Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikut program yang ditawarkan dalam
Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah:
1. Keterangan Program:PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan KepujianLima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus adalah Sepenuh Masa
2. Syarat dan Kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut.
- Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan)
3. Maklumat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
- Bidang pengkhususan yang ditawarkan beloh merujuk pada laman web http://www.moe.gov.my
4. Cara Memohon
- Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang (website) Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my bermula 8 Februari 2010.
- Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama tuntuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
5. Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 20106. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Telefon: 03-88841260/1245/1235/1229/1228/1243
Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft.
Get it now.
Hotmail: Trusted email with Microsoft’s powerful SPAM protection.
Sign up now.