Second Meetup Report

0 views
Skip to first unread message

adi

unread,
Jun 21, 2010, 8:43:28 PM6/21/10
to Monsoonx
Perjumpaan Monsoonx yang lepas telah berlangsung selama lebih kurang
1 jam setengah. antara intipati perjumpaan .

menetapkan perjumpaan bulanan iaitu sekali sebulan pada minggu
terakhir setiap bulan. Pengumuman akan dibuat melalui talian hayat..
menggunakan mailing list .. sila daftar di mailing list.

Roslan Othman pula mengutarakan pendapat bahawa perlunya kesatuan
sebegini bagi menyebarluaskan ilmu dikalangan anak terengganu yang
berminat dengan opensource. Di samping sebagai serampan dua mata untuk
backup antara satu sama lain dalam projek projek freelance yang
diperolehi.

Abg Adzmely melalui perbincangan di Facebook IM. mencadangkan supaya
dapat diwujudkan satu produk Opensource di bawah Monsoonx.Tugas ini
agak mencabar sedikit. pasal tak ramai programmer yang power power di
kalangan kami. yang ada programmer kangkong ajer.. sebab semua
programmer yang power power keluar cari makan kat negeri lain.

Aku pula mencadangkan kepada rakan rakan agar dapat di adakan satu
aktiviti antara Blogawan Terengganu dan Monsoonx untuk satu aktiviti
ilmiah tentang ilmu IT. Sudah lama tidak berjumpa dengan rakan rakan
blogawan . cikgu fauzi sangat sibuk .. sudah ke Gaza pula.. harap
amdang81 dapat carik dalam 10 -15 orang untuk kita buat aktiviti
indoor perkongsian ilmu komputer dengan rakan rakan blogawan. mungkin
selepas raya projek nih akan dilaksanakan. Insya Allah.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages