-Syafie:
Berkata Imam Nawawi di dalam Majmuk pada bab apa yang boleh dijual
beli dan apa tidak boleh:
“Lintah iaitu cacing hitam atau merah yang keluar dari air.
Kebiasaannya diletakkan di atas anggota yang berlebihan darah, maka
lintah akan menghisap darahnya. Apakah boleh menjual lintah tersebut
Terdapat dua toriq:
(Paling Asoh): Ini yang diputuskan Imam Haramain dan al-Ghazali dan al-
Baghawi di dalam syarah al-Mukhtasor dan selain mereka mengatakan
harus. Ini kerana terdapat tujuan yang diinginkan iaitu menghisap
darah daripada anggota yang sakit.
(Toriq kedua): Terdapat dua wajah; al-Mutawalli yang meriwayatkan
pendapat ini. Asah: Harus. Kedua: Tidak, kerana ia haiwan yang
menyakiti seumpama ular dan kala jengking.”
Berkata Syeikh Muhammad as-Syarbini al-Khatib di dalam Muqni al-
Muhtaj ketika menerangkan maksud Imam Nawawi “Tidak sah jual beli
serangga dan setiap binatang buas yang tidak memberi manfaat”;
(Termasuk dalam kategori tidak memberi manfaat) “seumpama singa,
serigala, helang dan gagak merupakan binatang yang tidak boleh
dimakan. Tidak dilihat pada manfaat kulitnya setelah mati atau dibuat
anak panah daripada bulunya atau menjadi simpanan peliharaan raja-raja
demi tujuan menunjukkan kekuatan atau politik. Adapun apa yang memberi
manfaat dari benda itu seperti harimau buruan untuk memburu, gajah
untuk memburu, monyet untuk mengawal, lebah untuk madu, burung bulbul
untuk suara, merak untuk warnanya, lintah untuk menghisap darah, maka
jual belinya sah...”
Di dalam Tuhfatul Muhtaj:
“Tidak sah jual beli Hasyarat iaitu binatang kecil yang melata di bumi
seumpama tikus. Tidak dikira jika manfaatnya di sisi pakar.
Dikecualikan seumpama yarbu’, dhob yang dimakan, lebah, ulat sutera
dan lintah untuk menghisap darah
“Jika dikatakan: Semua hasyarat ini bermanfaat di sisi mereka yang
pakar. Apakah alasan pengecualiannya berbanding yang lain? Aku
berkata: Syeikh kami ~Syeikh Atiah al-Ajhuri~pernah menjawab:
Sesungguhnya apabila semua ini menjadi masyhur dan diketahui oleh
kebanyakan manusia, maka ia dikecualikan. Adapun yang baki, tidak
dikecualikan kerana ia hanya khusus kepada para-para doktor yang
spesialis
~Hasyiah al-Bujairimi a’la al-Khatib (3/11)
> > - Tunjuk teks yang dipetik -- Sembunyikan teks yang disebut -