MB Selangor ambil tindakan jika operasi lombong pasir di Rasa haram

1 view
Skip to first unread message

newsfowarder

unread,
Jul 16, 2010, 10:00:45 AM7/16/10
to Malays...@yahoogroups.com, malays...@googlegroups.com
MB Selangor ambil tindakan jika operasi lombong pasir di Rasa haram


Posted on Thursday, July 15 @ 17:15:44 PDT by tokdalang

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan jika lombong pasir di Rasa, Hulu Selangor yang didedahkan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo semalam, beroperasi tanpa kebenaran.

“Jika lombong itu beroperasi secara sahpun kerajaan negeri akan memantau operasinya,” katanya kepada pemberita di akhir sidang Dewan Undangan Negeri di sini .



Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak dapat memberikan jawapan sama ada lombong pasir seluas lapan hektar berhampiran kawasan rizab Sungai Selangor di Rasa itu beroperasi secara sah atau tidak.

Ditanya mengenai kerunsingan Dr Khir bahawa kegiatan melombong pasir di situ akan mencemar Sungai Selangor yang menjadi sumber air mentah kepada loji rawatan air di Bukit Badong dan Bukit Tagar, beliau berkata Dr Khir akan diajak bersama untuk meninjau kegiatan melombong pasir yang baru dan lama di kawasan itu.

Beliau juga berkata lubang-lubang di tanah-tanah kerajaan di Selangor kesan perlombongan pasir itu boleh dipulihkan dan antara contoh terbaik pemulihan lombong ialah The Mines di Seri Kembangan dan juga Sunway Resort di Subang Jaya yang merupakan bekas lombong timah.

Ketika diajukan soalan, beliau bagaimanapun tidak memberi gambaran mengenai bentuk pembangunan yang bakal dibawa oleh kerajaan negeri di kawasan bekas lombong itu apabila diajukan soalan oleh wartawan.

Semalam, Dr Khir berkata Selangor akan kekurangan tanah untuk pembangunan dan pertanian pada masa depan kerana tanah kerajaan negeri telah berlubang-lubang kesan perlombongan pasir dan kos memulihkan tanah itu adalah tinggi daripada hasil pasir yang dikeluarkan.

Abdul Khalid berkata kegiatan perlombongan pasir yang dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd akan memastikan pasir dikeluarkan dalam keadaan terkawal, mesra alam dan bekalannya berterusan untuk keperluan industri.

“Ketika ditanya berhubung langkah kerajaan negeri sekarang membuka tanah kerajaan untuk perlombongan pasir, beliau berkata sumber yang ada perlu digunakan untuk manfaat negeri ini.”

Beliau juga berkata kerajaan negeri tidak mengharapkan hasil dari pasir sebagai sumber utama pendapatan negeri sebagaimana yang didakwa oleh Dr Khir.

“Tidak banyak (hasil pasir), aset negeri adalah lebih banyak daripada itu. Kita mahu gunakan potensi yang ada agar kerajaan dapat memastikan semua sumber negeri diurus dengan baik,” katanya. – Bernama

--




------------ --------# ######--- --------- --------- ---------
----
Mail Forwarder--- -
Formerly Known As Tai_ci_master.
Visit :

WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

Whomsoever ALLAH guides,none can lead astray and whomsoever He send astray

none can guide
20100116194246_khalid%20ibrahim.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages