FS2 Besar/ S2 Kesil ; jika didapati nilai F (Ujian Levene Test) tidak signifikan (p>0.05), maka Hipotesis Nul diterima, data tersebut dikatakan homogen. Dan, varians adalah Homogen. Ujian-t bagi varians yang disatukan (pooled).Bagi Varians Heterogenus, ujian-t varians berasingan digunakan(Separate). (Catatan: Dalam Kaedah Penyelidikan 2, perkara ini telah disentuh dgn pjg lebar. Sila rujuk nota2 berkaitan untuk mengimbas kembali pengetahuan lepas.)
Berdasarkan Jadual 1 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang bagi pengetua lelaki dan pengetua perempuan ialah t=0.801 dan tahap signifikan p=0.423. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) diterima. Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan.
Skor min tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki (min=4.264) adalah lebih kecil daripada pengetua perempuan (min=4.290). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang lelaki dan perempuan adalah sama.
Menurut Dr.Jamil, cara pelaporan yang pertama adalah mengulang semula apa yang ada pada jadual dan hanya untuk menebalkan tesis. Manakala, Laporan 2 adalah padat dan ringkas. Cara yang kedua adalah dicadangkan untuk penulisan laporan kajian. Yang pasti, kedua-dua contoh laporan di atas boleh diaplikasikan dalam penulisan laporan kajian.
ujian-t salah satu pengujian statistisk menggunakan perisian spss. selain itu, ada yg dipanggi ANOVA dsb. Ujian-t untuk perbandingan min 2 kumpulan/situasi/keadaan. Itupun jika data parametrik (perlu baca klasifikasi data). Jika data non-parametrik, alternatif digunakan untuk perbandingan min 2 kumpulan/situasi/keadaan ialah Wilcoxon Test atan Mann Whitney Test.
Persoalan kajian saya: Apakah terdapat perbezaan kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti koku berdasarkan jantina.. Kompetensi yang dikaji merangkumi pengetahuan. kemahiran dan sikap. Kalau guna t-test, 3x saya perlu uji benda yang sama.. adakah saya perlu guna anova atau manova.. mohon bantu sbb saya confuse..
Alhamdulillah, saya dah cuba guna independent samples t test, berjaya.. untuk jantina guna independent samples t test, kalau berdasarkan pengalaman mengajar (ada 3 kategori pengalaman mengajar), bermakna saya perlu gunakan anova sehala.. betul x cikgu.. betulkan kalau saya salah..
Terima kasih cikgu amirul.. info yg sgt berguna utk sy.. maaf ada lg soalan yg masih confuse.. utk post hoc multiple comparisons, sy confuse sama ada nk guna scheffe atau tukey.. sy try guna kedua2 skali.. result hampir sama.. jd yg mana patut post hoc sy guna..
assalamualaikum cg amirul..maafkan saya..sy rs cg telah salah label rajah di atas.. yg mana DV dilabel sebagai IV dan sebalik nya..cuba cg check semula. cth: untuk ujian-t, IV: jantina, DV: self esteem.
assalamualaikum cg amirul. saya ingin bertanya, kaedah chi kuasa dua atau kaedah t-test yang sesuai bagi persoalan mengenai perbandingan pandangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan bagi bidang pengajian psikologi dalam memenuhi permintaan pasaran kerja pada masa depan.
Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor jantina, kaum dan etnik dan hubungandengan kecerdasan emosi dan pencapaian akademik murid ketika belajar Bahasa Melayu. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian dijalankan terhadap 400 orang murid tingkatan 4 di sepuluh buah sekolah terpilih bandar Miri, Sarawak. Soal selidik kecerdasan emosi menggunakan Iventori Kecerdasan Emosi Salovey dan Mayer mengandungi lima domain, iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendali perhubungan digunakan. Data kajian dianalisis menggunakan pakej perisian statistik The Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0.Statistik inferensi ujian-t, Anova satu hala dan korelasi Pearson telah digunakan untuk menghurai dan menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa profil kecerdasan emosi murid yang tertinggi ialah kecerdasan emosi mengurus emosi sendiri. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kecerdasan emosi antara jantina, kaum dan aliran pengajian murid. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara kecerdasan emosi murid dengan skor min pencapaian murid dalam Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu perlu mengambil kira aspek kepelbagaian kecerdasan emosi murid dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Bahasa Melayu. Tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat membantu murid mencapai kejayaan dalam pencapaian akademik Bahasa Melayu.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui perhubungan antara tingkah laku penjagaan diri dan kualiti hidup di antara etnik Cina kegagalan jantung di Malaysia. Kajian tinjauan keratan rentas dilaksanakan pada 80 pesakit kegagalan jantung. Umur rata-rata peserta adalah 61.39 tahun (min = 61.39, sisihan piawai = 15.88). Indeks Kegagalan Jantung Rawatan Penjagaan Diri versi 6.2 dan Kualiti Hidup Organisasi Kesihatan Sedunia-BREF versi Cina digunakan dalam kajian ini. Korelasi Pearson dan ujian-t adalah ujian untuk menjalankan analisis. Penemuan semasa menunjukkan bahawa keyakinan diri berkorelasi positif secara signifikan dengan kualiti hidup (r = .41, p
3a8082e126