Re: Sistem Kolam Paling Efisyen./Untuk kolam Politank dan Kok

2 views
Skip to first unread message

Mohd Zol

unread,
Jun 23, 2009, 2:41:38 PM6/23/09
to lintah...@googlegroups.com
Salam bro.....mana otai yang lain ni, sepi je?

--- On Fri, 5/29/09, Anakmelaka6/papa <anak.m...@gmail.com> wrote:

From: Anakmelaka6/papa <anak.m...@gmail.com>
Subject: Re: Sistem Kolam Paling Efisyen./Untuk kolam Politank dan Kok
To: "Lintahworld2u" <lintah...@googlegroups.com>
Date: Friday, May 29, 2009, 12:52 PM


Asalammmmmm En A Shukor.

Betul apa yang Shukor katakan itu, tetapi pada pendapat papa apa guna
nya kalau dah ada pasaran tetapi menternak pun masih belum membuahkan
hasil?
Buat masa sekarang ni pun papa merantau dan melihat kolam-kolam dari
Johor Baru sampai semalam ke Pulau Pinang mejoritinya tidak
menjadi.Mana lintah-lintah nya yang sibuk nak jual itu? Mungkin ada
segelintir yang berjaya tapi guna untuk diri sendiri aja.Tentang
pelajaran Berkerusus pulak kebanyakan nya nak kan duit aja kolam-kolam
tidak dipantau dan sebagai nya?
Pandangan papa lah ada lah lebih baik sesiapa yang dah mula berternak
untuk menjadi Ahli Persatuan Pelintah.Disitu sahaja lah yang dapat
membantu penternak-penternak dari berbagai maksaalah.Papa faham
persatuan yang papa wujut kan ini pun baru lagi .Bagi lah peluang
untuk Penteraju baru ini untuk meneruskan perjuangan dalam bidang
penternakan ini.Tampa sokongan dari semua penternak juga tiada gunanya
persatuan ini juga .Tak begitu?

Insaallah perjuangan papa tentang penternakan sudah pun selesai,mudah-
mudah ternakan dari anak-anak murid papa akan menjadi.Amin.Boleh lah
kira nya papa memulakan urusan mencari pasaran untuk semua
pulak.Insaallah.Amin

anakmelaka6

On 26 Mei, 08:30, A Shukor Abu Bakar <ashukorabuba...@hotmail.com>
wrote:
> Salam semua,
>
> Saya rasa cara penternakan tak ada masaalah.  Sebelum hendak memulakan penternakan, sudah tentu mereka telah mengikuti berbagai kursus.
>
> Oleh itu, kita perlu membincangkan tentang pasaran lintah yang masih tidak menentu sekarang.  Ramai para penternak yang dah give up. Majoriti mengatakan susah nak jual dan kalau ada yang nak beli, harganya terlalu murah.  Tak berbaloi di bandingkan dengan kos penjagaan.  Cuba cari satu kaedah atau jalan yang para penternak boleh menjual hasil mereka tanpa melilau tak tentu arah mencari pasaran, misalnya ada persatuan atau pihak tertentu yang boleh membeli hasil ternakan mereka tanpa syarat. Maka, para penternak sudah tahu di mana halatuju hendak pasarkan hasil ternakan mereka.
>
>
>
> > Date: Tue, 19 May 2009 10:00:12 -0700
> > Subject: Re: Sistem Kolam Paling Efisyen./Untuk kolam Politank dan Kok
> > From: anak.mela...@gmail.com
> > To: lintah...@googlegroups.com
>
> > Asalammmmmmmm dan Selamat Sejahtera buat semua.
> > Ok bertemu kembali kita,nampak nya masih tak ada otai2 yang tampil
> > untuk bercerita akan tajuk ini ya.
>
> > Kolam Kanvest 15 X 30 Atau 20 X 60
>
> > Untuk menternak cara ini sesaorang penternak kena lah mempunyai
> > kawasan yang agak besar termasuk lah dengan modal yang agak besar
> > juga.
> > Pada awal nya dulu semua aspek digunakan seperti cara kok atau
> > politank.Cuma cara pengunaan baja oganik,bilangan lintah,kena lah
> > betul.
> > Baik kalau satu kaki persegi persamaan 50 ekor lintah,untuk 15 x 30
> > kita perlukan.
> > 15 X 30 X 50 =22,500 ekor lintah.
> > Ada kah perlu kita meletak sebanyak itu untuk kolam itu?
> > Ada kah larat kita nak letak sebanyak itu untuk kolam kita untuk
> > menjadi?
> > Baik sebenar nya ukuran sekaki persegi ada lah untuk pembenihan.
> > Pada kolam-kolam yang bersesuaian untuk pembenihan.Jadi anak-anak yang
> > ada akan dipindahkan kekolam yang lebih besar untuk pembesaran nya.
> > Cadangan papa sekira nya anda tidak membuat kolam pembenihan maka
> > untuk kolam 15 X 30 papa cadangkan letak lah antara 7,000 ke 10,000
> > ekor untuk menternak kerana kawasan ternakan ini agak luas.
> > Seeloknya siap kan satu atau beberapa kolam simin 4 X 9 untuk dijadi
> > kan tempat pembenihan.
> > Bila kolam-kolam simen mula mengeluarkan anak-anak lintah maka masukan
> > ke kolam besar untuk pembesaran.
>
> > Persiapan kolam 15 X 30
>
> > Korek sedalam 2 kaki dan tanah yang dikorek jadi kan ban atau benting
> > 2 kaki juga.
> > Bermaksud dasar sampai atas 4 kaki.
> > Pasang kenvest,letakkan pasir setinggi 3 inci.
> > Overflow setinggi satu kaki dari dasar.
> > Buat pulau-pulau untuk lintah-lintah bertelor,bersantai dan
> > perubatannya.
> > Tentukan sukatan baja oganik mencukupi ia itu 30 ke 40 kg.Tiap minggu
> > 3 kg.
> > Sekiranya baja tidak mencukupi maka kiambang tak akan hidup serta
> > pertumbuhan aggil2,pantum2 dan lumut akan terbentuk lambat.Anak-anak
> > lintah yang dimasukan akan mati atas dasar permakanan yang tidak
> > mencukupi.
> > Jumlah lintah yang mencukupi untuk pembiakan.(7,000 ke 10,000 ekor)
> > Net hitam atas perlu di pasang untuk mengurangkan cahaya
> > matahari,serta mengelak dari pengmangsa2 lintah.
> > Net hijau dipasang keliling kolam.
> > Kenvest diatas net digunakan untuk mengelakan lintah dari keluar.
>
> > Nota
>
> > Permaksaalahan nya kolam kanvest koyak dan lintah -lintah akan keluar
> > dan tinggal dibelakang kanvest.
> > Penangkapan lintah agak rumit kerana kawasan nya luas.
> > Penangkapan kena guna seluar pancing ikan yang getah tu dari kasut
> > sampai pinggang.
> > Pembiakan yang agak lambat atas dasar jumlah lintah yang kita letak.
>
> > Kolam 20 x 60
>
> > Cuba bayangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk kolam yang 20 X 60
> > tidak kah dua kali ganda semua nya dari kolam 15 X30.
>
> > Dari itu fikir-fikir kan lah sebelom menternak?
> > Kalau rasa pokit kencang dan nak untung besar silakan lah.
>
> > Ok cukup rasa papa setakat ini buat semua penternak-penternak. Kalau
> > kurang faham boleh rujuk ke wed papa semua nya siap bergambar
> > disana.Layari lah wed:
>
> >www.ahmadzulterasmaju.com
>
> > Kalau masih kurang faham boleh hubungi papa ditalian 012-6921721
>
> > anakmelaka6
>
> > On 15 Apr, 02:57, "Anakmelaka6/papa" <anak.mela...@gmail.com> wrote:
> > > Asalammmmmmmmm, nampak nya tak ada yang nak tampil untuk memberi
> > > pendapat masing2.Mungkin ia satu rahsia buat sesaorang atau sebagai
> > > periok nasik atau pun apa2 lah.
>
> > > Bagi pandangan papa lah.
> > > Sebenar2nya untuk menternak lintah ini boleh dilakukan didalam apa2
> > > kolam pun yang penting sekali kaedah yang digunakan didalam kolam itu
> > > yang paling2 pentingnya.Asal kaedah itu menikut kaedah habitat lintah
> > > yang asal.
> > > Ok Apa dia habitat asal lintah?Cuba fikir2kan.
>
> > > Berbalik kepada kolam2 yang digunakan.
>
> > > Kok,Politank.
> > > Tempat nya kecil sesuai untuk penternak2 yang bermodal kecil,atau
> > > tidak mempunyai tempat yang luas,tak begitu?Tetapi bayang kan tempat
> > > yang kecil berapa kah jumlah lintah2 yang boleh diternak didalam nya?
> > > Kalau letak sikit dalam 200 ekor bila lintah2 ini nak mengawan dan
> > > bertelor?Kerana satu di utara satu diselatan?
> > > Kita kena faham perangan lintah bila lintah2 ini bergeser antara satu
> > > dengan lain maka meraka akan menguruskan urusan penyawaan.Berdasarkan
> > > ini papa mengunakan kaedah  1 kaki persegi bersamaan 50 ekor
> > > lintah.Maka didalam kolam ini dalam 500 ke 800 ekor cukup untuk
> > > lintah2 ini berlegar mengawan serta bertelor.
>
> > > Penting.
> > > Berdasarkan kolam ini kecil maka bila anak2 lintah boleh berenang
> > > sahaja ia itu sebesar batang lidi maka anak2 lintah ini perlu
> > > diasingkan kekolam yang lain untuk tujuan pembesaran.Kalau tidak
> > > induk2 lintah akan mengelami kematian sebab?.
> > > Kata kan kolam politank 4 X 4 ,letak 800 ekor setelah 2 bulan anak2
> > > mula kelihatan.Katakan lah kehidupan dari telur2 lintah .satu ekor
> > > lintah bersamaan 10 ekor,bermakna kalau 800 X 10 dalam 8,000 ekor.Kena
> > > ingat bukan 8,000 terus didalam kolam itu kerana ia akan datang dalam
> > > peringkat2.Itu lah sebab nya bila anak2 besar batang lidi sahaja perlu
> > > diasingkan.Kalau tidak anak lintah akan mula bertambah dari hari
> > > kehari dan keluasan politank tak dapat menampong semua lintah2 yang
> > > bakal turun.Maka mula lah anak2 lintah yang kecil mengigit induk2
> > > untuk mendapat kan makanan bila anak2 lintah melepaskan gigitan dari
> > > induk maka induk akan luka maka lintah2 yang lain pula akan mengigit
> > > induk ini dan ini lah salah satu punca banyak induk mati.
>
> > > Baik berbalik kepada kolam .
> > > Satu politank,selepas 2 bulan anak dah mula turun maka kena siapkan
> > > satu lagi politank(dah jadi 2 politank)masuk 4 bulan terpaksa siapkan
> > > politank yang ketiga kerana politank kedua dah penoh.(Jadi 3 pilotank)
> > > dan seterusnya.
> > > Bayang kan kalau bermula dengan 10 politank berapa kah tank yang perlu
> > > disiapkan?
> > > Dimana yang kata nya mengunakan politank kerana tidak memerlukan
> > > kawasan yang luas (tempat)?
> > > Jadi fikir2kan lah.
>
> > > Untuk papa kalau nak gunakan politank atau pun kok ia sebagai tempat
> > > pembiakan atau tempat pembenihan sahaja.Jadi perlu ada kan kolam yang
> > > lain yang lebih luar untuk pembesaran serta yang boleh menampong
> > > lintah2 yang banyak.
>
> > > Rasa papa cukup pendapat dari papa buat kolam politank dan kok sahaja
> > > kalau ada masa akan papa bercerita pulak untuk kolam fiber atau
> > > kanvest pulak.
>
> > > Sekian terima kasih
>
> > > anakmelaka6www.ahmadzulterasmaju.com
>
> > > On 25 Feb, 22:40, Lintahworld2u <tn_medicstr...@yahoo.com> wrote:
>
> > > > Assalamualaikum.....
>
> > > > Disini kita sedia tahu untuk menternak lintah sudah tentu memerlukan
> > > > kolam untuk menternak, jadi pilihan sudah tentu bergantung pada dana
> > > > yang sedia ada tak kiralah untuk  kolam kanvas, kok(bulat), simen(batu
> > > > bata), polytank, fiberglas ataupun aquarium(kaca).
>
> > > > Persoalanya,yang mana satu pilihan anda? Kos peruntukan  bagi setiap
> > > > satu kolam/ keluasan kolam? Aktiviti penyelenggaraan untuk satu kolam?
> > > > Kapasiti induk yang di perlukan untuk satu kolam(minimum)? Keperluan
> > > > tenaga kerja? Kualiti berpanjangan setelah menternak dan kuantitinya?
> > > > Kesan kesan sampingan yang mungkin terdapat melalui sistem yang
> > > > dipilih?
>
> > > > Sumbangkanlah cadangan anda agar semua penternak dapat memperbaiki
> > > > sistem sedia ada dan dapat meningkatkan kuantiti serta kualiti
> > > > penternakan dari masa ke semasa.
>
> > > > "Majulah Lintah Untuk Dunia"
>
> _________________________________________________________________
> Join the Fantasy Football club and win cash prizes here!http://fantasyfootball.malaysia.msn.com
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages