Kenyataan Media Lee Khai Loon: Hentikan e-voting, Lantik Maria Chin untuk Audit sistem pemilihan parti

1 view
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Sep 23, 2018, 8:43:32 AM9/23/18
to

Kenyataan Media Lee Khai Loon, ADUN Machang Bubuk pada 23 September 2018

 

Hentikan e-voting, Lantik Maria Chin untuk Audit sistem pemilihan parti

 

Sistem e-voting terbukti masih belum matang dan Parti Keadilan Rakyat masih belum bersedia untuk berdepan dengan cabaran ini, maka saya menyeru kepada pimpinan pusat parti agar hentikan e-voting dengan segera. Di samping itu, saya mencadangkan agar parti melantik mantan Pengerusi Bersih, YB Maria Chin Abdullah untuk mengaudit segala proses pengundian dalam pemilihan parti ini.

 

Saya yakin dengan perlantikan YB Maria Chin yang neutral, professional akan kembalikan integriti pemilihan demokrasi ini serta sekaligus menyakinkan rakyat Malaysia serta anggota terhadap Parti Keadilan Rakyat.

 

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat telah bermula dengan pengundian di negeri Kedah dan Pulau Pinang pada hari Sabtu yang lepas. Buat kali pertama system e-voting diguna pakai untuk memudahkan proses pengundian serta menggalakkan penyertaan di kalangan anggota parti.

 

Namun, perjalanan proses pengundian telah berakhir dengan kedaan yang kecoh, huru hara serta pelbagai masalah telah timbul sehingga ada pergaduhan yang berlaku. Kejadian ini telah bercanggah dengan pemilihan parti yang angkat prinsip demokrasi sebenar iaitu “Satu Anggota Satu Undi”.

 

Isu yang timbul dalam hari pertama mengundi perlu diambil serius oleh pimpinan pusat parti. Masalah termasuk kesilapan gambar dan nombor calon di atas kertas undi, keputusan 0 undi bagi beberapa calon, perbezaan QR Code yang dicetak berlainan jumlah bilangan anggota keluar mengundi tinggi mencapai hamper 50 %.

 

Tindakan tegas perlu diambil oleh pimpinan pusat parti agar keadaan kelam kabut dalam proses pengundian tidak berulang lagi serta memastikan system pemilihan parti dapat dijalankan dalam keadaan yang demokrasi, adil dan telus.

 

 

Lee Khai Loon

ADUN Machang Bubuk

Calon Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Organizing Secretary of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages