Kenyataan Media Oleh ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon - Anwar Ibrahim Adalah Mangsa Ketidak Adilan!

4 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Feb 25, 2015, 11:52:42 PM2/25/15
to

Kenyataan Media Oleh ADUN Machang Bubuk merangkap Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang, Lee Khai Loon pada 26 Februari 2015:

 

Anwar Ibrahim Adalah Mangsa Ketidak Adilan!

 

ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon menyokong sepenuhnya kepada permohonan pengampunan diraja yang dibuat oleh keluar Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta menegaskan bahawa permohonan pengampunan tidak sama dengan mengaku salah.

 

Terdapat segelintir masyarakat umum yang salah faham tentang permohonan pengampunan diraja dengan mengaitkan tindakan tersebut sebagai mengaku salah. Fakta sebenar adalah Anwar Ibrahim merupakan seorang mangsa ketidak adilan ketara dalam sistem kehakiman. Beliau adalah seorang tahanan politik.

 

Sebagai seorang ketua pembangkang parlimen, Anwar Ibrahim telah mempertahankan demokrasi, hak asasi manusia serta melawan rasuah untuk urustadbir yang baik. Beliau telah menjadi mangsa nombor satu dalam sistem pemerintahan UMNO/BN yang rasuah dan rakus.

 

Di samping itu, kita perlu faham bahawa makna pengampunan dalam konteks undang-undang adalah bertujuan untuk memperbetulkan kemungkinan berlakunya kesilapan dalam sistem kehakiman. Sekiranya undang-undang mempunyai kemungkinan wujudnya kesilapan, maka tidak kira faktor politik ataupun kelemahan undang-undang sendiri, permohonan pengampunan merupakan hak asasi manusia di mana seseorang yang tidak bersalah tidak perlu menanggung akibat daripada kesilapan dan kelemahan sistem.

 

Lee juga merupakan Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang juga mempertikaikan pandangan dimana permohonan pengampunan adalah abaikan pegangan “tidak bersalah”. Hanya banduan yang menghadapi hukuman gantung atau penjara seumur hidup layak untuk memohon pengampunan. Bukankah pandangan tersebut telah menjadikan orang yang benar-benar bersalah lebih layak memohon pengampunan berbanding dengan orang yang difitnah?

 

Keluarga Anwar Ibrahim membuat permohonan pengampunan diraja berasaskan ketidak adilan yang ketara dalam sistem kehakiman, maka ia tidak patut ditafsir sebagai mengaku kesalahan. Mereka telah memfail petisyen pengampunan bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan untuk mengadu masalah yang timbul dalam sistem kehakiman negara kita.

Walaupun permohonan pengampunan diraja adalah tidak mudah dan penuh dengan cabaran, dengan harapan yang tidak pasti, kita perlu terus berjuang sedaya upaya untuk mencapai matlamat bebaskan Anwar Ibrahim.

 

Dengan ini, saya berharap orang ramai akan hadir ramai-ramai pada 7hb Mac di Sogo untuk solidarity bersama Anwar Ibrahim. Saya juga berharap permohonan pengampunan oleh keluarga Anwar Ibrahim dapat diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

 

Lee Khai Loon

ADUN Machang Bubuk

Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang

 


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Organizing Secretary of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

Kenyataan Media BM 26-2-2015 Anwar Ibrahim Adalah Mangsa Ketidak Adilan.docx
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages