July 16th, 2014
Diposkan oleh : Mat Selimar
Sebaik
sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya Jeritannya
sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu
ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi
katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas
mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat
Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di
katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat
kemas di katil.
“Terima
kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak
buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang
kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi
saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu
menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.
“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan.
Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan
dan menyedihkan.
“Emak,
ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt!
Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” Berserta raungan yang dilepaskan
sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api
yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab
yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami.
Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan
Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu
dengan ibunya? “Panggil ibunya segera,” kata saya. Namun kata-kata saya
itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka
atau berpandangan sesama sendiri.
“Kenapa
ni?” tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami
baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.” “Kalau macam ini
susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar
kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam
keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya
berterus terang.
Mereka
cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin
ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah
saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan
Jalal.”Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.”
“Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,”
jawab salah seorang daripada mereka.
Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada
saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya.
Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat
perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai
kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia
bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan
menyanggah kata-kata ibunya.
Nasihat
dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga
anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal
sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya.
Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi
semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat
swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak
disyarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah
menjadi semakin parah.
Walau
di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah
yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan
itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas
sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu
melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka
bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya
supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12
ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun
sebelum itu.
“Emak,
saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu
buat berniaga,” katanya kasar. “Jalal, engkau ni dah melampau. Itu
tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu. “Ahhh, saya tak kira.” “Jalal,
emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat
berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.
Bukan
sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya
mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa.
Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan
apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa
orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan
berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan.
Ketika
kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati
menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit
di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri.
Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat
melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya
meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.
Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian
ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara
tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit
yang dihadapinya.
Jalal
sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam
raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak
sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama
beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan
jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil
dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.
“Kalau
begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya. Di samping ayat-ayat
suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila
dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya
menggeletik dan menggelepar kesakitan. “Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah
saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke
situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya,
saya bersalah.”
Jeritan
Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke
situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya
di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa
dibogelkan.Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas
mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk
pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih
hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau
tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.
Saya
tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya
berdering. “Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang.
Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal
begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya
semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan
Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna.
Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap
seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci
al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. ![Description: http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_827871.gif]()
Tiba-tiba,
ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang
sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak
terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut
keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami.
Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak
perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan
segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara
serentak.
Di
bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata
Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis
berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil
basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu,
Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi
menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat
seorang anak derhaka.
Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham
menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar
kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut
datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan
hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal
tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan
jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman
menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.
Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya
meninggalkan keaiban yang amat sangat.
Matanya
terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari
kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung
kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham,
namun gagal. Kelopak mata tidak