myPTPTNadalah aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan PTPTN secara dalam talian seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.
Aplikasi myPTPTN dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital. Pelanggan hendaklah membuat pendaftaran dan pengesahan pengenalan diri melalui Kad Pengenalan dan foto yang perlu diambil semasa pengesahan dibuat. Pelanggan tidak boleh membuat semakan penyata atau pindahan sekiranya tidak membuat pengesahan identiti eKYC tersebut.
Kedua:
i. Masukkan nama penuh seperti di kad pengenalan dan nombor kad pengenalan
ii. Lengkapkan maklumat e-mel, nombor telefon bimbit dan alamat surat menyurat
iii. Set kata laluan dan tentukan frasa/ ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian
iv. Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada e-mel pengguna.
eKYC merupakan proses pengesahan identiti secara elektronik di aplikasi mudah alih yang perlu dilakukan sebelum pengguna membuat sebarang urus niaga bagi memastikan transaksi digital yang dilakukan adalah selamat.
Sekiranya pengguna tidak sempurnakan eKYC, pengguna akan dianggap sebagai tetamu dan akses perkhidmatan yang diberikan adalah terhad. Berikut adalah perbezaan akses perkhidmatan antara tetamu dan pelanggan.
TAC adalah kod 6 digit unik yang dihantar melalui perkhidmatan mesej ringkas (SMS) ke telefon bimbit yang didaftarkan semasa membuat pendaftaran aplikasi myPTPTN. Ia merupakan ciri keselamatan yang digunakan oleh PTPTN untuk melindungi akaun pengguna daripada penggunaan yang tidak dibenarkan. Untuk melengkapkan transaksi, pengguna akan menerima TAC daripada PTPTN untuk mengesahkan bahawa pengguna adalah orang yang sah yang melaksanakan transaksi.
Paparan hanya boleh dilihat bagi tahun semasa sahaja dan tidak akan dipaparkan bagi tahun-tahun ke hadapan. Namun begitu, jika terdapat transaksi dalam penyata yang melibatkan pelarasan dan lain-lain, penyata akan dipaparkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda dicuri, tiada siapa yang dapat mengakses aplikasi tanpa ID pengguna dan kata laluan anda. Namun, untuk keselamatan, jangan simpan maklumat atau kata laluan akaun peribadi di dalam telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga harus mempertimbangkan untuk menghubungi khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi anda untuk membekukan nombor telefon buat sementara waktu.
Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebagai persediaan pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.
Semua maklumat yang dicetak dan dipaparkan dalam dokumen tawaran pinjaman pendidikan adalah berdasarkan pengisian permohonan oleh pelajar. Sekiranya pindaan melibatkan ejaan Nama, Alamat, Nama Bank dan No Akaun, pengemaskinian boleh dibuat melalui Maklumat Profil di aplikasi myPTPTN.
Peminjam tidak dibenarkan membuat pindaan ke atas maklumat pengajian seperti Nama IPT, Nama Program, Tempoh Pengajian dan lain-lain. Peminjam perlu membatalkan tawaran berkenaan dengan mengisi Borang Pembatalan Pinjaman di kaunter PTPTN dan mengemukakan semula permohonan baharu.
Bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada pinjaman terdahulu hanya dipertimbangkan selepas pelajar menyelesaikan jumlah keseluruhan hutang terdahulu (termasuk apa-apa kos yang ditentukan oleh PTPTN).
Ya, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti penyata gaji dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Sebarang pertimbangan tertakluk kepada dokumen sokongan dan dana peruntukan pinjaman yang mencukupi.
Tidak boleh. Tempoh pinjaman pendidikan adalah berdasarkan kepada tempoh program pengajian diluluskan oleh JPT, KPT. Tempoh pinjaman pendidikan diluluskan merujuk kepada semester semasa permohonan dibuat. Sekiranya anda memohon pada semester kedua, pinjaman pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian lazim anda.
Sekiranya peminjam tidak berunding, PTPTN tidak dapat membantu menstrukturkan pinjaman peminjam. Bayaran balik yang tidak konsisten dan mempunyai tunggakan akan memberi kesan kepada rekod CCRIS peminjam. Selain itu peminjam juga boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti mana yang termaktub di dalam perjanjian yang telah ditandatangani.
Penangguhan bayaran balik akan diberikan kepada mana-mana peminjam yang masih tidak bekerja\/ melanjutkan pengajian."}},"@type":"Question","name":"2. Apakah manfaat yang diperoleh oleh peminjam?","acceptedAnswer":"@type":"Answer","text":"Bayaran balik peminjam akan ditangguhkan dan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik berkuat kuasa.","@type":"Question","name":"3. Adakah Ujrah\/ Kos Pentadbiran dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik ini?","acceptedAnswer":"@type":"Answer","text":"Tidak. Ujrah tidak akan dikenakan sepanjang tempoh penangguhan diluluskan."]}B. Permohonan
Semua peminjam yang tidak bekerja atau sedang melanjutkan pengajian dalam skim pinjaman ujrah layak membuat permohonan penangguhan bayaran balik. Bagi peminjam konvensional, hendaklah membuat pertukaran ujrah terlebih dahulu sebelum memohon penangguhan.
Semua peminjam yang tidak bekerja atau sedang melanjutkan pengajian dalam skim pinjaman ujrah layak membuat permohonan penangguhan bayaran balik. Bagi peminjam konvensional, hendaklah membuat pertukaran ujrah terlebih dahulu sebelum memohon penangguhan."}},"@type":"Question","name":"5. Bagaimanakah kaedah untuk membuat permohonan?","acceptedAnswer":"@type":"Answer","text":"Peminjam perlu membuat permohonan di aplikasi web myPTPTN (https:\/\/
myptptn.ptptn.gov.my\/) dan muat naik (upload) dokumen sokongan seperti berikut:Dokumen sokongan bagi tidak bekerja:Penyata KWSP (Terperinci) dan Akuan Sumpah oleh Pesuruhjaya Sumpah.Dokumen sokongan bagi melanjutkan pengajian:a. Salinan surat tawaran pengajian terkini; dan\/ataub. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terkini daripada IPT sekiranya dalam surat tawaran tiada tempoh pengajian."]}C. Kelulusan
Setiap kelulusan, peminjam hanya diberikan tempoh 6 bulan sahaja. Peminjam perlu membuat permohonan baharu jika ingin melanjutkan tempoh penangguhan bagi 6 bulan berikutnya sekiranya masih belum mendapat pekerjaan.
Makluman status kelulusan diberikan melalui e-mel peminjam dan push notification myPTPTN."}},"@type":"Question","name":"7. Berapa lamakah tempoh penangguhan bayaran balik ini akan diberikan?","acceptedAnswer":"@type":"Answer","text":"Tidak BekerjaTempoh penangguhan bayaran balik bagi tidak bekerja adalah sehingga maksimum 24 bulan.Setiap kelulusan, peminjam hanya diberikan tempoh 6 bulan sahaja. Peminjam perlu membuat permohonan baharu jika ingin melanjutkan tempoh penangguhan bagi 6 bulan berikutnya sekiranya masih belum mendapat pekerjaan.Sedang Melanjutkan PengajianTempoh penangguhan bayaran balik bagi melanjutkan pengajian adalah bergantung kepada tempoh lazim pengajian baharu seperti berikut:a. Foundation\/ Profesional\/ Sijil\/ Diploma Lanjutan : 2 tahunb. Diploma : 3 tahunc. Ijazah : 4 tahund. Master : 2 tahune. PhD : 2 tahun"]}D. Penangguhan ke atas potongan gaji/ debit terus/ standing instruction
Peminjam yang sedang membuat potongan gaji/ debit terus perlu membuat permohonan penangguhan seperti yang ditetapkan. Dalam tempoh penangguhan, potongan gaji/ debit terus tidak akan dihentikan secara automatik. Peminjam perlu membuat permohonan pemberhentian potongan gaji/ debit terus di kaunter.
Setelah permohonan penangguhan bayaran balik diluluskan, peminjam yang membayar balik melalui Arahan Tetap (Standing Instruction) hendaklah membuat pembatalan dengan pihak bank. Sekiranya terdapat bayaran balik yang diterima, ia tidak akan dipulangkan (refund).
Peminjam yang sedang membuat potongan gaji\/ debit terus perlu membuat permohonan penangguhan seperti yang ditetapkan. Dalam tempoh penangguhan, potongan gaji\/ debit terus tidak akan dihentikan secara automatik. Peminjam perlu membuat permohonan pemberhentian potongan gaji\/ debit terus di kaunter."}},"@type":"Question","name":"9. Adakah potongan gaji akan berlaku dalam tempoh penangguhan?","acceptedAnswer":"@type":"Answer","text":"Ya, potongan gaji akan berlaku dalam tempoh penangguhan jika peminjam tidak membuat sebarang permohonan pemberhentian potongan gaji.","@type":"Question","name":"10. Apakah tindakan yang perlu dibuat oleh peminjam yang membuat Arahan Tetap (Standing Instruction) sekiranya ingin memohon penangguhan bayaran balik ini?","acceptedAnswer":"@type":"Answer","text":"Setelah permohonan penangguhan bayaran balik diluluskan, peminjam yang membayar balik melalui Arahan Tetap (Standing Instruction) hendaklah membuat pembatalan dengan pihak bank. Sekiranya terdapat bayaran balik yang diterima, ia tidak akan dipulangkan (refund)."]}E. Selepas Tempoh Penangguhan Tamat
Tidak. Peminjam hanya akan menerima notis makluman penstrukturan melalui e-mel yang didaftarkan dengan PTPTN semasa membuat permohonan penangguhan."}},"@type":"Question","name":"12. Adakah tempoh bayaran balik pinjaman peminjam akan dilanjutkan kesan daripada penangguhan ini?","acceptedAnswer":"@type":"Answer","text":"Ya. Tempoh bayaran balik akan dilanjutkan melalui penstrukturan semula pinjaman yang dibuat secara automatik kepada semua peminjam sebelum penangguhan bayaran balik diluluskan.","@type":"Question","name":"13. Adakah peminjam perlu membuat permohonan baharu potongan gaji\/ debit terus selepas tamat tempoh penangguhan?","acceptedAnswer":"@type":"Answer","text":"Tidak perlu. Semua potongan gaji dan debit terus akan diteruskan secara automatik sepertimana sebelum penangguhan bayaran balik."]}F. Rekod CCRIS
3a8082e126