cRahsia Hakikat Insan dan Ilmu Mengenal Allah yang ditulis oleh Imam al-Souti didapati mengandungi ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian, Orang Islam dilarang menyebar, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.
d) Orang Islam di mana-mana jua berada yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajalli atau Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan ajaran itu dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu wa Taala.
Maaf,saya ingin tahu apakah buku terbitan Hj Ahmad laksamana masih tersimpan lagi?Saya ingin mendapatkan buku2 dan pita rakaman yang di senaraikan di atas,mgkn di dalam softcpoynya.Saya lagi menyiapkan bahan2 untuk tesis saya dalam ajaran sesat dalam masyarakat melayu.Semoga saudara dapat membantu saya.
Mengikut JAKiM; ada dua ajaran Tarikat Naqsyabandiyah yand diwartakan sesatkan, iaitu ; Tariqat Naqsyabandiyah al-Aliyah pimpinan Syeikh Nazim Haqani dan juga tareqat Naqsyanbandiyah Kadirun Yahya kerana didakwa menyalahi ajaran ahl Sunnah wa Jamaah. Sayang sekali, pihak JAKIM tidak pernah mengemukakan secara terperinci seksyen mana ataupun isikandungan wirid yang manakah yang dikatakan sesat itu.
Itu lah saya tak faham tentang Jakim ini
mesti terangkan baik pendik atau panjang lebar di internet ini supaya kebenarannya ternyata. sedang kan Tariqat Naqsyabandiyah Syeikh Nazim itu ramai penikutnya kalau nak di bandingkan dengan jakim ke atau yang lain.
kalau nak dibadingkan dengan orang khusus,
mereka mesti nak tahu apa itu solat kenapa lima sahaja dari mana datangnya siapa penbawanya dan macam.. soalan yang pelik2
mereka memcari ilmu itu untuk mendapatkan keimanan yang kuat.
Pihak berkenaan menyatakan ajaran itu sesat, tapi tidak dihuraikan yang mana yang sesat. Sepatutnya pihak tersebut menyatakan hujah-hujah dan pada bahagian mana yang dikatakan sesat, tidak boleh hanya secara umum sahaja mengisytiharkannya sesat. Yang dibimbangi ialah pada masa hadapan generasi akan menganggap apa sahaj yang berlabel ISLAM semuanya sesat. Akhirnya, semua umat tidak mempelajari ilmu ISLAM maka jadilah seperti masyarakat kita pada hari ini yang menyembah syaitan (lihat sahaja dunia hiburan, sukan, pentadbiran, dll). Mungkin juga difatwakan sesat supaya dakwah tersekat, umat jadi jahil/dungu/bodoh, bila umat jadi begitu, maka mudahlah pihak-pihak tertentu menguasai negara.
salam tuan2 sakalian.sama2 la kita betulkan niat dan bersangka baik pada Allah.Dirikan solat,puasa di bulan ramadan kuarkan zakat kunjungilah baitullah semoga apa yang kita lakukan diberkati Allah.Ingatlah TERDAHULU NIAT DARI PERBUATAN betulkan niat andaaaaa.
Betul tu, mesti rujuk dengan guru yang mursyid,sebab tak semua guru yang yang makan gaji tu mursyid. Yang penting, kita mesti belajar dan faham ISLAM yang kita anut ni dengan jelas-sejelas-jelasnya dan selengkap-lengkapnya, bukan belajar dan faham ISLAM yang telah ditapis-tapis dan dipisah-pisahkan. Kita semua pun dah tak lama lagi dah di atas dunia ni
Nak ilmu Allah? Mohonlah pada Dia. Pada siapa dan setakat mana Dia nak beri, Dia tahu. Nak jadi Wali ingat senang ke? Sendiri hukum sendiri le. Senang jadi hamba lah. Mohon apa yang hendak, kalau buat salah kerana tak tahu, boleh lepas atau boleh taubat dan jangan buat lagi. Jakin ke atau Jakun? Dia orang tu makan gaji, tahu tak tahu kena ikut arahan yang perintah orang munafik dan pengikut-pengikut Dajjal. Aku ni dah duduk dalam hati, tak boleh mintak mintak lagi. Cuma intai-intai dan tunjukkan jalan yang lurus untuk kebaikan bagi semua supaya tidak dilanda dengan bale di dunia dan akhirat. Samaun Alim.
ramai yg belajar tinggi,yg keje dijabatan agama, cuma suka menjatuhkan hukum.seolah paksa ikut kehendak mereka saja, selain itu sesat. Cubalah tunjukkn islam yg sebenar seperti nabi buat.bukan hanya jatuhkn hukum.
Buat pengetahuan saudara, Pengarang buku Ajaran Sesat Dr. AbdulFatah Haron sudah lama mengumumkan untuk berdebat secara terbuka dengan Hj.Ahmad Laksamana(dinyatakan dalam buku tersebut), namun hingga kini tiada sahutan oleh pihak berkenaan. Semua komen yang saya siarkan dalam blog ini hanyalah sekadar komen mereka yang berani muncul dengan nama samaran sahaja dan tak lebih daripada itu.
masyaallah memang sulit jika yg satu certa surga neraka, yang satu bercerita Allah dan Hamba
tapi begitupun saya sangat tertarik pd buku hakikat insan tulisan haji ahmad laksama, kalau ada dmana didapat baik berupa buku maupun s.copy
wassalam
nazwar
Dalam kitab Mad Laksmana bukan bahas tentang hakikat iman kerana dia hanya membahas peringkat kejadian manusia shaja dengan menggunakan kalimah Bismilaah membahaskan kejadian manusia sehingga menggunakan mempergunakan kalimah tersebut sebagai Batang zakar dan faraj perempuan dan ramai pengikut2 umat kelantan telah terdorong kepada beliau tapi alhamdulilah dikelantan ramai orang yang alim lagi warak dapat menghapus ajaran beliau dan ada setengah pengikut beliau tidak sembhayang hanya niat sembhayang sahaja.
Jalan permulaan mesti kita temaruh ( menempuh) ilmu usuludin yang yang menjadi asas kepada uluhiyah kepada Allah dan terlebih dahulu kita wajib memperlajari wasail ilmu kalam dan mamkulat asyara kerana ilmu ini adalah menjadi tangga ke arah mengenal Allah taala dan mengenal Allah taala dlm ilmu usul bukanlah mengenal zat dan bukan mengenal sifat yang kita nak kenal adalah hukum sifat allah. selepas kita mempelajari ilmu tauhid itikad ini secara tafsili sebanyak 150 hukum sifat yang dibicarakan dalam kitab Kif awam, dusuki, Fathul Majid , Aqidatul Najim , Bakurah Amani dan beberapa kitab yang berpaksikan kepada ahlu sunnah. Selepas kita memahami dan mensabitkan atau menenetapkan dalam hati setiap hukum sifat yang telah dipelajari, ini menunjukkan bahawa kita berada dalam peringkat Wahdah @ martabat sah iman atau dengan makna iman iktikadi sahaja, peringkat ini belum tentu ke Syurga kerana nafsu kita dalam peringkat Amarah, Lawamah dan Mulhamah.
Selepas syariat telah dipelajari dengan lebih mendalam sehinnga peringkat fardhu kifayah yang mengawal kita dirosakkan oleh racun luaran dan selepas itu kita perlu mempelajari ilmu supaya buah yang kita jaga itu dalam keaadan baik maka kita wajib mempelajari ilmu mengenal racun dalaman yang akan merosakan ilmu iktikad kita dan berjalan lah kita keperingkat Wahidiah dan disini tuan akan nampak ilmu rububiyah kerana ilmu ini bukan lah ilmu iktikad dan ilmu ini adalah ilmu rasa atau tajali atau zauki dan sesiapa iktikad disini akan kufur . Kita akan naik tajali affaal , tajali Sifat dan tajali zat. sehinggaa nafsu kita naik peringkat mutmainah seterusnya kepada redhaah kepada Allah.
Kalau MAMAK BENDAHARA dah KUDUS, apa lagi nak campur omong omong sebegini. Perkara yang dibangkitkan ialah tomahan ILMU SESAT. Kita dah baca HAKIKAT INSAN dan juga telah meneliti tafsir al Quran. ILMU ALLAH tu terkandung ghaib dalam Nur; siapa yang mendapat Nur maka dengan sendirinya dia akan mendapat ILMU. Ini pun jelas akan dikatakan SESAT juga oleh pehak yang tertentu. Bab MUNAFIK dan DAJJAL tu ada diterangkan dalam al Quran dan Hadis, bukan kita yang membuat andaian. Bab hasrat Pengarang buku Ajaran Sesat Dr. Abdul Fatah Haron nak berdebat dengan Hj.Ahmad Laksamana, terlebih dahulu kita cadangkan supaya Dr Patah tu bersama-sama dengan BEKAS MUFTI Perlis, Dr. Professor Madya di Penang tu pergi belajar lagi bab SUB ATOMIC PARTICALS dan NEUTRON WAVE BRAIN ENGINEREEING; lepas itu berdebat dengan kita dalam website ini. Kita semua jangan comment merepek-repek macam MAMAK BENDAHARA. We must be positive with up to date knowledge on WUJUD ZAT WAJIBUL WUJUD WITHIN NOTHINGNESS AND VOID.
Cuba faham apa difinisi sesat . Kemudian tanya diri sendiri apakah aku ini sesat atau tidak. Org lain x boleh tau punya .Tak payah tanya Jakim atau sapa sapa.Sesat maananya org yg taktau nak balik. Kita datang dari Allah Dan akan balik kpdnya. Jln yg kita datang dan Jln yg akan kita balik(kembali) adalah jln yg sama.
Umpama sebiji kelapa yg jatuh dari pokoknya. Kemudian ia tumbuh menjadi pokok . Buah kelapa itu kena usul kembali kejadiannya, masuk kembali kedlm tangkal, kedlm pokok dan mengecil menjadi buah yg. asal. Inilah maana USULUDDIN. Kerana ada diri maka adanya ugama. maka usulah diri darimana kita datang. dari setitik mani menjadi segumpal darah kemudian menjadi seketul dating. dari minggu ke bulan. Akita lahir kedunia membawa perasaan yg entah dari mana. tetiba menjadi angkuh dan sombong. Tibatiba mengakui AKU!
Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan yang Mencipta kamu dari Satu, dan daripadanya Menciptakan pasangan, dan daripada keduanya Memperbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak, dan bertakwalah kepada Allah yang Menjadikan dan dengan namaNya, salinglah kamu minta meminta satu sama lain dengan kemesraan silaturrahim; sesungguhnya Allah sentiasa Menjaga dan Mengawasi kamu.
Janganlah orang mukmin memilih orang kufur dan munafik, munafik lelaki dan munafik perempuan, sebagai ًwakil dengan menbelakangkan orang Mukmin, ayat Allah diingkari dan diperolokkan; sesiapa berbuat demikian, terpisahlah ia dari perlindungan Allah demi tentunya kamu itu serupa seperti mereka; Allah menghimpun semua orang kufur dan munafik, munafik lelaki dan munafik perempuan, dalam himpunan di Neraka Jahanam.
Ingin aku tegaskan di sini , TIDAK ADA dan TIDAK PERNAH aku lihat dan aku jumpa seseorang yang telah mencapai makrifat dengan hanya bercakap-cakap kosong , berangan-angan tinggi, berhujjah sana-sini dengan hanya menghafal ilmu-ilmu dari kitab. Dan tidak pernah berlaku di mana-mana zaman sekali pun . Kita dengar di zaman dulu wali tu hebat , wali ni hebat akan tetapi tahukah kita betapa susahnya mereka itu berjihad menundukkan hawa nafsu mereka . Tak kira siang dan malam seluruh hidup mereka di dalam perjuangan yg hebat.
(petikan dari : )
Saya minta tuan tuan rujuk laman ini Cuba baca dengan teliti, tapijangan membuat hukuman. Berasaskan kecetekan ilmu yg ada pada saya, saya tak berani nak menghukum sesat.Tapi saya sangat meragui akan perkara yang di highlightkan didalam buku Mercy Oceans karangan NAZIM AL-QUBRUSI. Nampak jelas bertentangan dengan ajaran AlQuran dan Sunnah. Minta maaf pada semua, saya mohon perkongsian dan pandangan yang ikhlas dan jernih dari forumer semua.
3a8082e126