Kenyataan Media ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon: Tarik Balik Semua Dakwaan Politik. Bina Masyarakat Berasaskan Kadaulatan Undang-undang Hak Asasi dan Demokrasi

0 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Oct 1, 2017, 5:52:34 AM10/1/17
to

Kenyataan Media ADUN Machang Bubuk Merangkap Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang, Lee Khai Loon pada 30 September 2017.

 

Tarik balik semua dakwaan politik. Bina masyarakat berasaskan kedaulatan undang-undang hak asasi dan demokrasi.

 

Pulau Pinang - ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon amat kecewa dengan hukuman penjara satu bulan bagi Ahli Parlimen Batu Tian Chua. Ini merupakan satu pendakwaan politik serta menambahkan seorang lagi tahanan politik di Malaysia. Tian Chua dipenjarakan telah menunjukkan hak asasi dan demokrasi negara kita undur ke belakang.

 

Lee menegaskan bahawa hak asasi manusia adalah termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Tiada seseorang pun yang patut dihukum penjara atau didakwa kerana menyertai perhimpunan aman. Undang-undang telah disalahguna sebagai alat untuk menyekat golongan pembangkang atau pengkritik kerajaan.  

 

Hukuman penjara satu bulan ke atas Tian Chua jelas menunjukkan beliau adalah mangsa di bawah rejim zalim ini. Keadaan politik di Malaysia amat tertekan dan penuh dengan white terror. Ramai ahli politik pembangkang dan activist telah berdepan dengan pelbagai tuduhan dan hukuman yang berunsur politik.

 

ADUN Machang Bubuk mendesak Peguam Negara menghentikan semua pendakwaan politik dan tarik balik semua kes pendakwaan politik yang sedia ada untuk mengembalikan masyarakat yang berasaskan kedaulatan undang-undang yang sebenar.

 

Beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia berbilang kaum agar berani bangkit untuk berjuang dan jangan biarkan Anwar Ibrahim dan Tian Chua berseorangan dalam perjuangan reformasi. Perjuangan boleh bermula dengan daftar sebagai pengundi dan mengundi dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Dengan kuasa yang ada pada pengundi-pengundi, maka rakyat boleh ubah nasib negara serta memberi semangat baru untuk merealisasi agenda reformasi.

 

 

 

Lee Khai Loon

ADUN Machang Bubuk

Setiausaha Pengelola Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Organizing Secretary of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages