.jpg?part=0.1.1)
Umno-BN
telah mempolitikkan isu kandang Babi di Hulu Langat, Selangor. Dengan
mengadakan demo. Seramai 200 orang berkumpul di hadapan bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang menempatkan pejabat
Menteri Besar pagi Rabu bagi membantah tindakan kerajaan Selangor yang
meluluskan projek ladang ternakan babi secara moden bernilai RM100
juta. Ia telah memenuhi media-massa nak mengambarkan Umno juara
menentang ladang babi.
Tup-tup. Didapati Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pada 30 Januari,
kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum lalu telah meluluskan projek
ternak babi itu. Kerajaan baru Selangor bawah Pakatan Rakyat, hanya
meneruskan projek memandangkan kawasan Ladang Tumbuk telah menjadi
tapak ladang utama penternakan babi utama di negeri.
"Ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi dan tiada ladang-ladang baru
khinzir akan diluluskan di Selangor dan semua ladang babi di luar
kawasan ini diarahkan memindahkan operasi mereka ke projek tersebut
bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. MB
Selangor, Datuk Khalid Ibrahim juga menjelaskan pelaburan berjumlah
RM100 juta termasuk kos pengambilan tanah, disediakan oleh pelabur
tanpa melibatkan wang kerajaan negeri manakala babi yang diternak pula
hanya untuk keperluan di Selangor dan bukan dieksport.
Yang menjadi bangangnya UMNO Selangor apabila didapati projek ladang
babi itu sebenarnya diperolehi oleh kroni Umno bangsa melayu. Apabila
gambar pemimpin Umno Selangor selaku Adun Tanjung Sepat Dr Karim Mansor
and the geng bergambar tersengih dalam kandang babi dengan menunjukkan
‘tanda best’ di Jerman akhirnya telah meredakan isu tersebut.
Alih-alih pecah berita Negeri Sembilan telah siap projek kandang babi
moden Negeri pimpinan UMNO-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed
Hassan. Ladang babi moden yang disiapkan di Bukit Pelanduk yang heboh
dengan kematian akibat J.E dulu telah siap dengan fasiliti moden.
Timbalan Menteri Pertanian dan asas Tani,Chua Tee Yong (Anak pengerusi
MCA, Chua Soi Lek) mengharapkan ladang tersebut berjaya meningkatkan
pengeluaran babi yang lebih banyak. Beliau meninjau ladang babi
tersebut yang keluasan 480 ekar yang mampu menampung pengeluaran
250-300k ekor dalam satu masa.
Macamana puak-puak UMNO. . Orang dok sibuk demo anti judi. Bila lak nak
demo anti ladang babi macam yang dibuat di Selangor dulu. Takkan tak
boleh kerah UMNO negeri Sembilan untuk berarak ke Port Dickson. Ke Babi
di Negeri Sembilan tu dah jadi kambing? Takkanlah pemuda UMNO Malaysia
di Rembau tengok saje je.?
-
Ustaz
Saiful Bahri