"JERING YANG DIAM DAN TERSEMBUNYI.."...Part1

0 views
Skip to first unread message

mans...@gmail.com

unread,
Jun 22, 2008, 7:08:51 AM6/22/08
to Malay-Trade
Ramai kita yang kenal dgn Jering tetapi tak kenal khasiat yg
tersembunyi ..Petai pun satu masa dulu tak dikenali jua tetapi selepas
beberap R&D barulah harganya sekeping petai lebih mahal dari sebiji
apple..
Jering adalah tumbuhan yang berasal di Malaysia dan kawasan ASEAN.
Daripada kajian yang telah dilakukan jering didapati mengandungi zat
permakanan seperti berikut :-

1. 3.5 peratus protein,
2. 0.1 peratus lemak,
3. 1.7 peratus karbohidrat,
4. banyak mengandungi kalsium,
5. banyak mengandungi fosforus,
6. banyak mengandungi besi,
7. vitamin A,
8. vitamin B,
9. vitamin C.

Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan
muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama
mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila
dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.

Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan
alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi
pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang
berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit.
Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan
kandungan gula dalam badan.


Pokok jering mudah dibiakkan dengan cara semaian biji benih. Di
kampung pokok ini ditanam dalam konsep dusun. Di hutan sekunder dan
belukar pula, pokok jering masih lagi didapati tumbuh liar. Tupai
dahan adalah penyebar utama pokok ini.

Sesiapa yang nak beli buah atau anak / baka Jering..hubungi saya..

mans...@gmail.com
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages