Harga Pasaran Antarabangsa.

2 views
Skip to first unread message

Lintahworld2u

unread,
Feb 10, 2009, 7:12:39 AM2/10/09
to Lintahworld2u
Assalamualaikum.....

Dari tinjauan yang saya buat, pasaran antarabangsa cukup lumayan
sehingga mencapai USD4.95= 5 ekor.

Persoalan:

>Kenapa pasaran di malaysia hanya dikira SEN untuk sekor?
>Kenapa penternak tidak mencuba menembusi pasaran antarabangsa?
>Kenapa penternak /pembekal/pengedar yang mempunyai lesen eksport(AP) tidak membantu parapenternak lintah yang sukar menembusi pasaran luar?
>Bagaimana nasib parapenternak yang tidak tahu hala tuju projek yang diusahakan?

"fikir fikirkan"

N Hanny

unread,
Feb 11, 2009, 10:20:35 AM2/11/09
to lintah...@googlegroups.com
Salam,
 
Tulah pasai.... Kebanyakan penternak nak untung dalam masa terdekat. Ternak lintah ni sebenarnya bisnes jangka panjang dan kita perlu sabar.. Saya pon ada survey byk laman web di malaysia ni dan ramai penternak main harga sehingga ada yang jual lintah harga 15sen seekor pon ada. Camner rakan penternak lain nak maju? Saya rasa kita patut maintain harga. kalau kita rajin cari pasaran dan marketing plan kita bagus, Insyaallah pasti berjaya. Yang penting kena usaha lebih.. takat usaha tapi tak lebih takkan berjaya.

--- On Tue, 2/10/09, Lintahworld2u <tn_medi...@yahoo.com> wrote:

Anakmelaka6/papa

unread,
Feb 13, 2009, 5:46:40 AM2/13/09
to Lintahworld2u
Asalammmmmmmmmm.

"Kenapa pasaran di malaysia hanya dikira SEN untuk sekor? "

Pada pendapat papa pada awal nya dulu lintah sewenang2nya boleh masuk
kedalam negara kita.
Bayangkan dari Thailand 1 kg baru rm 30/- kita saja.
Alhamdulilah buat masa sekarang AP tidak dikeluarkan lagi serta
dipantau oleh Jabatan Perikanan.
Dengan ini harga lintah dah mula mendadak naik,kerana tidak bersaing
dengan lintah dari luar.
Cuma buat masa kini ada pihak2 tertentu cuba menunjukan penternak2
lintah kita tidak mampu membekalkan lintah pada permintaan
mereka.Maksaalah nya mereka memintak dengan harga yang sangat
murah.Jadi macam mana nak jual pada mereka.

Nasihat papa kalau ada yang memerlukan lintah bertan2 mintak surat
proposal dari mereka secara hitam putih siap dengan harga yang mereka
pinta.(Boleh kita nilain berapa 1 kg yang mereka pohon)

"Kenapa penternak tidak mencuba menembusi pasaran antarabangsa?"

Seperti yang papa kata dulu Jabatan Perikanan sedang membuat R&D
tentang jenis lintah kita untuk diisteharkan dalam masa terdekat.
Bila nama lintah2 kita sudah ditetepkan insaallah pasaran luar akan
terlaksana.

Nasihat papa ternak lah dengan berjaya bermula dari sekarang kerana
bila pasaran ini terbuka keperluan lintah sangat
memberangsangkan.Takut tak larat nak supply aja.(Persatuan pun sedang
menyiapkan base line untuk penternakan lintah ini atau pembenihan
lintah.Dan Persatuan akan membuat pusat pengumpulan selepas mesyuarat
AGM Persatuan yang akan berlangsong tak lama lagi.)

"Kenapa penternak /pembekal/pengedar yang mempunyai lesen eksport(AP)
tidak membantu parapenternak lintah yang sukar menembusi pasaran
luar? "

Untuk Export nama lintah pun belom diistiharkan,macam mana nak
istiharkan lintah kita jenis apa?Dulu semua urusan Expot dibawah
naungan Jabatan Perhilatan.Tetapi sekarang dalam proses diambil alih
oleh Jabatan Perikanan.

Nasihat papa , sila berhubung dengan Jabatan Perikanan untuk urusan
ini .Baru2 ini ada penternak nak bawak lintah ke Sabah dan memerlukan
Sijil Kesihatan.Sijil ini sila berhubung dengan Jabatan Perikanan di
KLIA mereka yang akan keluarkan sijil itu dengan beberapa sharat yang
mereka perlukan.

Setekat ini dulu yang dapat papa sampaikan maklumat serbasikit untuk
semua penternak dengan harapa ternak lah dengan betul2 sampai
jadi.Sekiranya tak menjadai cari lah sebab nya dan perbetulkan kan lah
secepat mungkin.Jangan lah hampa ditengah jalan.Kalau perlukan
pertolongan dari papa boleh berhubung dengan papa atau AJK papa ,kami
sedia membantu setakat yang kami mampu.Amin.

anakmelaka6



On 11 Feb, 23:20, N Hanny <nhann...@yahoo.com> wrote:
> Salam,
>  
> Tulah pasai.... Kebanyakan penternak nak untung dalam masa terdekat. Ternak lintah ni sebenarnya bisnes jangka panjang dan kita perlu sabar.. Saya pon ada survey byk laman web di malaysia ni dan ramai penternak main harga sehingga ada yang jual lintah harga 15sen seekor pon ada. Camner rakan penternak lain nak maju? Saya rasa kita patut maintain harga. kalau kita rajin cari pasaran dan marketing plan kita bagus, Insyaallah pasti berjaya. Yang penting kena usaha lebih.. takat usaha tapi tak lebih takkan berjaya.
>
> --- On Tue, 2/10/09, Lintahworld2u <tn_medicstr...@yahoo.com> wrote:
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages