EMORY BIORISK MITIGATION SEMINAR

4 views
Skip to first unread message

hisha...@um.edu.my

unread,
Jul 11, 2011, 5:43:32 AM7/11/11
to mb...@googlegroups.com

EMORY BIORISK MITIGATION SEMINAR

Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Unit Keselamatan& Kesihatan Pekerjaan dengan kerjasama TIDREC,Universiti Malaya merancang untuk menganjurkan Emory Biorisk Mitigation Seminar. Seminar ini diadakan selaras dengan keperluan untuk menangani hazard biologi berdasarkan  Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994. Justeru Y.Bhg Dato’/Datin/tuan/puan dijemput di atas keterlibatan Y.Bhg Dato’/Datin/tuan/puan dengan mana-mana jenis hazard biologi.

Untuk makluman, seminar ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tajuk     : Risk Mitigation 101
Tarikh   : 25 Julai 2011 (Isnin)
Masa     : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Bilik Moot, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya
 
Tajuk     : Risk Mitigation 102
Tarikh   : 1 Ogos 2011 (Isnin)
Masa     : 1.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Bilik Moot, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya
 
Sehubungan itu, pihak Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP) ingin memohon agar pihak Y.Bhg Dato’/Datin/tuan/puan yang berminat dapat memberi maklumat balas seperti berikut kepada uk...@um.edu.my sebelum 15 Julai 2011 (Jumaat) untuk mengikuti latihan ini:
Nama                   :
Jawatan              :
Fakulti                  :
Jabatan               :
Tel (Pejabat)       :
Tel( h/p)                :
Email                     :
Tahap kemahiran berbahasa Inggeris : Cemerlang/Baik/Sederhana/Lemah/Tidak mahir
 
 
Untuk makluman, seminar ini adalah percuma tetapi penginapan, pengangkutan dan makanan tidak disediakan. Program ini dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui e-mel. Peserta mestilah dapat menghadiri kedua-dua sesi dan tempat adalah terhad.  Sila rujuk lampiran untuk brosur seminar. 

Seminar ini akan dikendalikan oleh Sean G Kaufman, MPH, CHES,CPH, Pengarah Program Latihan dari Universiti Emory, Amerika Syarikat.
 
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaya ditalian 03-79673532/7768. Kerjasama pihak Y.Bhg Dato’/Datin/tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang benar,
 
HISHAMUDDIN ABDUL HALIM
Ketua
Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Jabatan Pendaftar
 
...........................................................................................................................................................................................
Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaya 
Tel: 03-79673532
Faks: 03-79673484


EmoryBioriskSeminar.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages