MAPSA Research Talk dan Career Talk

0 views
Skip to first unread message

MAPSA

unread,
Jul 17, 2011, 9:54:50 PM7/17/11
to map...@googlegroups.com
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semoga semua ahli-ahli MAPSA berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa MAPSA akan menganjurkan program Research Talk dan juga Career Talk pada 23 Julai 2011. Program ini terbahagi kepada dua iaitu :



Research Talk - bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai research, termasuk writing, publication dan perjalanan research. Antara speaker yang dijangka akan memberi ucapan ialah Dr. Rosli, dan juga pensyarah dari Auckland sendiri.  

Career Development Talk - bertujuan untuk mendidik pelajar2 Malaysia, khususnya pelajar undergrad mengenai budaya kerja yang produktif, berasaskan perbincangan mengenai budaya kerja Malaysia dan juga New Zealand. Speaker yang dijangka akan memberi ucapan ialah sahabat2 Malaysia kita yang pernah bekerja di Malaysia dan juga New Zealand.



Kedua2 talk berkenaan akan dijalankan serentak. Berikut ialah butiran mengenai program :

Tarikh        :              23 Julai 2011
Masa          :              10 pagi - 3 petang
Tempat      :               Akan diberitahu kemudian (berkemungkinan di AU Engineering Building)



Makan tengahari akan disediakan untuk peserta. Sila sahkan kehadiran dengan emailkan kepada MAPSA dengan menyatakan bilangan kehadiran (suami, isteri dan anak2) sebelum 20hb Julai 2011 (Rabu). Ini adalah untuk membantu pihak MAPSA menguruskan soal penyediaan makanan dengan lebih baik. Tentative rasmi majlis akan dekleuarkan sedikit masa lagi setelah semuanya telah diputuskan. Justeru itu pihak MAPSA berharap agar rakan-rakan semua dapat menghadirkan diri ke Majlis ini.


Segala kerjasama yang diberikan terhadap perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Wassalam
MAPSA'11
www.mapsa..org
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages