Kenyataan Media (BM) daripada ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon - Solidariti Bersama UM8, Tarik Balik Semua Tuduhan Terhadap UM8

4 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Nov 6, 2014, 2:04:29 AM11/6/14
to pasukan-keadilan, amsel...@googlegroups.com, lee-khai-loon-f...@googlegroups.com

Kenyataan Media oleh ADUN Machang Bubuk merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang Lee Khai Loon pada 6-11-2014:

 

Solidariti Bersama UM8, Tarik Balik Semua Tuduhan Terhadap UM8

 

ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon menyeru semua rakyat untuk bersolidariti dengan lapan orang aktivis siswa Universiti Malaya (UM8) yang bakal menghadapi pertuduhan yang akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib pada 7 November 2014 (Jumaat). Mereka telah menganjurkan dan menyertai Pidato Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam kampus pada 27hb Oktober.

Lee berkata, aktivis siswa tersebut hanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin  serta mempertahankan hak dan prinsip mereka untuk tegakkan demokrasi kampus. Untuk menyuburkan gerakan demokrasi di Malaysia, gerakan “Occupy UM” dan “Gerakan Bunga Raya” perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat agar semangat gerakan mahasiswa kembali gemilang.

 

Persatuan Mahasiswa UM telah mengambil initiatif untuk mengadakan gerakan solidariti “Occupy UM” telah menunjukkan ciri-ciri istimewa seorang mahasiswa yang bebas berfikir secara kritikal serta berani lawan kezaliman. Mahasiswa adalah aset and harapan negara, hak –hak mereka tidak patut dipergadaikankan oleh agenda politik sempit pemerintah.

 

Lee menegaskan bahawa seluruh dunia sedang melihat apa yang sedang dan akan berlaku ke atas lapan aktivis siswa tersebut. Harap-harap kenyataan “'Occupy' lah universiti, kerana itu memang tempat mereka” yang dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM Prof Datuk Rohana Yusof bukan hanya sesuatu samara sahaja. Untuk menunjukkan keikhlasan pihak UM yang menghormati autonomi dan hak-hak mahasiswa, maka tindakan disiplin dan pertuduhan yang dikenakan atas semua aktivis itu perlu ditarik balik dengan serta-merta.

 

Tindakan tatatertib UM yang dikenakan ke atas mahasiswa adalah bercanggah dengan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia. Ia sekaligus juga akan menjatuhkan imej dan prestasi universiti UM di peringkat antarabangsa.  

 

Beliau menekankan bahawa menyekat kebebasan bersuara serta berhimpun mahasiswa telah melanggari trend antarabangsa yang giat dalam mempertahankan keadilan sosial kebelakangan ini. Antaranya adalah Gerakan Occupy Wall Street di Amerika Syarikat, Gerakan Arab Spring di Timur Tengah, Gerakan Bunga Matahari di Taiwan serta gerakan payung atau Occupy Hong Kong di Hong Kong telah menunjukkan kebangkitan rakyat untuk mempertahankan demokrasi dan keadilan.

 

Malaysia adalah negara yang terkenal dengan berbilang kaum dan budaya, kerajaan perlu membenarkan suara yang berbilang dapat wujud. Kerajaan dan semua rakyat perlu berbangga dengan mahasiswa kita kerana mempunyai pemikiran kritis yang mengangkat prinsip demokrasi. Marilah kita menjadikan Gerakan Bunga Raya sebagai perintis dalam sejarah perkembangan demokrasi dan bukannya sebagai mangsa di bawah kuasa pemerintah yang zalim dan menindas.

 

 

Lee Khai Loon

ADUN Machang Bubuk

Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang

012-2258607

 


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Information Chief of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

Kenyataan Media 6-11-2014 Solidariti Bersama UM 8 tarik balik tuduhan ke atas UM8.docx
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages