Salam Kelanasiswa,
Hasil Mesyuarat Jawatankuasa Program Negara. Tidak ada perbincangan program dari Negeri-Negeri Pengakap.
Di lampiran Agenda adalah logo warna bagi Pasukan Program Negara yang baru.
Berikut adalah lampiran perancangan yang dipersetujui dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Program Negara 2013. Program tersebut akan dilaksanakan pada peringkat kebangsaan. Setiap negeri perlu laksanakan program yang dilampirkan.
1. Tujuan program peringkat kebangsaan ini adalah untuk menjalinkan hubungan pengakap dengan masyarakat, justru itu dapat menarik minat masyarakat menyertai pengakap.
2. Program derma darah, kumpul akhbar dan 1M4U adalah cetusan idea dari Dato KPPN. Tujuan dato adalah outreach program pengakap bersama masyarakat. Program mengumpul akhbar di maklumkan telah ada mutual understanding dengan NST. NST akan membeli akhbar yang di kumpulkan. Hasil jualan akan di masukan dalam Yayasan Pengakap. Sekarang Tabung Yayasan Pengakap adalah SIFAR.
Saya membantah perlaksanaan program mengumpul akhbar untuk di jual kerana kerjanya amat banyak tetapi hasil kewangan yang dapat dikumpulkan adalah sedikit. Akhirnya atas cetusan beberapa AJK Program, maka majority setuju program kumpul akhbar di ganti dengan program 3R (Reduce, Recycle, Reuse ) iaitu mengumpul Plastik, Logam, Kertas, Kaca untuk jualan pengisian Tabung Yayasan Pengakap.
Sebagai memasyarakatkan program pengakap dengan masyarakat, program derma darah perlulah dilaksanakan bersama masyarakat. Program tersebut perlu dilaksanakan di Kompleks Perniagaan Utama/Besar dalam Negeri Pengakap dengan mengadakan pameran pengakap. Saya cuba highlight mengenai program ini kerana setiap program HINEX dan Konvo universiti memang dah ada program derma darah ini dan akan redundant. Saya dimaklumkan oleh pengerusi, En Amir Hamzah bahawa perbincangan program derma darah ini tidak boleh adakan sebab akan melambatkan proses mesyuarat dan satu jawatankuasa program ini akan di adakan. Akhirnya majority setuju untuk diadakan program ini.
3. Program MOP "Messenger Of Peace" adalah inisiatif dan di ketuai En Amir Hamzah. Beliau adalah program koordinator. Beberapa siri kursus atau latihan untuk program ini akan di laksanakan oleh beliau. Kursus adalah dalam tempoh 3 hari. Sebagai maklumat, peserta yang berjaya menghadiri kursus MOP ini akan memakai lencana MOP di atas tanda nama dan di bawah lencana WOSM. Skaf MOP adalah berwarna putih, dan dibelakang skaf adalah logo MOP. Logo MOP adalah burung merpati membawa seranting pokok zaitun. Pada sayap burung merpati tersebut tertulis ayat As-Salam. Sebagai maklumat tambahan logo MOP tidak boleh di buat lencana kerana di bawah trade mark UK Scout, perlu bayaran royalti sekira di buat lencana untuk jualan.