Cara kehidupan lintah

34 views
Skip to first unread message

Lintahworld2u

unread,
Feb 5, 2009, 11:04:07 AM2/5/09
to Lintahworld2u
Assalamualaikum......

Bagaimana kehidupan harian lintah, adakah 24jam ia menyelam dalam air?
Betulkah lintah hanya memerlukan air cuma sedikit? Kita selalu nampak
lintah akan melekat ditepi kolam atau dikaki air, adakah itu kebiasaan
lintah?Bagaimana kita nak tahu sesekor lintah tu mempunyai lendiran
cocooan dalam badan atau ia jadi dengan sendiri tanpa kita
sedari?.......Sama sama kita infokan perkara ini......

mahadzir md zain

unread,
Feb 5, 2009, 11:39:56 AM2/5/09
to lintah...@googlegroups.com
Waalaikumsalam.

Setiap makluk yang hidup pasti mempunyai rutin harian. Ada masa makan, tidur, bermesra dsbnya lagi. Begitu juga lintah. Dari pengalaman saya (org lain saya tak pasti), lintah kelihatan bersantai di dinding kolam dan hilang tak kelihatan berdasarkan beberapa keadaan. Salah satunya kekurangan oksigen. Lintah juga hilang dr pandangan bila tiba musim mengawan. Lendiran cocooan??????
Lintah bertelur dlm dua keadaan/bentuk;
  1. Dalam bentuk jelly, dimana telur kebiasaannya melekat di tumbuhan air yg berada dlm kolam ternakan. Proses pembesaran anak lintah melalui beberapa peringkat secara terbuka dan peratus(survival rate) anak lintah hidup amat rendah.
  2. Dalam bentuk kokun, dimana proses pembesaran anak lintah berlaku didalam sarung/kapsul. Cecair berprotein tinggi yang berada di dalam kokun menjadi sumber makanan kepada anak lintah untuk menjalani proses pembesaran. Anak lintah akan keluar dari sarung/kapsul tersebut apabila sudah cukup 'matang'.
Untuk maklumat lanjut boleh lihat video di http://warisanagroresources.blogspot.com

2009/2/6 Lintahworld2u <tn_medi...@yahoo.com>



--
Mahadzir Md Zain
(ajet66/restumama)
http://warisanagroresources.blogspot.com
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages