Y. Bhg. Prof / Dr./ Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Bersama Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Institut Pengajian Tinggi / Institut Penyelidikan dan Pembangunan Kali -17 (2/2011) akan diadakan seperti berikut;
Tarikh : 13 Disember 2011 ( Selasa )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dewan Konvensyen, Aras 5,
Bangunan E-learning
2. Bagi memudahkan pengurusan mesyuarat, pihak kami memohon Y. Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengesahkan kehadiran atau wakil dengan menggunakan borang jawapan yang disertakan seperti Lampiran 2. Pengesahan kehadiran Y. Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan boleh dimajukan kepada En. Mohamed Arif bin Mat Saat menerusi faks di talian 05-4582778. Bagi tujuan penginapan, senarai hotel turut disertakan di Lampiran 3. Diharapkan pihak Y. Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dapat berhubung terus dengan pihak hotel untuk tujuan tempahan penginapan.
3. Minit Mesyuarat Majlis Bersama Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Institut Pengajian Tinggi / Institut Penyelidikan & Pembangunan Kali Ke-16 (1/2011) akan diedarkan melalui email dan semasa mesyuarat tersebut. Sekiranya Y. Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan mempuyai sebarang isu yang ingin dibincangkan boleh dimajukan menerusi emel ar...@jpphb.upsi.edu.my selewat-lewatnya pada 6 Disember 2011.
4. Selaku pihak tuan rumah dan wakil pihak sekreteriat, kami amat mengalu-alukan kedatangan Y. Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dan kami juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian untuk menghadiri mesyuarat ini.
Sekian, terima kasih
"KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN"
(PROF. ROSLY BIN JAAFAR)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Wakil Tuan Rumah, Mesyuarat MBKKP-IPT/IPP Kali ke-17 (02/2011)
Ahli JKKP, UPSI