KULIMLebih 10,000 majikan di negara ini sudah terlibat dalam sesi konsultansi dan bengkel berkaitan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kerja 1955 yang dianjurkan Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, bengkel melibatkan majikan dan pekerja daripada semua sektor perusahaan bertujuan sebagai platform untuk bertemu secara langsung dengan agensi kerajaan bagi membincangkan dan meningkatkan pemahaman pindaan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) dan Akta Kerja 1955 (Akta 265).
Kita mahu tambah baik sistem penyelesaian pertikaian sedia ada bagi membolehkan pertikaian yang berlaku diselesaikan dengan lebih berkesan dan pantas serta memastikan undang-undang perburuhan di negara ini setara dengan standard antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Jelas Awang, Akta 265 yang dipinda telah ditambah baik dan telah diwartakan pada 10 Mei lalu dan pindaan yang dijangka berkuatkuasa tahun hadapan itu akan memanfaatkan kira-kira 14 juta pekerja sektor swasta di semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
tambahnya, kementerian berharap program itu mampu menjadi asas untuk majikan, pekerja atau kesatuan sekerja untuk berkongsi pandangan dan pendapat bagi meningkatkan keharmonian perusahaan yang lebih baik dalam industri negara agar kekal kondusif dan progresif.- UTUSAN
ADAKAH MAHKAMAH PERUSAHAAN MERUPAKAN MAHKAMAH
ATAU TRIBUNAL
1. Latarbelakang
Mahkamah Perusahaan telah wujud di negara ini seawal tahun 1940. Penubuhan
Mahkamah Perusahaan ini dapat dilihat melalui penggubalan Industrial Court
Ordinance, 1940 (Straits Settlement) dan juga Industrial Court Enactment 1940
(Federal Malay States). Sementara itu, di negeri Kedah, telah terdapat Industrial
Court Enactment, 1360. Undang-undang tersebut menunjukkan bahawa sistem
perundangan berkaitan dengan perhubungan perusahaan telah dilaksanakan di
negara ini sekian lama. Ia meliputi 3 komponen utama iaitu melibatkan pihak pekerja
atau kesatuan sekerja, pihak majikan atau pertubuhan majikan dan pihak pemerintah
iaitu kerajaan persekutuan. Hubungan tiga serangkai ini terus diamalkan sehinggalah
terciptanya Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menggantikan Industrial Court
Ordinance, 1948. Matlamat utama penggubalan Akta 177 adalah untuk mewujudkan
keharmonian perhubungan perusahaan di negara ini. Preamble Akta 177 ini
menyatakan bahawa:
An Act promote and maintain industrial harmony and to provide for the regulations
between employers and workmen and their trade unions and the prevention and
settlement of any differences or disputes arising from their relationship and generally
to deal with trade disputes and matters arising thereform.
Preamble Akta Perhubungan Perusahaan 1967 itu sendiri telah menjelaskan faktor
utama penggubalan akta tersebut adalah untuk menjaga keharmonian perindustrian
di negara ini.
Namun demikian, adalah ditegaskan bahawa sebenarnya Mahkamah Perusahaan
adalah merupakan satu platform tribunal yang berfungsi untuk menyelesaikan keskes pertikaian antara pekerja, kesatuan pekerja dan majikan. Di bawah Seksyen 30(5)
Akta Perbuhungan Perusahaan 1967, telah menyatakan bahawa mahkamah tidak
sewajarnya memberikan penekanan kepada aspek-aspek teknikal undang-undang
dalam menurunkan award di akhir perbicaraan kes di Mahkamah Perusahaan.
Prosedur serta amalan yang digunapakai di Mahkamah Perusahaan adalah
berlandaskan rujukan berikut:
3. Rumusan
Adalah jelas bahawa prosedur di Mahkamah Perusahaan sepatutnya adalah sesuatu
yang mudah dan tidak rumit seperti yang diamalkan di Mahkamah Sivil. Bidangkuasa
Mahkamah Perusahaan adalah tertakluk kepada peruntukan yang termaktub dalam
Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Adalah jelas bahawa hakikat Mahkamah
Perusahaan sebuah tribunal adalah tidak dapat dinafikan. Keputusan yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Perusahaan akan dikemukakan kepada Mahkamah
Tinggi dalam bentuk semakan kehakiman dan bukannya dalam bentuk rayuan. Di
samping itu, Mahkamah Perusahaan juga tidak ditakrifkan sebagai mahkamah di
bawah Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Oleh
yang demikian, kefahaman yang jelas oleh pengamal undang-undang semasa
berguam di Mahkamah Perusahaan amat penting bagi membantu perjalanan
Mahkamah Perusahaan tanpa terpaksa berhadapan dengan bantahan-bantahan
teknikal sehingga melambatkan proses penyelesaian kes di Mahkamah Perusahaan.
Disediakan oleh:
3a8082e126