Tulis panjang-panjang pun dah tak guna !
Nampaknya tulisan pun kena di'selaras'. Rasionalisasi la sikit.
Wow ! kak timah, haji hamad, tok
sidang tapa akan semakin up to date. Perkataan baru yang hebat.
Rasionalisasi..selaras, huh !! Sapa bagi ? Hagemon Negara yang bagi.
Mulai hari ini hamba rakyat sahaya
wajar jadikan wirid suku kata itu sebagai amalan mengurangkan pengunaan
gas memasak, petrol, gula dalam hidup harian. Tahniah hagemon negara,
dan takziah utk rakyat.
Scene 1 : 18SX - Kisah di malam sunat.
isteri said, " abangg..apasal sejak 2-3 bulan ini, anu abang dah tak 'rasionalisasi' ? Selalunya
pantang i cuit jer, tak menyabar terus nak tut..tut..!
suami said, " apa ?? anu i tak cukup 'selaras' ker? "
isteri said, " betul bang..betul cakap abang, tak cukup 'selaras'. Selalu bukan main 'selaras' lagi..! 'Rasionalisasi'nya abang kena
pergi berubat laa bang, biar anu abang kembali 'selaras' ..! Kalau tak 'selaras' macamana nak penuhi
impian abang kata nak anak 17 orang..! "
suami said, " errr..errr..berubat ? " Cilakak punya ker-jaan.
(*) nota [makna perkataan] : selaras = naik
Rasionalisasi Subsidi ?
Pewaris Reformasi - Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan
kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen. Kenaikan ini sebenarnya telah
dijangka berikutan pengumuman Dato' Seri Idris Jala berkenaan kedudukan
ekonomi negara. Ramai pihak mempertikaikan kenyataan beliau meskipun
secara ekonominya, saya fikir pandangan beliau itu ada kebenaran.
Mereka yang menolak pandangan beliau sebenarnya lebih terdorong
mempertikai kaedah penyelesaian yang ditawarkan iaitu menghapuskan
subsidi, atau dalam bahasa lembutnya merasionalkan subsidi. Dalam
bahasa lain, sebahagian mungkin melihat 'keistimewaan' mereka bakal
digugat.
Secara ekonominya, saya boleh memahami pendekatan ini. Tetapi,
saya juga yakin akan berlaku kerencatan pasaran (market distortion). Di
sinilah cabaran sebuah negara transisi.
Secara politiknya, saya fikir penghujahan rakyat ada kebenarannya
tersendiri. Ya, tentu saja sebuah negara yang kaya dengan 'emas hitam'
ini perlu menyampaikan kepada rakyat tentang 'rasional ketidaksampaian'
hasil ini.
Saya tahu bahawa kerajaan kini berdepan dengan situasi di mana
mereka mahu sedaya upaya kekal dipilih sebagai kerajaan tetapi pada
masa yang sama tidak sedia berdepan dengan risiko kebankrapan negara.
Cuma anehnya, ramai yang menafikan betapa bobrok-nya masyarakat
kita dalam hal rasuah yang mendarah-daging. Saya berharap mereka sedar
bahawa 'kesaktian' jeritan Hidup Melayu tidak menyelesaikan masalah.
p/s: ini artikel wak banjar yg tulis a...bkn aku....(aku pnya masih
selaras..) hehe...