http://millatfacebook.com/Ryuji_Asada/
**if you receive this mail as a junk mail, move it to your inbox for viewing attachment**
From: Norhasnita Hasan
[mailto:Norhasni...@Jabil.com]
Sent: Thursday, June 02, 2011 9:36 PM
Subject: Mitos dan Fakta Buah dan Sayuran
by Kumbang Jingga
Pernah dengar kan mitos pasal buah-buahan atau
sayur-sayuran, seperti jangan terlalu banyak makan biji jambu nanti kena
appendiks. Mitos dengan alasan yang tak masuk akal sampai dengan alasan yang disampai
kan dari mulut ke mulut sejak dulu lagi..kadang kala kita rasa serba salah
hendak percaya atau tidak..ada yang benar dan ada yang cuma mitos sahaja....
Dibawah ini ada beberapa mitos dan fakta tentang buah dan sayur, semoga
bermanfaat.
1. Buah Jambu

Mitos : Memakan buah
jambu biji dapat menyebabkan penyakit appendiks.
Fakta: Salah. Penyakit appendiks disebabkan kerana adanya bakteria
patogen yang merosakkan usus besar. Biji pada buah jambu tidak akan menyumbat
saluran appendiks kerana akan keluar saat buang air besar..x caya leh tengok
time buang air besar tengok ada tak hehehe
2. Buah-buahan masam

Mitos: Ketika terkena sakit perut atau cirit birit,
sebaiknya tidak makan buah oren dan atau yg masam.
Fakta: Benar. Meskipun oren dan buah-buahan masam macam oren mengandungi
vitamin C tinggi, ia dapat membuat sakit perut tidak sembuh dan meningkatkan
kadar pedih di dalam perut..jgn makan oren mkn pil ceketaun
3. Buah Timun

Mitos: Makan timun boleh menyebabkan keputihan (sape
tak tau keputihan itu ape leh g google hehe)
Fakta: Salah. Tidak ada kandungan dari timun yang boleh menyebabkan
keputihan. Keputihan terjadi kerana keadaan vagina yang lembab dan sikap malas
mengganti seluar dalam sehingga membiakkan pertumbuhan bakteria yang
menyebabkan keputihan berbau. Keputihan tidak akan berbau jika sebabnya adalah
stress.
4. Limau Nipis


Mitos: Air perahan limau
nipis yang di campur sedikit kicap boleh menyembuhkan batuk.
Fakta: Benar. Limau nipis memiliki sifat sangat asam sehingga dapat
mematikan bakteria penyebab batuk, sedangkan kecap hanya penyeimbang rasa asam
dari limau nipis.
5. Bawang Merah

Mitos: Makan bawang
mentah serta makanan yang mengandungi bawang dapat menaikkan bau badan.
Fakta: Salah. Bawang hanya menyebabkan suhu tubuh meningkat sehingga
lebih mudah berpeluh. Bau badan akan muncul jika peluh bercampur dengan
bakteria. Bakteria mudah tumbuh pada daerah lipatan tubuh, seperti
ketiak.kihkihkih..
6. Makan Dengan Timun

Mitos: Setelah makan masakan yang dipanggang, seperti
sate dan steak harus dineutral kan dengan timun.
Fakta: Benar. Daging yang dibakar dalam suhu tinggi mengeluarkan zat
karsinogenik yang berpotensi menyebabkan kanser. Sedangkan timun mengandung zat
antikarsinogenik dan flavonoid yang dapat mempertahan tubuh dari kanser.
7. Durian dan Coke


Mitos: Makan buah durian disertai minuman soda macam coke dapat
menggangu pencernaan.
Fakta: Benar. Durian matang kandungan alkoholnya sangat tinggi jika
ditambah dengan zat berkarbonat dari minuman bersoda, memakan durian akan
membuat badan bertambah terasa panas.
8. Limau Nipis

Mitos: Menambahkan perahan air limau nipis pada
makanan kuah bersantan dapat menghindari kolesterol dan juga dapat mengurangi
berat badan.
Fakta: Benar. Air asam dari limau nipis terbukti dapat memecah lemak dan
mudah dilarutkan oleh air saat berada dalam pencernaan kita. Tapi lemak akan
lebih cepat terbakar jika diimbangi dengan pola makan sehat serta senaman
teratur.
9. Nenas

Mitos: Wanita hamil
dapat berisiko keguguran jika memakan buah nanas.
Fakta: Salah. Tidak ada bukti ilmiah mengenai hal ini. Justeru nanas
mengandung enzim bromelain yang dapat mencerna protein dalam makanan agar lebih
mudah terserap tubuh, oleh itu janin juga berkembang secara maksima kerana
mendapat makanan. Makan nanas juga boleh mengurangi risiko kolesterol dalam
darah, diabetes dan penyakit jantung.
10. Buah Senkuang

Mitos: Sering makan buah
sengkuang dapat menjadikan kulit lebih putih.
Fakta: Benar. Sengkuang mengandung isoflavon yang berfungsi sebagai
antioksidan yang bole mencegah kerosakan pada kulit akibat terkena sinar ultra
violet dari matahari.

Mitos: Memakan buah salak membuat sembelit kerana tahi menjadi keras.
Fakta: Salah. Salak tidak membuat tahi keras, justeru sebenarnya jumlah
serat akan semakin banyak jika salak dimakan dengan kulit arinya.