Penguin Masuk Kampung

2 views
Skip to first unread message

linuxmalaysia

unread,
Nov 26, 2009, 3:27:16 PM11/26/09
to linuxmalaysia
Penguin Masuk Kampung

Dipetik dari

http://penguinmasukkampung.org/

Projek Penguin Masuk Kampung adalah suatu inisiatif untuk membawa
perisian sumber terbuka ke peringkat akar umbi. Secara realitinya,
tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa penggunaan perisian sumber
terbuka ini masih bersifat eksklusif apabila dipandang secara
harafiah. Apakah keistimewaan perisian sumber terbuka? Perisian sumber
terbuka ‘membuka’ peluang dan ruang individu serta masyarakat untuk
mengembangkan potensi diri.

Projek-projek perisian sumber terbuka adalah projek bertaraf dunia.
Oleh itu wujud suatu bentuk perkongsian maklumat dan pengetahuan serta
bentuk kerjasama secara maya dan langsung di peringkat global di dalam
pembangunan projek sedemikian yang memberi manfaat kepada pesertanya.
Ini adalah suatu peluang yang perlu digarap, diperhalusi dan
‘dinikmati’ bersama semua golongan masyarakat.

Di atas kesedaran inilah, langit yang menempurungi golongan-golongan
elit pembangun dan pengguna perisian sumber terbuka harus dibuka
sesuai dengan semangat perisian sumber terbuka itu sendiri. Adalah
amat malang sekali jika telaga emas ini tidak dikongsi dan
dimanfaatkan bersama dengan masyarakat setempat terutamanya golongan-
golongan belia desa dan pelajar-pelajar sekolah.

Maklumat lanjut di laman web Penguin Masuk Kampung

http://www.penguinmasukkampung.org/

Bincang Penguin Masuk Kampung di senarai email OSDC.my

http://osdcmy-list.grouply.com/home

----

OSDC.my Bersedia Untuk MSC OSCONF 2010
http://cikgucyber.blogspot.com/2009/11/osdcmy-bersedia-untuk-msc-osconf-2010.html

MSC Malaysia Open Source Conference 2010
http://mscoscon.blogspot.com/2009/11/msc-malaysia-open-source-conference.html

Archive

http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/2009/11/penguin-masuk-kampung.html
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages