Input Zikir & Fikir

1 view
Skip to first unread message

Hubbiz Network

unread,
Aug 14, 2008, 9:10:42 PM8/14/08
to anakmuar, belajar, CariDuitInternet, cillah-mind, cucujinuar, duit-dari-internet, e-bisnes, ezyduit, gegetar, Gmail-Malaysia, groupsklp, Idea-Kreatif, iklanbisnes, iklaneka, intan_phd_2k6, IT-Kelantan, Kedai-Kopi, Kelantan, Malaysia-Engineer, Melayu, MELAYU_MODEN, mny_dakwah, mustikadakwah, negeriperak, OrangMelayu, rahsia-usahawan

Assalamua'laikum

Tuan Puan Budiman

Hebahan Buku-buku Islami  Pilihan Untuk Seisi Keluarga.

Hukum-Hakam Lengkap Sembahyang Fardhu & Sunat Wanita
Serta Adab-Adab Harian

Penyusun •
Syeikh Kamil Muhammad 'Uwaidah

Terjemahan dan Suntingan •
Sumaiyah Saian



Spesifikasi Buku
• Saiz 6x8.5in
• 328 ms
• Berkulit Tebal
• Berat  575gm
• Harga RM35.00
• Kod PJ-1549



Suatu hadiah untuk kaum wanita yang memuatkan persoalan feqah dari hal wuduk dan jenis-jenis sembahyang fardhu dan sunat dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya, serta kaedah menunaikannya khusus untuk kaum wanita. Ia turut menghimpun persoalan adab-adab wanita Muslim di dalam mengatur tatacara kehidupan dan perlakuannya sehari-hari.

Adab-adab ini merupakan seni-seni kehalusan yang menaikkan seri kewanitaan seorang wanita muslimah sejati. Mempelajarinya dan menghayatinya membawa kebaikan untuk diri dan mengundang keredhaan Ilahi. Buku ini ringkasnya membantu memantapkan ilmu asas syariat sekaligus memurnikan serta menyerlahkan keindahan peribadi wanita Muslimah yang penuh adab dan tata kesopanan. InshaAllah




Mencerdaskan Rohani
Siri Motivasi Membentuk Peribadi Mukmin Sejati Berpandukan Kepada Al Quran dan Sunnah Nabi SAW.
Oleh • Prof. Dr. Ali Abdul Halim Mahmud



Spesifikasi Buku

• 293 ms

• 6.75 x 9.75in
• Kulit Tebal
• Berat - 875gm
• Harga RM 59.00
• Kod PJ-1770


Mengapa mencerdaskan rohani? Kecerdasan inilah yang membawa perubahan total dan komprehensif pada diri dan personaliti. Mencerdaskan Rohani membawa pendidikan ke sasaran yang tepat iaitu menjurus kepada rohaniah insan itu sendiri. Ia  adalah asas kepada perubahan diri kerana rohani insan itu adalah enjin kehidupan dan merupakan unsur paling mulia dan paling berperanan dalam diri manusia. Aspek kerohanian yang digarap adalah akal, jiwa, nafsu dan roh. Cara serta kaedah didikan terhadap elemen-elemen ini diperincikan di dalam buku ini dengan berpandukan Al Quran dan hadis Rasulullah SAW dan disuluh dengan pengalaman hidup semasa.

Melalui kecerdasan rohanilah, Rasulullah SAW mengubah senario kehidupan tanah Arab dalam waktu sesingkat 23 tahun. Berubah nilai diri manusia, maka berubah tamadun kehidupan. Pada batang tubuh manusia itu terhimpun segenap potensi diri yang mampu mencetus perubahan.

Buku ini turut merumuskan hubungan proses didikan dengan hasil didikan. Pembaca dibawa meninjau matlamat akhir daripada program pencerdasan rohani ini sekaligus menjelaskan beberapa titik kabur dalam konsep dan proses perubahan diri. Buku ini menawarkan panduan pendidikan Islam yang praktis untuk keluarga dan masyarakat. Amat wajar dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang sedang mencari-cari keadah dan cara membuat perubahan diri ke arah kebaikan. InshaAllah.


Wasalam
hubIslami


P/S. Untuk Tempahan, Sila Klik pada Link di Bawah.

• Pembelian
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages