Teks Perbahasan Belanjawan 2018 oleh ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon

5 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Nov 8, 2017, 11:33:57 PM11/8/17
to

Perbahasan Belanjawan 2018 Oleh ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon pada 9 November 2017 (Khamis) di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

 

Salam sejahtera, salam reformasi dan salam bersih.

 

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen bagi perbekalan bagi tahun 2018 yang telah berjaya dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri pada hari Khamis yang lepas.

 

Ucapan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri kerana sekali lagi mencatat pencapaian pengurusan kewangan dan ekonomi yang cemerlang berbanding dengan kerajaan Persekutuan yang terpaksa membuat pinjaman dan membebankan ekonomi negara. Salah satu contoh adalah perlaksanaan cukai GST yang memang membebankan rakyat serta menyebabkan ekonomi negara menjadi lembap.

 

Saya mengalu-alukan pembentangan belanjawan marhaen yang bertajuk “Untuk yang ramai” for the many. Ini bukan sekadar merangkumi semua aspek seperti negeri berkebajikan serta pembangunan ekonomi yang mampan dan pemeliharaan alam sekitar yang lestari.

 

Pendekatan kerajaan yang berteraskan marhaen telah menunjukkan kerajaan negeri sentiasa memahami nadi rakyat serta peduli rakyat. Walaupun kebanyakan bidang kuasa dan tanggungjawab seperti kesihatan, tebatan banjir dan sebagainya adalah di bawah kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan negeri Pakatan Harapan telah mengambil langkah proaktif serta mengambil berat tentang masalah dan kepahitan hidup yang dihadapi oleh rakyat marhaen.

 

Kejayaan kerajaan negeri dalam mengurus kewangan negeri dengan cemerlang telah menunjukkan teladan serta memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus memberi sokongan kepada Pakatan Harapan malahan sebagai batu loncatan untuk menuju ke Putrajaya.

 

Pembangunan ekonomi

 

Pembangunan ekonomi di Pulau Pinang perlu berusaha untuk mengurangkan jurang di antara kekayaan dan kemiskinan. Usaha membasmi kemiskinan bukan sekadar menyediakan Agenda Ekonomi Saksama (AES), tetapi dalam mewujudkan peluang pekerjaan yang sesuai kepada rakyat di Pulau Pinang.

 

Gini coefficient di Pulau Pinang.

Kehidupan B40 yang tidak terjamin. Jatuh ditimpa tangga.

 

Pertanian Asas Pembangunan Negeri

 

Urban agriculture must be viewed not as a problem but as one tool contributing to sustainable urban development. – Mougeot, LJA (2006)

 

Pengeluaran bahan makanan melalui sector pertanian untuk mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.

 

Pemberdayaan golongan petani dan pekebun melalui pelbagai bantuan dan latihan supaya mereka

 

Edible lanskap di mana tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh dijadikan sumber makanan serta mengindahkan lanskap sesuatu kawasan komuniti.

 

Rumah ganti rumah

 

Terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin terhadap penduduk kampong Permatang Tok Suboh yang telah mengalami pengusiran secara paksa oleh pemilik tanah. Dengan pembinaan 39 unit rumah kampong kos rendah, nasib penduduk kampong dapat dibela dan kehidupan asas hak habitat juga dijamin.

 

Usaha kerajaan negeri dalam menangani isu pengusiran secara paksa memang telah menjadi satu benchmark kepada negeri-negeri lain.

 

Nilai tanah yang tinggi

 

Akibat daripada penambahan jumlah penduduk dan pembangunan ekonomi yang pesat di negeri Pulau Pinang, permintaan tanah untuk pembinaan rumah, perniagaan, industry dan lain-lain juga meningkat. Nilai hartanah juga naik dengan tinggi dan menyebabkan kemampuan untuk memiliki rumah menjadi rendah.

 

Salah satu pendapatan atau hasil kepada kerajaan negeri adalah melalui permohonan-permohonan tukar syarat tanah dan pemberimilikan tanah kepada individu atau pihak swasta. Kebergantungan kerajaan negeri terhadap hasil yang dijana oleh tukar syarat tanah juga dipengaruhi oleh nilai pasaran.

 

Dengan nilai tanah pasaran yang tinggi, maka hasil kerajaan negeri juga akan bertambah. Namun nilai tanah yang tinggi merupakan double edged sword  yang boleh menyebabkan pasaran hartanah yang penuh dengan spekulasi, malahan kerajaan juga mengalami cabaran besar dalam proses pengambilan balik tanah untuk pembinaan infrastruktur seperti pelebaran jalan, pembinaan kolam takungan banjir dan parit, penyelenggaran sungai khasnya di bahagian yang tidak mempunyai rezab sungai, kesemua ini akan menjadi tanggungan dan beban kewangan kerajaan negeri menjadi kian berat.

 

Contohnya projek pelebaran Jalan Bukit Minyak yang bari dilancar oleh YAB Ketua Menteri,anggaran kos pelebaran jalan sepanjang 1.6km adalah RM8 juta tetapi peruntukan untuk pengambilan balik tanah untuk projek tersebut adalah RM21 juta, atau dua kali ganda kepada kos pembinaan.

 

Masalah nilai tanah tinggi akan menjejaskan cadangan-cadangan menaiktaraf infrastruktur dan  kemudahan untuk rakyat. Maka saya mencadangkan kerajaan negeri untuk mengkaji semula undang-undang tanah yang sediada serta menjalankan reformasi ke atas sistem pemilikan tanah supaya keadilan tanah dapat ditegakkan di negeri Pulau Pinang.

 

 

Spekulasi hartanah

 

Saya minta perhatian kerajaan negeri terhadap sektor perumahan di Pulau Pinang. Bilangan Transaksi perumahan dan kommersial Pulau Pinang telah turun mendadak mengikuti trend Malaysia. (F9.1, F9.2, F9.3 &  F9.4). Walaupun harga rumah masih naik (sehingga 2016 Quarter 4) (F9.5 & F9.6) tapi kadar kenaikan harga telah turun mendadak, rumah terrace di Pulau Pinang pun sama. (F9.7, F9.8 & F9.9). Keturunan dalam transaksi dan harga sektor perumahan menunjukkan is mungkin menjadi “unsustainable” dan ia membawa risiko yang besar kepada kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang.

 

Pertama, pendapatan Kerajaan Negeri banyak bergantung kepada pendapatan tanah, kalau sektor perumahan lembap, hasil pendapatan daripada tanah akan turun.

 

Kedua, Penang Transport Master Plan bergantung kepada funding model melalui penjualan tanah tambakan laut. Sekiranya sektor perumahan lembap, kerajaan negeri mungkin ada masalah jual tanah itu dengan harga yang baik. Kegagalan dalam jual tanah (tebus guna) dengan harga yang baik mungkin tidak dapat bayar balik hutang yang dipinjami untuk projek Penang Master Transportation Plan.

 

Ketiga, kalau kelemahan dalam sektor perumahan tidak dinangani dengan baik, mungkin boleh menjejas ekonomi Pulau Pinang. Keempat, banyak lagi projek perumahan masih dalam progress, mungkin rumah kosong terbiar di Pulau Pinang akan menjadi lebih banyak. Rumah-rumah kosong ini akan menghasil pelbagai masalah seperti rumah sampah, nyamuk aedes, dadah dan lain-lain. Saya harap kerajaan negeri akan mengkaji undang-undang mengambil balik rumah kosong terbiar yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti tidak baik seperti sampah, dadah dan nyamuk aedes.

 

Pembangunan infrastruktur

 

Keperluan mendesak untuk menaik taraf Jalan Kulim kerana banyak pembanguan perumahan telah dijalankan di sepanjang jalan tersebut. Masalah kesesakan yang serius khasnya pada waktu kemuncak.

 

Jalan Persekutuan laluan Permatang Tinggi bahagian SPS telah hampir siap. Namun untuk bahagian SPT masih tiada sebarang keputusan. Saya pohon kerajaan negeri khasnya JKR dapat mengusahakan pembangunan tersebut dengan secepat mungkin .

 

Jalan Bukit Minyak – Alma perlu dinaik taraf dengan pembinaan pembahagi curb jalan untuk memastikan keselamatan lalulintas.

 

Agihan Peruntukan Mengikut Bilangan Penduduk dan Kampung

 

Saya sekali lagi mencadangkan supaya kerajaan negeri akan mempertimbangkan supaya peruntukan ADUN akan diberi mengikut bilangan pengundi serta bilangan kampong yang ada di kawasan DUN tersebut. Kini, setiap ADUN kerajaan diberi peruntukan sebanyak RM300,000 setahun. Namun ada KADUN yang mempunyai hampir 40,000 pengundi seperti Paya Terubong dan ada KADUN yang kecil yang kurang daripada 15,000 seperti Air Puteh.

 

Kerajaan boleh menetapkan satu jumlah peruntukan yang tetap kepada semua ADUN iaitu RM200,000 tetapi bagi bahagian yang seterusnya akan dibahagi dengan mengikut bilangan pengundi dan bilangan kampong ada di KADUN masing-masing.

 

Penyelenggaraan lif flat Taman Bidara

 

Semasa bulan Ramadan yang lepas, dua orang lelaki yang tinggal di Flat Taman Bidara telah membunuh diri dalam masa satu minggu. Tragedi tersebut memang menyedihkan serta memberi satu alarm kepada kita semua tentang sosio-ekonomi di kawasan flat atau rumah kos rendah.

Kebanyakan penduduk-penduduk flat ini adalah keluarga berpendapatan rendah dan mengalami tekanan besar kerana kos hidup semakin tinggi. Kini, pusat khidmat saya telah membuat pelbagai aktiviti di flat tersebut bersama dengan Rukun Tetangga dan Briged Wanita yang telah ditubuhkan. Setiap bulan, tayangan komuniti akan diadakan agar aktiviti hiburan yang sihat dapat dijalankan bagi semua lapisan penduduk yang tinggal di sana.

 

Namun, hasrat terbesar bagi penduduk-penduduk flat Taman Bidara adalah membaiki lif yang sudah rosak lama dan kos pembaikan juga melebihi RM 80,000. Banyak keluarga di Taman Bidara berpendapatan rendah dan tinggal bersama orang-orang tua yang mengalami kesusahan dalam memanjat tangga.

 

Justeru, saya minta kerajaan negeri untuk mengkaji usaha-usaha selain daripada memohon atau tunggu kelulusan Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia (TP1M), bagi membantu penduduk yang sentiasa mengalami pelbagai kesulitan.

 

Bencana Banjir/Tanah Runtuh dan Climate Change

 

Saya mengalu-alukan usaha kerajaan negeri yang proaktif dalam perlaksanaan projek tebatan banjir. Sementara kita harapkan Kerajaan Persekutuan dapat menunaikan janji dan tanggungjawab mereka, kerajaan negeri juga perlu meningkatkan kesedaran, pengawalan dan pemantauan terhadap projek-projek pembangunan khasnya di kawasan sensitive alam sekitar seperti kawasan bukit, tadahan air semulajadi dan sebagainya untuk mengelakkan kejadian bencana daripada berulang.

 

Perubahan iklim atau lebih dikenali sebagai climate change telah membawa pelbagai masalah besar kepada manusia termasuk musim kemarau yang berlanjutan, taburan hujan yang banyak sehingga banjir telah mengancam nyawa dan harta benda manusia. Usaha kerajaan negeri untuk memulakan satu Pelan Adaptasi Perubahan Ilkim yang komprehensif amat tepat pada masanya. Saya berharap konsep 3P (Public-Private Partnership) dapat diamalkan dalam proses public consultation khasnya dalam perkara yang berkaitan dengan pembangunan serta proses membuat keputusan dasar. Penglibatan civil society dan NGO dalam proses consultation ini penting untuk memastikan keterbukaan dan pandangan orang awam diambil kira dalam proses pertimbangan sesuatu pembangunan.

 

Selain itu, kerajaan negeri perlu mengkaji undang-undang, prosedur kelulusan dan garis panduan pembangunan yang sediada untuk memastikan setiap pembangunan khasnya di kawasan sensitive alam sekitar perlu dipantau dengan rapi.

 

Pembersihan di kawasan kampong tersusun

 

Isu berkaitan bahawa tiada pembersihan di kawasan perkampungan dan kampong tersusun telah berlanjutan sejak awal tahun 2017. Sehingga kini, pembersihan longkang dan pemotongan rumput di kawasan tersebut hanya dilakukan dengan program gotong royong atau peruntukan ADUN untuk menangani aduan daripada penduduk-penduduk setempat.

 

Walaupun keputusan kerajaan negeri untuk guna pakai peruntukan MARRIS untuk menyelenggarakan jalan dan longkang di kawasan tersebut, tetapi sehingga kini masih tidak dijalankan. Masalah dasar ini masih tidak dilaksanakan sehingga kini.

 

Banyak aduan daripada penduduk kampong

 

Apakah masalah kerajaan negeri dan kerajaan tempatan?

 

Penguatkuasaan ke atas pembuangan sampah haram

 

Masalah pembuangan sampah haram di sekitar Kampung Kuala Tasek dan Kampung Manggis telah dibangkit oleh saya dalam sidang DUN yang lepas. Mengikut jawapan YB Chow Kon Yeow ke atas soalan bertulis saya, cadangan pemasangan removable CCTV di kawasan tersebut juga tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa factor:-

 

1.    Tiada kemudahan elektrik di kawasan berkenaan untuk membekalkan tenaga kuasa kepada CCTV kerana lokasi tersebut jauh dari jalan utama.

2.    Tiada pusat atau tempat peletakan monitor yang sesuai di kawasan berkenaan .

3.    Isu keselamatan seperti kecurian dan vandalism kepada peralatan yang disediakan.

 

Masalah pembuangan sampah haram tidak akan dibendung selagi tiada penguatkuasaan yang serius ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab. Mengikut jawapan YB Padang Kota, kos yang dibelanjakan oleh MPSP untuk bersihkan tapak tersebut sehingga kini adalah sebanyak RM3,343.40 yang meliputi kos pekerja, jentera dan pelupusan.

 

Saya amat simpati dengan pekerja-pekerja MPSP yang terpaksa membersihkan kawasan tersebut kerana selepas pembersihan dibuat, longgokan sampah haram akan dibuang di sana pada hari yang kemudian. Sampai bila MPSP boleh bersihkan longgokan sampah haram tersebut? Ini bukan cara yang berkesan untuk mengawal pembuangan sampah haram.

 

Maka, saya berharap kos yang dibelanjakan boleh ditukar kepada removable CCTV yang boleh dipasang dengan bateri serta memory card yang ada di dalam CCTV. Kita ambil tindakan kerasa ke atas golongan yang tidak bertanggungjawab dan mendakwa mereka ke mahkamah untuk banteras pencemaran alam sekitar.

 

Pembanguna belia dan sukan

 

Saya ingin mengalu-alukan usaha kerajaan negeri yang telah merealisasikan dasar 1 KADUN 1 Futsal. Kerja membina futsal di kawasan DUN Machang Bubuk sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap pada akhir tahun ini. Pembinaan gelanggang futsal ini akan menyediakan kemudahan bersukan kepada penduduk sekitar khasnya golongan remaja.

 

Perkasakan belia luar bandar dengan menganjurkan pelbagai kursus kepimpinan serta memberi peruntukan tetap kepada persatuan-persatuan belia yang berdaftar.

 

Peruntukan tetap untuk pembangunan persatuan-persatuan belia yang ada di Pulau Pinang.

Penganjuran program-program yang memupuk semangat perpaduan dan integrasi di antara kaum.

 

Perwakilan wanita dalam politik

 

Saya mengalu-alukan usaha PWDC yang memperjuangkan Women-Only Additional Seats. Hanya dengan perubahan dalam sistem perwakilan politik untuk wanita, suara wanita baru boleh dijamin dalam pembuat dasar.

 

Bermula dengan DUN Pulau Pinang, tingkatkan kesedaran gender di kalangan rakyat.

 

Smart City bermula dengan CAT

 

Bajet dialog di peringkat kerajaan negeri

CAT bukan sekadar slogan tetapi bagaimana ia diaplikasikan dalam proses pembentukan belanjawan kerajaan negeri.

 

Penglibatan wakil rakyat dan stakeholders dalam perbincangan belanjawan amat penting untuk memastikan pelbagai keperluan rakyat dapat dipertimbangkan dengan sempurna.

 

Penutup

 

Sidang DUN kali ini merupakan kali terakhir dalam penggal ini bagi kita semua bermesyuarat. Dalam masa yang sama, kita juga berdepan dengan musibah banjir yang paling serius dan teruk dalam sejarah Pulau Pinang. Sementara kita semua bermesyuarat di sidang DUN yang mulia ini, ramai di kalangan kita juga perlu menangani pelbagai masalah dan membantu penduduk untuk mengharungi cabaran pasca bencana ini.

 

Musibah banjir kali ini adalah satu peristiwa yang sedih bagi kita semua. Dalam masa yang sama, kita juga boleh belajar dalam pengalaman pahit ini supaya kita boleh berdepan dengan cabaran yang bakal kita hadapi. Apabila saya menziarahi mangsa-mangsa di dalam kawasan Machang Bubuk, ramai di antara mereka amat yakin dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri. Mereka tidak marah ataupun mengadu, ramai di antara mereka tunggu bantuan dengan penuh sabar dan tabah. Mereka amat terima kasih kepada semua pihak yang menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

 

Selain itu, saya juga mendapati pelbagai inisiatif daripada masyarakat umum untuk tubuhkan pasukan sukarelawan, mengumpul barangan keperluan untuk membantu mangsa-mangsa banjir berdepan dengan musibah. Ramai penduduk juga memberi bantuan mangsa banjir dari segi kewangan dan tenaga. Sebagai seorang warga Pulau Pinang, saya amat bangga dengan masyarakat sivil atau NGO yang telah memainkan peranan yang begitu aktif dalam usaha ini.

 

Namun sebagai seorang ADUN atau kerajaan, kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk mengkaji semula halatuju pembangunan yang dilaksanakan di Pulau Pinang. Sebelum ini, pembangunan di Pulau Pinang begitu pesat. Walaupun di sebalik pembangunan adalah sumber ekonomi yang lumayan, tetapi kita tidak boleh mengabaikan kesan perubahan iklim dan bencana alam sekitar terhadap rakyat di Pulau Pinang mahupun sedunia. Kesemua risiko ini perlu diambil kira dalam proses pembangunan.

 

Maka, bagaimana kita ambil kira aspek risiko kerosakan dan pemeliharaan alam sekitar dalam proses pembangunan? Ini adalah persoalan yang perlu dijawab oleh kita semua malahan di seluruh Malaysia.

 

Selepas bencana ini, saya mendapati bahawa kerjasama di kalangan semua pihak amat mustahak. Walaupun kita berbahas dan mempunyai perbezaan pendapat dalam politik selama ini, tetapi apabila berdepan dengan musibah, semua dapat bekerjasama dengan baik tanpa mengira kerajaan atau pembangkang. Maka, saya berpendapat bahawa halatuju urustadbir kerajaan pada masa akan datang perlu tumpu pada usaha untuk mewujudkan asas untuk mengemblengkan tenaga yang terbesar dalam masyarakat termasuk bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan yang fokus pada isu pembangunan. Marilah kita ketepikan sentiment musuh atau kawan. Bersama-sama kita mengumpulkan semua yang pihak termasuk pakar-pakar untuk sama-sama berjuang demi negeri Pulau Pinang yang tersayang. 

 

 

Usul Perbahasan Belanjawan 2018.docx
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages