Asalamualaikum Wr. Wb
Semoga
kita mendapat kebajikan dari apa yang disembunyikan
NYA
* KEBESARAN SHOLAT 2 RAKAAT *
Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang
cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang
panjang , sayap itu
antara timur dan barat (ada pendapat
lain menyatakan 124, 000
sayap).
Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan
berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada
aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang
bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibril as berdiri
serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000
tahun.
Setelah selesai Jibril as solat, maka
Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibril,
kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman
nanti akan
datang seorang nabi yang mul! ia yang
paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai
umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka
itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya
sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan
dosa mereka pun besar
juga.
Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka
itu aku lebih sukai dari solatmu
itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan
atas perintahKu."
Kemudian Jibril as berkata:
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada
mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu
Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibril, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.."
Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah untuk melihat
syura
Ma'waa.
Setelah Jibril
as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap
dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh
jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia
merasa
letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di
bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu
ia
berkata dalam sujud:
"Ya
Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibril,
kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan
meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti
kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang
seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang
telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan
solat dua rakaat yang
mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya
Allah S.W.T telah menyembunyikan enam
perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah
menyembunyikan ridha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T
telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
*
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di
dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam
bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di
dalam
sholat (yang
limawaktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
(tarikh terjadinya) hari kiamat
di dalam semua
hari.
Semoga kita mendapat berkah daripada ilmu
ini. Wallahualam
Wassalam Wr. Wb