Assalamualaikum warahmatullah
Ikhwah & akhawat yg dikasihi
Suka untuk ana kongsikan laporan ringkas mengenai wacana internal Pemilu & Pemuda: Perkongsian Field Trip Pemilu 2014 yang telah berlangsung dengan jayanya pada malam semalam, 18 April 2014 bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Gombak.
Wacana ini adalah anjuran bersama GenTRA & Siyasah Selangor. Ini juga adalah wacana ke 3 anjuran GenTRA sejak disember tahun lepas yang rata-ratanya dihadiri golongan muda.
Ini merupakan kesinambungan daripada Field Trip Pemilu (Pilihanraya umum - legislatif) yang disertai oleh 7 wakil GenTRA bersama dengan wakil siyasah IKRAM dari 31 Mac - 6 April 2014. Antara lokasi kajian team GenTRA adalah di Bandung, Jakarta & Padang - masing-masing dengan misi dan dapatan kajian yang tersendiri.
Susulan daripada wacana dalaman ini adalah perkongsian dengan komuniti anak muda progresif di sekitar Lembah Klang pada penghujung April ini inshaAllah.

Alhamdulillah, kehadiran semalam sekitar 80 orang, termasuk lebih 10 orang kader PKS yang menuntut di UIA Gombak. Sekitar dua per tiga hadirin adalah pelajar IPT & selebihnya belia IKRAM.
Wacana turut diserikan dgn kehadiran Hj Shahrul Aman, Pengerusi JK Belia Remaja IKRAM Pusat, Hj Shamsul Maarif, Timbalan YDP IKRAM Selangor, Dr Syarif, Ketua PIP PKS Malaysia & kepimpinan Siyasah Selangor yang turut menyertai misi Pemilu.
Sesi perkongsian dimulakan oleh Sdr Ali Firdaus dengan overview mengenai sistem politik di Indonesia dan bentuk pengendalian pemilu Indonesia, diikuti dengan hasil pemerhatian Pemilu di Bandung, Jakarta & Padang dan sesi soal jawab
Berikut adalah ringkasan daripada dapatan kajian team GenTRA:
Jakarta
- Fokus pembentangan team jakarta yg disampaikan oleh Dr Azizul adalah kepada aspek strategi media oleh PKS. Di sana team medianya dipanggil HuMas (hubungan masyarakat).
- Pemilu adalah medan peperangan persepsi dan populariti. Antara pendekatan memenangi undi adalah melalui Black and White Campaigning, Positive Branding & Marketing
- Tahap sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap PKS begitu tinggi sehingga mencecah lebih 13% (sekitar Mac 2013). Namun isu-isu berprofil tinggi yang timbul menyebabkan sokongan merudum dengan begitu teruk sekali.
- Social media (SocMed) dikuasai sepenuhnya oleh PKS, partai-partai lain yg lebih selesa dgn media tradisional mereka - sekaligus meraih sokongan segmen muda yang besar
- Antara lain, PKS mempunyai media monitoring center dengan tenaga kerja sepenuh masa seramai 33 orang
Bandung (Jawa Barat - JaBar)
- Pembentangan team Bandung yang disampaikan Urwah Saari menekankan aspek ground campaign yg dibuat di Jabar
- Turut disentuh pengaruh Gubernor, Ahmad Heryawan (Kang Aher) dan timbalannya, Daddy Mizwar dalam meraih sokongan rakyat
- Dikongsikan juga 7 lessons learnt untuk IKRAM, antaranya pembinaan susuk dan branding IKRAM ke tengah masyarakat dengan cogankata dan syiar yang mudah dihayati masyarakat
Padang (Sumatra Barat - SumBar)
- Perkongsian team Padang (Zubair Rahim) menfokuskan mengenai posisi strategik dan personal branding gubernor Sumatera Barat.
- Gubernor SumBar, Dr Irwan Prayitno bukanlah nama asing kalangan ikhwah Malaysia. Selepas dilantik menjadi gubernor, imej mesra rakyat yang ditonjolkan sangat berkesan sehinggakan partai GolKar sendiri mendakwa kepada penduduk kampung bahawa Pak Irwan sebenarnya kader/calon GolKar - makanya harus mencoblos (mengundi) GolKar dalam Pemilu!!
- Selain mahir bermain drum, pak Irwan juga punyai band muziknya tersendiri, yang mengiiringi persembahan nyanyiannya. Setakat ini 8 lirik lagu telah dikarang dan dipersembahkan kepada khalayak dalam banyak acara.
- Melalui nyanyian, mesej subtle yang ingin disampaikan antara lain adalah penonjolan susuk moderat PKS itu sendiri - Partai Kita Semua. Partai Keluarga Bahagia dsbg
Kesimpulannya, banyak aspek operasi dan strategi yang boleh dipelajari daripada pengalaman PKS - terutamanya aspek propaganda dan sebaran media. Pada masa yang sama ada beberapa segi yang PKS boleh perbaiki untuk memperoleh jumlah suara yang lebih signifikan pada masa mendatang.
Kajian dan analisa GenTRA akan diteruskan untuk beberapa lagi pemilihan pada tahun ini - termasuk PilPres (Pilihanraya Presiden) Indonesia tanggal 9 Julai nanti.
Dilampirkan beberapa gambar sekitar wacana Pemilu & Pemuda.
Setakat itu dahulu. Assalamualaikum
Zubair Rahim
Pengerusi GenTRA
--
Ahmad Zubair bin W. Ab Rahim
Mobile: +6013 303 3521
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "GenTRA students" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to
.