Salam Kelanasiswa
1. Berikut adalah maklumat Jawatankuasa Program Negara 2013 untuk simpanan dan tindakan.
2. Dimaklumkan dalam mesyuarat yang saya hadiri semalam adalah,
a, Surat siaran mengenai penggunaan Apolet akan dikeluarkan oleh SU eksekutif samada hari isnin atau hari selasa ini. Dengan ini penggunaan apolet dengan lengkarnya adalah secara rasmi. Saya jadi "bahan" pulak dalam meeting tersebut sebab saya dah pakai 3 lengkar dahulu sebelum surat rasmi tersebut dikeluarkan HQ PPM.
Selain dari itu saya di maklumkan skop tugas oleh SU Exec
b. Skop tugas Pasukan Latihan Negara
i. Semua berbentuk Kursus
ii. Semua Latiham Kepimpinan Manikayu
c. Skop Tugas Pasukan Program.
Skop ini dimaklumkan oleh SU exec En Zaki supaya tidak keliru...
i. Jawatan Kuasa Program Negara
Induk perlaksanaan dalam sebarang "Program Berbentuk Aktiviti" samada dalam atau Luar Negara. Induk jawankuasa ini adalah di HQ PPM.
ii. Jawatankuasa Program Negeri
Induk dalam Perlaksaan Skim Lencana ke BP Award. Maknanya KLKM boleh ada penilai sendiri dalam skim ini. Jawatankuasa Program Negeri KLKM perlu ditambah baik.
c. Skop tugas Pasukan Latihan Negeri
Induk dalam melaksankan Latihan-latihan Kepimpinan Manikayu di Negeri.
Sekian dan salam hormat dari saya