hanya TM badan Yang Sah untuk taekwondo WTF di Malaysia - berita harian

43 views
Skip to first unread message

tri...@tm.net.my

unread,
Jan 13, 2013, 6:51:38 AM1/13/13
to tkdmalay...@googlegroups.com, moe-...@googlegroups.com

WTF iktiraf TM sebagai badan induk sukan Taekwondo di Malaysia

2013/01/12 - 08:46:04 AM Cetak Emel Kawan

 

PETALING JAYA: Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF) hanya mengiktiraf Taekwondo Malaysia (TM) sebagai badan induk yang sah bagi mengelolakan sukan itu di Malaysia, kata Presiden WTF, Dr Chungwon Choue.

Beliau berkata, TM adalah sebuah badan yang relevan untuk menerajui sukan taekwondo di negara ini kerana disyorkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan juga Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

"Saya yakin di bawah kepimpinan Tan Sri Tunku Imran (Tuanku Ja'afar) sebagai Presiden TM, taekwondo di Malaysia akan terus berkembang," katanya dalam ucapan sempena jamuan malam bagi meraikan lawatannya ke Malaysia di sini, malam tadi.



Ketika di sini, Dr Chungwon, yang tiba hari ini, akan mendapatkan maklumat terkini mengenai pembangunan sukan itu di negara ini sebelum pulang ke Korea Selatan, Ahad ini.

Majlis jamuan itu turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Tunku Imran, yang juga presiden MOM dan Duta Korea Selatan ke Malaysia, Lee Yong Joon.

Sebelum ini, Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA), yang mendakwa sebagai badan induk rasmi, dibatalkan pendaftaran oleh kementerian dua tahun lalu dan sejak itu TM mengambil alih tanggungjawab membangun dan menganjur acara sukan itu di negara ini. -  

 

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages