Anugerah Aidilfitri ialah sebuah album studio ke sepuluh Siti Nurhaliza. Album ini memuatkan lagu-lagu yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Album ini dilancarkan seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2003 dan boleh didapati dalam bentuk cakera padat atau VCD.
Siti Nurhaliza dilaporkan pernah berkata beliau telah merakamkan sebuah lagu raya, yang akhirnya menjadi sebuah album raya. Difahamkan bahawa Siti mula merakamkan album rayanya sejak bulan Ramadhan. Album Anugerah Aidlfitri juga memuatkan lagu raya hits beliau, termasuk Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan Air Mata Syawal yang semuanya dicipta oleh Pak Ngah dan juga lagu ciptaan komposer S. Atan, Bila Hari Raya Menjelma. Selain itu, beliau turut merakamkan semula lagu Suara Takbir, yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Lagu ini menceritakan suasana hari raya Idul Fitri setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Orang-orang berkumpul bersama keluarga untuk bertukar salam, makan kuih tradisional, dan berbagi kisah sambil menikmati suasana penuh kerinduan dan kegembiraan. Lagu ini juga menggambarkan tradisi perayaan hari raya di desa yang diisi makanan khas dan obrolan santai antar kerabat.Read less
Masuk penggal kedua berpuasa ini bermakna radio-radio akan mula memutarkan himpunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Ada yang suka dengan versi baru dan ramai juga memilih untuk mendengar lagu raya klasik. Apa pun lagu-lagu ini sentiasa menggamit memori.
Lagu Ahmad Jais ini sebenarnya telah dicipta oleh Allahyarham P. Ramlee dan Jamil Sulong pada tahun 1957 untuk menyokong perjuangan pekerja-pekerja filem yang mogok pada Hari Raya tahun itu.
Pada bulan Mac dan April 1957, pekerja-pekerja studio filem MFP (Malay Film Productions) milik Shaw Brothers telah melancarkan mogok untuk menuntut gaji yang lebih berpatutan. Mogok mereka telah berlarutan sehingga Hari Raya yang jatuh pada 1 Mei 1957.
Salah satu aktiviti yang telah dijalankan oleh PERSAMA ialah menganjurkan konsert amal untuk mengutip dana bagi membantu perjuangan pekerja-pekerja yang sedang mogok. Sempena Hari Raya tahun itu, P. Ramlee dan Jamil Sulong telah menggubah sebuah lagu Raya baru untuk dinyanyikan semasa konsert amal tersebut dan hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk menulis lirik lagu itu!
Mengagumkan! Meskipun lagu-lagu raya ini sudah lama namun generasi baharu juga lebih menggemari karya-karya klasik ini walaupun sebahagian besar lagu tersebut dicipta lama sebelum mereka dilahirkan. Ini adalah 10 lagu raya klasik terbaik sepanjang zaman!