Salam 1Malaysia [lelakiperkasa],
Kali ini saya hendak berkongsi cerita isteri tidak puas diranjang
Berikut adalah cerita dari seorang isteri yang berasal di Kuala
Lumpur:
“Saya seorang wanita berstatus isteri berusia 30 an bekerja dalam
sektor perbankan dan suami berusia akhir 30 an, dia seorang eksekutif
pemasaran, kami mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan.
Sepanjang tujuh tahun perkahwinan, saya tidak menikmati kebahagiaan
dan kenikmatan dalam hubungan suami isteri. “Kami sentiasa sibuk
dengan urusan sendiri, hinggakan tidak ada ruang waktu untuk kami
bersenda gurau. Suami tidak begitu memperdulikan saya dan urusan rumah
tangga. Suami saya kurang memberi perhatian kepada saya terutamanya
dalam hubungan komunikasi, kewangan, kasih sayang dan masa. Segala-
gala urusan rumah tangga terletak di bahu saya.
Kini kami saling menyayangi dan saya rasa bahagia kerana dia sentiasa
mengambil berat dan memahami masalah saya, tetapi sampai bila hubungan
kami akan berakhir saya sendiri tidak tahu ”
Bukan seorang dua wanita yang menghadapi masalah seperti cerita wanita
di atas, tetapi ramai isteri mengakui bahawa mereka bosan, tidak puas
dan kurang mendapat perhatian dari suami, sehingga ada di kalangan
mereka menjalin hubungan dengan lelaki lain untuk mendapatkan kepuasan
dan perhatian insan begelar lelaki. Jika situasi sebegini bagaimana
cara untuk mengatasinya?
Tentu sahaja mengatasi masalah dengan menjalin hubungan dengan lelaki
lain hanya mengundang risiko dan ia jelas menyalahi agama dan boleh
memberi tang-gapan buruk terhadap wanita itu sendiri.
Risiko lain yang mungkin terjadi ialah bila suami atau isteri lelaki
mengetahui hubungan anda. Sebelum hu-bungan terlarang berlanjutan,
hentikan segera hubungan dan cari jalan bagaimana mengatasi masalah
dengan suami secara terbuka, penuh diplomasi agar hubungan yang dingin
tidak terus dingin.
Apa yang perlu, sebagai wanita dan isteri, anda harus bersedia untuk
berbincang, sedia bertolak ansur, dikritik. Masa yang sama anda juga
harus tegas menyuarakan hak anda sebagai isteri demi-oienjalin semula
keharmonian rumah tangga yang semakin lesu.
http://url.my/suami-isteri
=====================================
Apa perlu dilakukan oleh isteri :
=====================================
1- Perbaiki kelemahan diri, kenal pasti apa kelemahan dan kekurangan
pada diri sendiri sehingga suami sentiasa tiada masa untuk bersama
anda dan kelat di rumah serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
suami.
2- Kenalpasti apa faktor menolak yang ada di rumah sehingga dia
terlalu sibuk dengan kerja dan kerjayanya di luar.
3- Bersedia untuk berbincang, jika suami tidak memulakan, anda boleh
mulakannya, tetapi gunakan pendekatan yang tidak menyemarakkan lagi
kemarahan-nya atau menyebabkan suami enggan berbincang.
4- Bersedia untuk dikritik dan bersedia mempertahankan diri.
5- Tidak mencari kesilapan sesiapa, sebalik mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.
6- Segera berdamai, jika sudah mencapai kesefahaman.
7- Saling memaafkannya dan tidak mengungkit cerita lama.
http://url.my/suami-isteri
===============================
Apa perlu dilakukan oleh suami:
===============================
1- Apabila isteri ajak berbincang, itu tanda hubungan anda dengannya
ada masalah. Maka beri peluang dan bersedia berbincang dengannya dalam
keadaan yang tenang bukan tertekan.
2- Segala keluhan dan rasa tidak puas hati itu adalah tanda isteri
menyayangi anda bimbang jika anda berterusan dingin terhadapnya itu
boleh meretakkan hubungan suami isteri.
3- Sedia ditegur dan mengubah perlakuan jika untuk kebaikan bersama.
4- Jika tidak setuju, beri alasan munasabah dan jangan menyalahkan
isteri. Sebaliknya beri cadangan yang lebih realistik yang boleh
diterima.
5- Jika sedia berubah, jangan mengulangi perlakuan yang tidak disukai
pasangan.
Dapatkan lebih infomasi di
===================
http://url.my/suami-isteri