar dan penduduk di Roskilde telah bersepakat di mana mengubahkan bencana menjadi sumber. Kaedah di mana membaiki saliran bawah tanah atau pembinaan kolam tadahan banjir yang conventional, Roskilde memilih kaedah mitigasi dan penyimpanan air. Pada bulan Ogos 2012, Taman Rabalder yang berfungsi sebagai kolam takungan air yang kapasitinya mencapai 40000 meter padu telah siap dibina atau kira-kira

20 buah kolam renang. Kolam tersebut juga direka bentuk untuk menjadi gelanggang roller skating yang diminati oleh ramai pemuda-pemudi.

 

Denmark sebagai negara yang most connected di dunia, juga pernah memenangi anugerah World Smart Cities telah memilih langkah yang kreatif dan mampan untuk mengatasi masalah bencana banjir. Saya rasa Pulau Pinang juga boleh mengambil langkah yang sama khasnya pembinaan kolam tadahan di kawasan Alma untuk mengatasi air mengalir terus ke kawasan yang rendah.   

 

Keselamatan komuniti

 

Mengikut jawapan oleh YAB Ketua Menteri dalam mesyuarat pertama penggal ketiga DUN Pulau Pinang, nisbah polis dengan penduduk di Pulau Pinang adalah 1:263. Namun demikian, bilangan penduduk di KADUN Machang Bubuk telah bertambah dengan pesat berikutan dengan penambahan taman-taman perumahan yang baru. Selain daripada pertambahan bilangan penduduk, kawasan Alma telah menjadi kawasan komersial serta jumlah kejadian jenayah indeks juga bertambah.

 

Namun begitu, semua kawasan tersebut hanya dibawah pentadbiran balai polis Machang Bubuk yang hanya mempunyai 43 anggota untuk menjaga penduduk yang lebih kurang 65 ribu orang atau nisbah 1:1512 yang telah lebih kepada nisbah yang ditetapkan iaitu 1:260. Tambahan pula dengan kawasan Machang Bubuk yang begitu luas dan padat. Maka, penduduk tempatan telah banyak kali memohon agar satu balai polis dibina di kawasan Alma agar keselamatan komuniti terjamin.

 

Selain itu, saya memohon agar pihak MPSP akan lebih sensitive dan bertimbang rasa ke atas permohonan skim “guarded neighbourhood” di taman-taman perumahan. Disebabkan keselamatan yang kian merosot, ramai penduduk di kawasan perumahan terpaksa mengeluarkan duit untuk mengupah syarikat keselamatan untuk menjaga kawasan perumahan mereka. Tanggungjawab sosial kerajaan tersebut telah diberi kepada penduduk setempat berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan. Saya berharap birokrasi dan red tape dapat dikurangkan agar tidak menyusahkan permohonan dibuat.

 

Badan Peronda Sukarela (BPS) yang ditubuhkan memainkan peranan yang penting dalam melibatkan penduduk setempat untuk mempertingkatkan keselamatan sesuatu kawasan dengan semangat sukarela. Rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada BPS untuk membanteras jenayah dengan kerjasama bersama polis. Saya berharap pihak polis dapat memberi dokongan dan sokongan kepada BPS yang jelas membantu polis untuk berkhidmat untuk rakyat.

 

Keselamatan lalulintas

 

Menurut laporan statistik JPJ tahun 2014, purata 1,330 kemalangan telah direkodkan setiap hari dan seramai 18 orang mati setiap hari dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara.  Kemalangan maut paling kerap berlaku di jalan persekutuan, diikuti dengan jalan negeri manakala kemalangan maut di lebuhraya adalah rendah.  Anggaran yang membimbangkan ini menunjukkan keperluan mendesak untuk mengadakan dasar keselamatan jalan raya yang lebih berkesan.

 

Di antara beberapa kawasan kemalangan yang berisiko tinggi di KADUN Machang Bubuk adalah Jalan Kulim di depan Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah, persimpangan Jalan Sejahtera Satu, dan persimpangan Taman Jasa Indah, persimpangan jalan keluar dari Taman Markisah dan Taman Sukun ke Jalan Persekutuan.  Kawasan tersebut sering berlaku kemalangan sehingga membabitkan kemautan. 

 

Hasil siasatan didapati unsur-unsur yang menyebabkan kemalangan berlaku termasuk kawasan kemalangan tersebut tidak cukup terang pada waktu malam, reka bentuk jalan yang kurang baik dan jalan sempit tidak dapat menampung aliran trafik yang banyak dan sibuk.  Cadangan seperti penambahbaikan lampu jalan, mendirikan papan tanda, menaiktaraf jalan raya, mengadakan yellow transverse bar, bonggol jalan, speed table atau memasang lampu isyarat untuk mengurangkan kelajuan kenderaan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa.  Namun begitu, kebanyakan cadangan tersebut ditolak dengan alasan yang lemah serta tanpa mengemukakan sebarang alternatif yang menyakinkan. 

 

Saya berasa amat kecewa dengan maklum balas pihak berkenaan kerana mereka seolah-olah tidak mengambil serius tentang cadangan tersebut sehingga berlakunya kemalangan maut baru bertindak. Berapa ramai lagi perlu dikorbankan lagi untuk pihak yang berkenaan menangani keselamatan lalulintas tersebut? Saya ingin mencadang kepada pihak kerajaan supaya menubuh satu pasukan khas untuk mengaudit keselamatan jalan raya di seluruh negeri terutama di kawasan kemalangan berisiko tinggi.

 

Pembangunan mampan

 

Beberapa tempat awam seperti pasar awam, pusat penjaja atau dewan orang ramai mahupun kompleks perniagaan yang dibina oleh pemaju di kawasan perumahan telah menjadi terbiar atau terbengkalai akibat daripada lokasi yang tidak sesuai atau tiada sambutan daripada masyarakat setempat. Di KADUN Machang Bubuk, tempat-tempat tersebut telah menjadi tempat pembiakan nyamuk, aktiviti jenayah seperti penagihan dadah, maksiat dan sebagainya.

 

Maka saya mencadangkan supaya kerajaan negeri dapat membantu memulihkan atau renewal tempat-tempat tersebut untuk kepentingan masyarakat setempat. Proses consultation yang diamalkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama bersama PWDC dalam menaiktaraf pasar awam Chowrasta, Sebearang Jaya atau tempat yang bersejarah boleh dijalankan di beberapa tempat di Taman Machang Bubuk, Taman Impian. Penglibatan penduduk setempat dalam memberi pandangan dan idea dalam proses memulihkan penggunaan tempat terbiar adalah mustahak agar kesilapan yang dibuat oleh pemaju tidak berulang lagi serta lebih memenuhi keperluan penduduk setempat.

 

Antara cadangan yang diberikan oleh peserta yang hadir di dialog bajet adalah menjadikan tempat-tempat terbiar tersebut dijadikan pusat komuniti, common workplace, pusat penjaja ataupun koperasi untuk kegunaan masyarakat tempatan bahan dan makanan organic dan sebagainya. Saya menyeru kepada kerajaan tempatan agar mengambil tindakan proaktif dalam mengurus tempat-tempat terbiar ini.

 

Amalan Pemberian Peruntukan Secara Sistematik

 

Pusat Khidmat Masyarakat Machang Bubuk menerima surat memohon peruntukan untuk beroperasi daripada banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif. Namun, peruntukan untuk setiap ADUN amatlah terhad dan sukar menampung keperluan NGO tersebut walaupun mereka banyak menyumbang kepada masyarakat dengan pelbagai aktiviti amal.

 

Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat dan efektif, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk meneliti permohonan peruntukan serta mengeluarkan satu garis panduan untuk menguruskan permohonan peruntukan daripada NGO di dalam Pulau Pinang setiap tahun. Prestasi dan laporan daripada NGO akan menjadi kriteria dalam mempertimbangkan kelulusan serta jumlah peruntukan yang diberikan.

 

Dengan menjalin hubungan rapat dengan NGO, kerajaan dapat memastikan pembangunan masyarakat lebih menepati keperluan semua golongan masyarakat khasnya matlamat bagi kebanyakan NGO adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu tempatan serta memberi perkhidmatan kepada golongan yang memerlukannya.

 

Selain daripada itu, pemberian peruntukan secara sistematik juga dapat menjamin ketelusan dan keadilan dalam proses membuat keputusan, dan seterusnya ia dapat memperkasakan fungsi-fungsi NGO dalam merealisasikan visi dan misi negeri.

 

Peluang ekonomi untuk golongan kurang berkemampuan

 

Dalam tahun 2015, bilangan pasar malam di KADUN Machang Bubuk telah bertambah tiga buah dimana dari lima buah kepada lapan buah. Pasar malam penting untuk menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil supaya mereka mendapat pendapatan sampingan malahan juga membantu dalam pembangunan ekonomi komuniti.

 

Baru-baru ini, ruang niaga Pasar Awam Taman Selamat juga diperluaskan untuk menampung permintaan penjaja yang tidak berlesen. Dengan penambahan 45 gerai melalui penutupan sekerat jalan dari 6am hingga 1130am setiap hari, masalah penjaja tidak berlesen dapat diatasi dengan baik serta pengurusan yang lebih efektif.

 

Pengalaman kami di Machang Bubuk, adalah senang untuk keluarkan kompaun atau saman kepada penjaja tanpa lesen. Masalah pokok adalah keadaan ekonomi yang lembap sehingga golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah menghadapi tekanan hidup yang berat. Sebagai kerajaan tempatan yang prihatin terhadap rakyat serta kesejahteraan masyarakat, maka perlu fikirkan bagaimana boleh membantu penjaja untuk berniaga tanpa ketakutan di bawah bidang kuasa yang sedia ada.

 

Tindakan penguatkuasaan dan perancangan ruang perniagaan yang terbiar atau yang baru untuk menempatkan penjaja tanpa lesen akan memastikan semua penduduk mendapat peluang yang sama serta keperluan golongan kurang berkemampuan juga dijaga.

 

Kalau setiap sudut dalam kawasan boleh dipergiatkan dengan aktiviti ekonomi atau aktiviti budaya yang memberi makna kepada penduduk tempatan, maka masalah sosial juga dapat dikurangkan. 

 

Pembangunan keluarga, wanita dan kanak-kanak

 

Dengan tekanan hidup yang kian berat, bilangan kes sakit mental atau psikologi telah bertambah. Keganasan rumah tangga juga bertambah. Perkhidmatan kaunseling tidak mencukupi untuk menampung keperluan tersebut. Keadaan ini telah menjejaskan keharmonian komuniti dan kualiti hidup rakyat. Lebih banyak keluarga berisiko tinggi akan muncul.

 

Masalah keluarga adalah punca utama masalah sosial. Kerajaan perlu memperuntukkan lebih banyak peruntukan kepada pembangunan keluarga, wanita dan kanak-kanak khasnya menyalurkan perhidmatan kaunseling ke setiap komuniti, dan mengadakan kempen kesedaran hak-hak wanita dan kanak-kanak dengan lebih kerap.

 

Pusat Perkhidmatan Wanita yang ditubuhkan oleh kerajaan seperti PPW Seberang Perai perlu didirikan di setiap kawasan Parlimen agar kaunseling keluarga dan perkhidmatan untuk golongan wanita dan kanak-kanak boleh dijalankan, dan seterusnya membantu mengenalpasti keperluan mereka.

 

Selain daripada itu, masalah kekurangan sekolah khas untuk kanak-kanak khas juga perlu diambil kira sebagai satu masalah yang dihadapi oleh segelintir keluarga. Kerajaan perlu berkongsi tanggungjawab dengan memberi subsidi untuk mendirikan lebih banyak sekolah khas memandangkan usaha tersebut akan membantu mengurangkan beban untuk banyak keluarga juga.

 

Untuk penambahbaikan program ibu emas, maka perlu memasukkan golongan ibu-tunggal di bawah 60 tahun yang tidak beranak atau wanita berumur tetapi belum berkahwin. Kebajikan mereka juga perlu dijaga kerana mereka juga menyumbang tenaga yang banyak untuk pembangunan masyarakat.

 

Penguatkuasaan untuk tangani masalah sosial

 

Pusat hiburan yang berunsur judi semakin berleluasa serta menimbulkan masalah sosial yang kian serius. Semua JKKK di KADUN Machang Bubuk telah keluar satu memorandum untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan negeri agar mengambil tindakan yang serius ke atas pusat hiburan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

 

Antaranya cadangan daripada JKKK KADUN Machang Bubuk adalah menjalankan penguatkuasaan bersepadu ke atas premis-premis pusat hiburan tersebut agar aktiviti perjudian dapat dibanteras. Selain itu, kami mencadangkan supaya semua lesen pusat hiburan dapat dibekukan agar bilangan tidak bertambah lagi.

 

Sekiranya pengusaha pusat hiburan berunsur judi tersebut terus berdegil, maka JKKK KADUN Machang Bubuk juga mencadangkan agar kerajaan negeri yang berkuasa ke atas hal-ehwal tanah akan rampas balik premis tersebut kerana salah guna tempat tersebut. Saya menyeru agar pihak MPSP dan PDRM akan berkerjasama dengan lebih rapat untuk menguatkuasakan undang-undang yang diperuntukkan.

 

Keadilan Agihan Sumber Perubatan

 

Kebelakangan ini, kerajaan negeri berusaha mempromosi medical tourism untuk menarik pelancong luar negara datang ke Pulau Pinang untuk menikmati perkhidmatan perubatan tempatan. Namun demikian, adakah hasil medical tourism dapat manfaatkan sumber perubatan tempatan? Ataupun kebaikannya hanya dinikmati oleh hospital swasta sahaja?

 

Saya berpendapat kerajaan negeri perlu berusaha untuk memperbaiki dan menyalurkan sumber pembangunan ke atas perkhidmatan perubatan awam yang lebih baik agar golongan pertengahan rendah akan dijamin akses kepada perkhidmatan perubatan yang rapi. Pada masa yang sama, semua hospital awam di Pulau Pinang telah mengalami kesesakan dan kekurangan katil. Keperluan untuk perubatan bertambah mengikut kadar pertumbuhan penduduk. Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan perubatan, termasuk menambah bilangan katil, pesakit luar yang lengkap, kurangkan masa untuk menunggu untuk mengelakkan pesakit terpaksa menerima perubatan yang mahal di hospital swasta.

 

Perubatan bukan sesuatu kelakuan pengguna atau komoditi perkhidmatan, malah ia adalah sejenis perlindungan asas. Walaupun perubatan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, tetapi saya mencadangkan kerajaan negeri untuk membangunkan sector perubatan bersama pihak swasta. Kerajaan boleh mengkaji untuk menubuhkan hospital kerajaan negeri untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan murah kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

 

Selain daripada menaruh sumber ke perkhidmatan perubatan awam, pertingkatkan perkhidmatan perubatan di komuniti yang berasaskan pencegahan, menambah pemeriksaan kesihatan di kawasan desa serta klinik, membangunkan pencegahan yang kosnya relative rendah dan juga perkhidmatan kesihatan. Untuk jangkamasa panjang, peningkatan kesedaran kesihatan serta pencegahan di kalangan rakyat adalah penting untuk mengurangkan perbelanjaan dalam kos perubatan.

 

Projek Duit Kita Hak Kita

 

Sebelum pembentangan bajet negeri 2016, kerajaan Persekutuan telah membentangkan bajet persekutuan yang telah dibantah dan ditolak oleh rakyat secara umumnya khasnya ketidak upayaan kerajaan persekutuan dalam meringankan beban rakyat, malahan telah hapuskan banyak subsidi barang keperluan yang menambah berat beban rakyat. Dalam proses ini, saya mendapati rakyat mempunyai sense of powerlessness yang kuat, ketiada kuasaan tersebut bukan kerana mereka tidak mendapat sebarang manfaat daripada bajet 2016, tetapi ia adalah kerana mereka tidak pernah ada peluang untuk menyertai atau mempengaruhi pembentukan bajet. Rakyat adalah sangat pasif dan semua diputuskan oleh pembuat dasar.

 

Dengan mengambil iktibar kekurangan ini, kerajaan negeri perlu memikirkan bagaimana boleh menambahkan elemen demokrasi untuk membolehkan perbincangan awam dapat dijalankan dalam proses pembentukan bajet serta dasar-dasar penting. Dalam keadaan kini, walaupun kami sebagai wakil rakyat, masih tiada satu saluran yang berkesan untuk kami mengutarakan pendapat dan pertimbangan tempatan serta pendapat tentang pengurusan kewangan dapat dimasukkan ke dalam bajet negeri. Saya berpendapat kita perlu memperbaiki keadaan ini.

 

Isi kandungan dasar dan bajet amat penting, namun bagaimana ia diputuskan serta proses penentuan tersebut juga amat penting. Disentrasi, open data adalah halatuju urustadbir bagi banyak bandaraya yang demokrasi dan progresif. Saya percaya Pulau Pinang juga berkeupayaan untuk menuju ke arah tersebut.

 

Dengan peningkatan tahap pendidikan di kalangan rakyat, keprihatinan tentang pentadbiran awam juga meningkat. Kita semua boleh memberi pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman kehidupan kita. Kesemua ini adalah sumber yang sangat bernilai dan tidak patut dipandang remeh temeh. Sekiranya kita yakin pada semangat “penyertaan rakyat”, maka kita perlu mengaplikasikan semangat ini ke dalam perlaksanaan pentadbiran kita dengan memasukkan penyertaan awam dalam struktur dasar seperti dalam proses pembentukan bajet perlu memberi ruang dan masa kepada rakyat untuk public consultation serta mengutip suara rakyat. Saya berharap projek perintis yang dijalankan di kawasan seperti semangat “duit kita hak kita” boleh dilaksanakan di peringkat akar umbi dan kepada peringkat negeri.

 

Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua agensi kerajaan, PDRM, BOMBA, MPSP, JPS, JKM, jabatan-jabatan dan kakitangan kerajaan yang telah memberi kerjasama kepada saya dan penduduk di KADUN Machang Bubuk.

 

Dengan ini, saya pohon untuk menyokong.



马章武莫州议员李凯伦20151116日于槟州议会辩论财政预算案重点:

 

1.    恭喜槟州政府的储备金增长了135.75%,即从2007年末的RM373.59 juta,增加到2014年末的RM880.75 juta。这再次证明了良好施政和公开招标将有助于防止挥霍浪费和贪污现象的发生。

 

2.    全球经济不景,马币贬值和中央政府面对政权危机,对槟州的经济前景带来挑战,再加上消费税的施行让人民生活在水深火热中,因此我欢迎槟岛市政厅和威省市政局豁免2016年廉价屋和中廉价屋的门牌税,以减轻低收入人民的负担。

 

3.    通过举办马章武莫阶段的“财政预算案对话会”,社会各阶层的代表、地方领袖和非政府组织提供了符合人民需求的各项政策建议。槟岛市政厅和威省市政局每年也有举行类似的对话会,提供人民参与决策的平台。为了提升预算案对话会的有效性,因此,财政预算案应该进行年中检讨,以确保预算案的各个项目充分地被执行。

 

4.    根据首长林冠英201577日在国会针对一个大马发展机构丑闻时发表看法时表示,槟州政府随时准备停止一切跟该机构在槟城的土地交易。这已显示出州政府关注槟州人民的土地权益,并确保没有土地交易舞弊案件在槟城发生的决心。因此,在督苏布村民被逼迁和庭案败诉的事件上,我呼吁政府冻结Distinct Class Sdn BhdLot 1258, Mukim 14, SPT上的一切土地交易,以确保提高地价的投机交易事件不会发生,直到督苏布村民获得适当赔偿和安顿安排工作完成为止。

 

5.    因为气候变化、过度发展和缺乏天然蓄水池的因素,最近马章武莫在少过一个月的时间内发生四次闪电水灾。因此,治水和防范闪电水灾的各项水沟和排水道清理工作必须定期准时进行,而政府也应该考虑山脚镇居民向我建议的“豁免灾区居民的门牌税”,因为他们除了面对财物上的损失,也面对精神上的压力。此外,政府可以跟丹麦这个曾经获得“世界最聪明城市”殊荣的国家学习治水的方法,其中可参考的包括RoskildeRabalder公园成功设立一个40000立方米或者20个游泳池的容量蓄水池,把面对水灾的挑战变成一种资源管理,平时这个蓄水池可以成为居民休闲和轮滑活动的好去处。

 

6.    警方应该尽快在马章武莫成立警察局,以解决43名警察服务65千名居民的1:1512严重比例差距问题。我也呼吁威省市政局检讨住宅花园申请建立保安亭的程序,以让居民们能够执行法律规定下,人民应协助政府进行社会责任的权益,一起打造一个安全的居住环境。此外,警方应该和自愿巡逻局(BPS)互相合作打击罪案,确保社区的安全。

 

7.    根据调查,车祸发生的原因包括路灯不足、马路狭窄和形状问题、车流量过高和车速过快等问题,而当地居民提供了针对性的解决方案如进行道路提升工程、建设减速路墩和红绿灯等,但是公共工程局往往在拒绝人民意见后未能提供改善的替代解决方案。因此,我建议政府成立一个特别小组来鉴定州内各个道路的安全性,尤其是车祸黑区的马路地段,其中包括卓坤回教堂前的居林路、Jalan Sejahtera Satu路口和Taman Jasa Indah路口,和 马吉莎花园和忠英园连接联邦马路的路口。

 

8.    马章武莫多个荒废的建筑物如巴刹、商业中心、小贩中心和人民会堂已经成为孑孓繁殖和吸毒罪案的温床。为了推动永续性的建设发展,地方政府应该征求当地居民的意见,以进活化社区的工作,让这些地方能够转型成为社区活动中心。

 

9.    每年接获不同非政府组织的拨款申请已经反映出政府制度化拨款非政府组织的需求,以确保这些协助政府帮助人民的组织,能够每年正常操作,而政府可以通过设定申请指南来审核非政府组织的表现和获得拨款的数目。与非政府组织建立良好的互动双赢关系,将有助于政府制定符合人民需求的政策,同时强化州内非政府组织的使命。

 

10. 2015年,马章武莫增加了三个夜市场,提高了区内的商业活动和机会,而益美园早市也通过设定关路时段增加了45个摊位空间,以确保需要增加生计的中低收入群体可以有足够的机会进行商业活动,这也有助于减低社会问题和罪案的发生。

 

11. 因为生活压力导致精神问题和家暴个案的问题日益严重,而高风险家庭的增加将为社会和国家带来更多的问题,因此我建议州政府在每个国会选区建立类似北赖妇女服务中心(PPW)的单位,以提供有需要的女性、儿童和弱势群体辅导和咨询服务、并进行更多权益醒觉的讲座和课程。此外,政府也应提供津贴于特殊学校,并确保有特殊儿童的家庭获得经济上的协助。为了完善黄金妈妈的政策,未满60岁的未婚女性和60岁以下但未有孩子的女性也应该被加入符合资格。

 

12. 娱乐场所如雨后春笋并导致加剧社会问题的发生,已经引起马章武莫社委会的强烈关注并呈交备忘录于州政府和相关单位,因此希望警方和相关单位可以采取联合执法行动,并在冻结所有娱乐场所的执照申请。

 

13. 虽然医药服务是中央政府的权限,但是我呼吁州政府跟私人医院合作,成立州政府医院,为中低收入人民提供有素质的医药服务,同时解决床位不足、医药费过高和等待医治时间过长的问题。各种健康意识和防范疾病的醒觉运动应该定期举行,以减少社区的医药成本。

 

14. 正在马章武莫进行的“我们的钱,我们作主”人民参与计划,提供人民提供政策建议的平台,但是面对中央政府和州政府预算案,人民的影响力还是很微弱的。甚至作为人民代议士的我们,在财政预算案的制定过程中,也面对缺乏表达民意的管道和空间,因此我建议州政府改善资讯公开的程度,并建立更多平台,让不同阶层的人民贡献他们的生活智慧,一起协助政府制定以民为本的政策。


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Organizing Secretary of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

Perbahasan Bajet 2016 ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon pada 16 November 2015 (edited).docx
Perbahasan Bajet 2016 ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon (Chinese version).docx
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages