Pendaftarantanah wakaf merupakan salah elemen penting yang ada di peringkat Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Ini kerana kedudukan wakaf telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Wakaf serta Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri. Namun, dalam konteks pendaftaran tanah wakaf, masih terdapat kekeliruan bagi setiap pemohon yang hendak mewakafkan tanah khususnya berlaku di Terengganu iaitu mereka mengangap pendaftaran tanah wakaf tidak mempunyai hubung kait dengan perundangan sivil khususnya Kanun Tanah Negara 1965. Justeru, kajian ini akan menjelaskan tentang kedudukan pendaftaran tanah wakaf di Terengganu melalui pendekatan kajian kualitatif. Reka bentuk kajian ini pula dilaksanakan secara penerokaan terhadap data yang diperoleh secara primer dan sekunder. Data primer meliputi maklumat yang diperoleh secara temu bual daripada pihak informan iaitu pegawai wakaf Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Kaedah analisis kajian ini pula dilaksanakan secara analisis kandungan. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga kaedah pendaftaran tanah wakaf yang dilaksanakan di MAIDAM iaitu pertama kaedah pindah milik (Borang 14 A) di bawah seksyen 214 Kanun Tanah Negara 1965, kedua kaedah perletakhakan berkanun di bawah seksyen 416C dan kaedah perintah Mahkamah Syariah di bawah seksyen 420A. Berdasarkan data wakaf bagi tahun 2018 hingga 2020, sebanyak 88% tanah wakaf didaftarkan melalui kaedah pertama, manakala 6% didaftarkan melalui kaedah kedua dan 6% pula didaftarkan melalui kaedah ketiga.
Registration of waqf land is one of the important elements at the State Islamic Religious Council (MAIN). This is because the position of waqf has been enshrined in the Federal Constitution and the Waqf Enactment as well as the State Islamic Affairs Administration Enactment. However, in the context of waqf land registration, there is still confusion for every applicant who wants to donate land, especially in Terengganu. That is, they consider the registration of waqf land to be unrelated to civil law, especially the National Land Code 1965. Thus, this study will explain the status of waqf land registration in Terengganu through a qualitative research approach. The design of this study is carried out in an exploratory manner on the data obtained in primary and secondary.The primary data includes information obtained through interviews from the informants who are waqf officials of the Terengganu Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIDAM).The analysis method of this study is carried out through content analysis.The findings of the study found that there are three waqf land registration methods implemented in MAIDAM, namely the first transfer method (Borang 14 A) under section 214 of the National Land Code 1965, the second statutory vesting method under section 416C and the Syariah Court order method under section 420A. Based on waqf data for the years 2018 to 2020, there is 88% of waqf land is registered through the first method, while 6% is registered through the second method and 6% is registered through the third method.
Pada masa ini, Jabatan Tanah mengendalikan lebih daripada 20 jenis perkhidmatan kepada orang ramai melalui Pejabat-Pejabat Tanah Daerah dan mendaftarkan lebih kurang 55 jenis pendaftaran tanah. Sebagai agensi yang diamanahkan untuk menjaga pemilikan tanah negara, pihak Jabatan Tanah melaksanakan fungsi terasnya dengan mengurus dan mentadbir hal ehwal tanah berpandukan kepada perundangan-perundangan tanah iaitu Kanun Tanah (Penggal 40), Akta Pengambilan Balik Tanah (Penggal 41), dan Kanun Tanah (Strata) (Penggal 187) dan juga dasar-dasar tanah yang sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan semasa sosio dan ekonomi negara. Jabatan Tanah juga melaksana pendaftaran hakmilik tanah yang diurusniagakan, mengutip hasil tanah dan memberikan khidmat penaksiran untuk urusan rasmi kerajaan
Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT) [Akta 486] adalah undang-undang Malaysia yang digubal bagi maksud mengambil tanah (harta) seseorang secara paksa dengan syarat atau jaminan bahawa tuan punya tanah dan orang-orang lain yang turut berkepentingan ke atas tanah itu mendapat pampasan yang mencukupi. Kewujudan akta ini adalah selari dengan semangat Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. APT memperuntukkan prosedur berkaitan proses pengambilan tanah dari mula iaitu permohonan sehinggalah penentuan atau keputusan ke atas sesuatu pertikaian atau bantahan diputuskan oleh Mahkamah. Karektor utama dalam APT adalah Pentadbir Tanah yang menurut tafsiran di bawah seksyen 2 APT adalah seorang penjawat awam yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen 12(1)(b) Kanun Tanah Negara (KTN) [Akta 56 Tahun 1965]. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti faktor atau punca yang menyebabkan timbulnya masalah kesilapan dalam bayaran pampasan dan seterusnya tindakan-tindakan yang wajar diambil untuk meminimumkan atau mengelakkan masalah tersebut daripada berlaku. Artikel ini dihasilkan berdasarkan kajian kes yang telah dilakukan sebagai metodologi kajian. Terdapat dua kes yang dikaji dan setiap satunya melibatkan kesilapan bayaran pampasan oleh Pentadbir Tanah di peringkat yang berbeza dalam proses pengambilan tanah. Hasil kajian tersebut memperlihatkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya insiden kesilapan bayaran pampasan seperti kecuaian, amalan yang tidak sepatutnya, jurang komunikasi, kelemahan dalam proses dan prosedur kerja. Selain itu, wujud kekurangan dalam peraturan dan perundangan itu sendiri. Berdasarkan faktor-faktor yang dikaji, dapat disimpulkan bahawa kesilapan bayaran pampasan adalah satu masalah yang sangat serius untuk diambil perhatian dan diatasi kerana ianya berkait dengan kewangan daripada wang awam dan kesan kepada pegawai serta perkhidmatan awam.
3a8082e126