Profil Maya Karin

38 views
Skip to first unread message

isza...@gmail.com

unread,
Dec 15, 2005, 4:00:21 AM12/15/05
to mayakarin
Profil Nama: Maya Karin Roelcke
Kacokan Melayu-India-Cina (ibu) dan Jerman (bapa)
Lahir: 29 Okt 1979 di Bayreuth, Jerman
Tinggi 168cm Berat 48kg
Anak sulung dari tiga adik-beradik
Dibesarkan dan bersekolah di Indonesia. Gaya bertutur masih ada pelat
Indon
Membesar dalam lingkungan cara hidup Indonesia di Samarinda, Padang dan
Bandung kerana mengikut ayahnya yang bertugas di Bank Dunia.
Pada zaman remaja di Bandung, Maya menceburi bidang modelling dan
menyanyi di pub (seawal umur 15 tahun).
Maya tinggal selama lebih 13 tahun di Indonesia
Kebanyakan anggota keluarganya menetap di Jerman dan menjadi pemuzik
klasik di sana
Pengacara rancangan Wavelength di TV3

Filem

Selepas popular di media (kerana cantik), Maya dilamar oleh Aziz M.
Osman untuk filem Seri Dewi Malam. Selepas itu dipelawa oleh Z.Lokman
untuk filem No Problem Gagal menyerlah dalam kedua-dua filem tersebut
sebab bakat lakonan tak setanding dengan wajah. Ternyata Aziz M.Osman
dan Z.Lokman mengambil Maya Karin sebab wajah dan bukan sebab bakat.
Malah penampilan dalam No Problem dianggap mendukacitakan

Album

Selepas itu menjadi artis rakaman (untuk MIG Records) dengan konsep pop
komersil (Erti Cinta). Album sulung Maya Karin juga gagal sebab dia
tiada sebarang keistimewaan

Kritik

Maya mendapat kritikan banyak pihak apabila muncul sebagai pengacara
dalam rancangan yang ke udara secara langsung di televisyen. Ramai
berpendapat Maya belum layak diketengahkan ke dalam industri, jauh
sekali diberikan publisiti besar-besaran. Ada yang kata bakat dan
kebolehan Maya tidak setanding dengan kejelitaan wajah yang
dimilikinya. Menurut Maya, kelemahan utamanya ialah untuk berbicara di
dalam Bahasa Melayu di dalam rancangan yang dikendalikan olehnya.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages