Petua Merancang Jantina Anak

770 views
Skip to first unread message

Ros.A...@my.ey.com

unread,
Mar 10, 2010, 9:03:51 PM3/10/10
to

Petua yang amat berguna bagi ibubapa…

Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Apapun segalanya adalah takdir Allah. Kita hanya mampu berusaha..

ok. ni nak tambah skit.ni petua orang tua2 dulu. tapi still boleh pakai kata Dr pakar puan masa live kat TV3,program ape tak ingat dah sebab dia kata, orang tua ni bercakap dari pengalaman dan mungkin ianya betul walaupun tidak dibuktikan dengan kajian saintifik.

Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk lonjong

Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat

Sekadar berkongsi pengetahuan kepada sesiapa yang nak merancang anak..Insyallah

Dipetik dari www.cakap.net

14 Comments »
1.        dd said,

January 14th, 2009 at 12:25 pm

rasanya ayat p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat
salah..utk perut yg bulat untuk anak perempuan bukan anak lelaki..skadar bkongsi..heheh

2.        nad said,

January 19th, 2009 at 4:04 pm

doktor tidak menggalakkan douching kerana ia boleh mendatangkan mudarat yg teruk di kemudian hari.ada kes sehingga wanita tersebut mengalami kemandulan kekal akibat tindak balas kimia di dalam sistem reproduktifnya. cuba elak guna feminine hygienic wash sekiranya berhasrat utk mendapat anak lelaki. kerana feminie hygienic wash merupakan acidic dgn pH 3.5
3.        min said,

March 16th, 2009 at 5:18 pm

Sesiapa yg leh tlg kongsi petua utk dpt kan bby girl… Skang i dh prgnant 2bln. So ada cara x nk rancang jantina dia?
4.        Mrs. Asida said,

April 2nd, 2009 at 12:57 pm

Bila telur dah disenyawakan, kita dah tak boleh ubah jantina tersebut. Petua untuk menentukan jantina adalah bermula di awal persetubuhan atau lebih awal dari itu dengan menjaga makan dsb nya.
5.        nurina said,

April 29th, 2009 at 12:43 pm

kengkawan tolong ye…. macamana nak rancang dapat anak, dah macam-macam cara masih belum ada rezeki. Sebelum dah pregnant tapi gugur la pulak….
6.        Mama nina said,

July 14th, 2009 at 2:12 pm

saya dah tiga orang anak tapi semua lelaki camaner agak nyer nak dapat baby girl.susah betul… tanya doktor kaedah-kaedah yang ada tak leh nak percaya..faktor genetik adalh antara penyumbang.. saya ramai adik beradik lelaki suami pun sama.
7.        nur said,

July 21st, 2009 at 10:56 pm

salam.. saya mempunyai 2 ank lelaki yg di lahirkan secara ceaser.. dan saya merancang untuk mendapatkan anak perempuan.. sekrng saya sedang mencuba nya dgn lactacyd feminine hygiene with douching apparatus. saya mencuba kaedah ini sbb kawan saya,pernah berjumpa pakar.. dan dr pakar suggest guna kan lactacyd.. dan ia berjaya mendapt anak perempuan.. yg penting kita berdoa dan bertawakal..
8.        liza said,

August 24th, 2009 at 2:23 pm

salam nursaid,
i betul2 minat u pnye idea..buat lactacyd feminine hygiene.tapi kat hospital mana kita boleh ambil rawatan itu..boleh email saya personally tak..tq..

9.        mamafc.com said,

December 22nd, 2009 at 4:09 pm

Salam,

saya nak share a calendar utk plan our family naturally based on kita punya kitaran haid. Dgn calendar ni, kita bole plan jantina baby samada mahu baby girl atau boy atau tidak mahu mengandung sama sekali hanya memasukkan tarikh haid kita.

boleh la refer link ni http://mamafc.com/index.php?option=com_womancalendar&Itemid=46&Itemid=50

Harap bermanfaat dan dapat dikongsi bersama.

thanks
10.        Ayu said,

January 6th, 2010 at 9:50 am

Salam..saya sudah berkahwin 3 bulan dan belum ade rezeki (anak), adakah kemungkinan kami tidak tahu teknik/cara yang betul? sebabnya kami bermasalah bila si suami sudah memasukkan maninya kedalam faraj tetapi selepas beberapa minit pabila suami saya mencabut keluar zakarnya mani tersebut turut keluar…wahai yang arif tolonglah bantu kami, adakah ini puncanya saya tidak mengandung?

emaillah saya jika ade petua yang membolehkan saya mengandung.

thanks
11.        fatima said,

January 6th, 2010 at 10:04 pm

salam..

saya kawin 12.12.2008,sejak kawin saya tak pernah piriod kecuali saya makan pil perancang,saya sempat makan 2 kali pusingan dan piriod saya ok,tapi saya ada dengar bahaya kalau belum ada anak makan pil perancang, kepada sesiapa yang lebih memahami masalah saya,tolongla bagi pendapat n cadangan pada saya. u/p; sebelum nikah saya memang dah alami masalah piriod tak teratur.tapi tak pernah la sampai 1 tahun tak piriod.

sekian.t.kasih
12.        menunggu said,

February 11th, 2010 at 1:43 pm

Salam..saya sudah berkahwin 3 bulan dan belum ade rezeki (anak), adakah kemungkinan kami tidak tahu teknik/cara yang betul? sebabnya kami bermasalah bila si suami sudah memasukkan maninya kedalam faraj tetapi selepas beberapa minit pabila suami saya mencabut keluar zakarnya mani tersebut turut keluar…wahai yang arif tolonglah bantu kami, adakah ini puncanya saya tidak mengandung?
13.        menunggu said,

February 11th, 2010 at 1:44 pm

tolong la jawab soalan sye tuuuuuuuuuuuu
14.        Ayu Dmansara said,

March 9th, 2010 at 10:05 am

Untuk persoalan menunggu said, saya ada petua, apabila selepas hubby cabut keluar, cepat2 lah si hubby letakkan bantal kecik dibawah punggung isteri supaya air mani tidak mengalir keluar…sekiranya inginkan anak lelaki, mengiringlah kekanan, kalau nak anak perempuan, mengiringlah ke kiri…tap itu semua kuasa Allah, kita hanya berusaha….selamat mencuba..

__._,_.___
Reply to sender | Reply to group | Reply via web post | Start a New Topic
Messages in this topic (1)
Recent Activity:
New Members 37
Visit Your Group
If you need a good laugh then you have come to the right place. Not only can you read jokes posted by members but you can also post a message yourself. So come and share some jokes and maybe even make a new friend.
-"This e-Mail may contain proprietary and confidential information and is sent for the intended recipient(s) only. If by an addressing or transmission error this mail has been misdirected to you, you are requested to delete this mail immediately"      

  - KELAKAR MELAKAR FIKIRAN MEKAR, HATI TAK TERBAKAR KEPALA TAK BERAKAR -
     
                       
Prayer Time For Kuala Lumpur, Malaysia  

MARCH      Subuh  Syuruk   Zohor    Asar   Maghrib   Isyak      
2010
1  - 10           6.07     7.23      13.27   16.42    19.28    20.37
11- 20           6.04     7.20      13.25   16.35    19.26    20.35
21- 31           6.01     7.17      13.22   16.27    19.24    20.33
                                     Kelakar-...@yahoogroups.com
                                   
http://groups.yahoo.com/group/kelakar
                       

MARKETPLACE

Hobbies & Activities Zone: Find others who share your passions! Explore new interests.

Switch to: Text-Only, Daily DigestUnsubscribeTerms of Use


.

__,_._,___

----------------------------------------------------------
The information contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed and others authorized to receive it.   It may contain confidential or legally privileged information.   If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. Ernst & Young is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt.


Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages