Kenyataan Media ADUN Machang Bubuk Merangkap Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang Lee Khai Loon pada 4 April 2017.
Budi Bicara Polis Tidak Jelas, Kebebasan Bersuara Adalah Kepentingan Awam
Pulau Pinang –Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan polis yang membatalkan kelulusan sesi debat di antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan kuasa budi bicara yang diperuntukkan kepada polis mengikut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967. ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon berpendapat bahawa kenyataan tersebut adalah tidak jelas serta tiada garis panduan yang jelas. Tindakan polis telah menjejaskan hak dan kebebasan orang ramai untuk mengadakan aktiviti di masa depan.
Lee mempersoal polis, sedangkan begitu banyak debat politik telah berjaya dianjurkan sebelum ini, kenapa perbahasan di antara Tun Dr Mahatir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz mengalami pelbagai halangan daripada polis. Ekoran tindakan ini, orang ramai mungkin syaki polis mengamalkan penguatkuasaan terpilih.
Lee juga minta Ketua Polis Negara untuk membuat penjelasan bahawa sekiranya perbahasan tidak diluluskan atas sebab kepentingan rakyat dan keselamatan awam, maka pihak polis harus jelaskan maksud dan garis panduan untuk kepentingan rakyat dan keselamatan awam. Ketua polis tidak harus halang perbahasan tersebut dengan kuasa budi bicara yang tidak jelas.
Lee berkata: "Ketua Polis Negara lagi petik verdict Mahkamah Rayuan yang putus hak seseorang tidak boleh melanggar hak orang lain, ini membuktikan beliau tidak dapat membezakan apa itu kepentingan orang ramai. Sebenarnya, kebebasan untuk bersuara dan hak untuk mengetahui adalah hak dan kepentingan awam. Justeru, polis tidak boleh halang perbahasan yang melibat kepentingan awam tersebut sekadar menerima laporan bantahan perbahasan ataupun risikan bahawa ada orang akan buat rusuhan.
Daripada Kuala Kangsar ke Shah Alam, perbahasan di antara Tun Dr Mahatir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz telah mengalami pelbagai halangan. Demi kepentingan awam dan hak untuk mengetahui, perbahasan ini tidak harus dihalang kerana orang ramai ada hak untuk mengetahui lebih mendalam tentang pendirian menteri dan wakil kerajaan tentang isu-isu penting seperti 1MDB, skandal BMF dan forex bank negara.
Oleh yang demikian, Lee minta polis jangan halang perbahasan tersebut lagi. Sebaliknya, polis harus mengamalkan sikap professional dan posisi neutral supaya perbahasan tersebut dapat dianjurkan dan imej neutral polis dapat dijamin.
Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang