Kenyataan Media ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon: Siasat dan Uji Daging Import Brazil, Utamakan Kesihatan Rakyat dan Keselamatan Makanan

0 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Mar 24, 2017, 3:39:56 AM3/24/17
to

Kenyataan Media ADUN Machang Bubuk merangkap Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang, Lee Khai Loon pada 24 March 2017.

 

Siasat dan Uji Daging Import Brazil, Utamakan Kesihatan Rakyat dan Keselamatan Makanan

 

Pulau Pinang – Selepas skandal daging tercemar tercetus di Brazil, keselamatan makanan untuk banyak negara telah diancam. Kesatuaan Eropah, Chile dan China telah henti import daging dari Brazil, malahan banyak negara lain telah mula menahan dan menguji daging import dari Brazil, banyak produk makanan daging asal Brazil pun dikeluarkan dari pasaran.

 

Berbanding dengan tindakan pantas oleh negara-negara lain, Kementerian Kesihatan Malaysia cuma mengeluarkan kenyataan bahawa daging import Brazil telah melalui process ujian ketat. Namun demikian, Kementeriaan Kesihatan Malaysia tidak menjalankan ujian ke atas produk makanan daging dari Brazil yang telah berada di pasaran Malaysia serta tidak minta produk tersebut dikeluarkan dari pasaran.

 

Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Kementerian sudah berhubung dengan Kedutaan Brazil dan memperolehi maklumat seperti berikut: jumlah kilang pemprosesan daging di Brazil adalah 4837, cuma 21 buah kilang yang bermasalah dan ia tidak menjejas produk makanan daging yang dieksport ke Malaysia. Selepas menerima maklumat tersebut daripada Kedutaan Brazil, Kerajaan Malaysia tidak mengambil langkah proaktif untuk menjamin kesihatan rakyat tidak tergadai. Sekiranya terdapat produk makanan daging Brazil yang berkualiti buruk dan bermasalah di pasaran Malaysia, para pengguna yang makan akan menghadapi masalah kesihatan, adakah pihak Kementerian Kesihatan akan bertanggungjawab atas masalah tersebut?

 

ADUN Machang Bubuk YB Lee Khai Loon berkata, “Brazil adalah negera eksport daging lembu dan ayam yang paling besar di dunia. Produk daging Brazil dieksport ke sekurang-kurang 150 negara, di mana Malaysia adalah salah satu destinasi. Disebabkan rasuah kepada pihak penguatkuasaan, kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab telah dibenarkan untuk jual daging tercemar malah lebihi tarikh lupus. Didapati bahan kimia telah digunakan untuk memulihkan warna daging tercemar itu supaya menjadi daging biasa. Pekara ini amat membimbangkan pengguna terhadap keselamatan daging dan produk makanan daging yang diimport dari Brazil di pasaran Malaysia. ”

 

Sebenarnya, kerajaan Malaysia harus memberi taklimat secara transparansi tentang peratusan produk daging Brazil di pasaran Malaysia serta status ujian terhadap semua daging yang diimport dari Brazil. Tujuan ujian dibuat adalah untuk menjamin keselamatan makanan serta kembalikan keyakinan pengguna terhadap daging Brazil. Semasa ujian dijalankan, sekiranya mendapati daging ataupun produk daging Brazil bermasalah, maka produk tersebut mesti dikeluarkan segera dari pasaran bagi menjamin kesihatan rakyat dan keselamatan makanan.

 

Kini negara-negara lain sudah berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan, maka kerajaan Malaysia tidak harus ketinggalan dalam menangani krisis skandal daging tercemar Brazil. Kerajaan tidak harus menyembunyikan maklumat tentang keselamatan makanan. Demi mengelakkan rakyat daripada panik, kerajaan harus utamakan kesihatan rakyat semasa menggendali isu-isu berkenaan keselamatan makanan.  

 

 

 

Lee Khai Loon

ADUN Machang Bubuk

Setiausaha Pengelola Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Organizing Secretary of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages