MDAM R.A.
unread,Aug 9, 2009, 2:14:28 PM8/9/09Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to MBC-T CNI Groups.
Ssalam semua...
Kini ahli kelab MBCT semakin bertambah ramai.
Kepada para ahli kelab, sila galakkan kumpulan anda yang berpangkat
Delima dan ke atas untuk menyertainya segera. Ini adalah penting
sebelum ianya dibuka kepada AM memandangkan banyak permintaan daripada
AM untuk menyertai kelab ini.
Antara kebaikan menyertainya adalah kita semua akan dapat merancang
berbagai aktiviti berkaitan CNI untuk mengembangkan kumpulan dan
menaikkan jualan kumpulan secara keseluruhan. Selain itu kita juga
dapat fokus untuk seseorang ahli eksekutif mencapai posisi tertinggi
dalam CNI iaitu MDAM.
Kebajikan setiap ahli diutamakan seperti masalah-masalah berkaitan
keahlian CNI, DC, LHDN dan seumpamanya.
MBCT juga berkemungkinan akan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan
Malaysia pada tahun depan untuk menjadi sebuah organisasi MLM yang
akan berbincang dengan pihak LHDN berkaitan dengan urusan cukai
pendapatan setiap ahlinya. Ini adalah kerana sebagai ahli MLM, kita
sepatutnya mendapat releif banyak lagi... kerana setiap pergerakan dan
perbelanjaan kita merupakan kos perniagaan dan bukannya perbelanjaan
individu. Perkara ini telahpun dibincangkan dengan pihak LHDN dan
mereka minta kita menukar Kelab MBCT kepada sebuah badan pertubuhan
yang sah.
Selepas ini kelab kita akan menjadi Pertubuhan MBCT dan bukan kelab
lagi.
Sebagai contoh:-
Tabung kereta pertama dan pelancongan kita sepatutnya dikecualikan
cukai pendapatan.
Ini adalah insentif / hadiah seperti yang diperolehi pemain sukan
negara dan seumpamanya.
Sama-sama berjuang untuk kejayaan bersama-sama !!
TQ