Perbahasan ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon Berkenaan Usul Tergempar Mengecam Penahanan Maria Chin di Bawah SOSMA Serta Mendesak Agar Beliau Dibebaskan Segera Tanpa Syarat

0 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Nov 21, 2016, 11:58:31 PM11/21/16
to

Perbahasan ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon Berkenaan Usul Tergempar DUN Pulau Pinang Mengecam Penahanan Maria Chin Di Bawah SOSMA Dan Mendesak Agar Beliau Dibebaskan Segera Tanpa Syarat Di Sidang Dewan Undangan Pulau Pinang Pada 22 November 2016

 

Saya menyokong sepenuhnya usul tergempar yang dikemukakan oleh YAB Ketua Menteri untuk mengecam penahanan Maria Chin di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Kuasa-kuasa Khas) 2012 atau SOSMA serta mendesak agar beliau dibebaskan segera tanpa syarat.

 

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya SOSMA dimansuhkan. SOSMA bukan satu undang-undang. SOSMA adalah satu jenayah di mana membenarkan pihak pemerintah untuk membuat penculikan secara sah dengan alasan memerangi keganasan.

 

SOSMA adalah satu undang-undang yang zalim di mana ia memberi kuasa yang tidak terkawal pemerintah untuk menahan sesiapa sahaja semata-mata untuk mencapai agenda politik pemerintah sahaja. SOSMA jelas becanggah dengan prinsip hak asasi manusia sejagat.

 

Saya ingin menegaskan bahawa semua undang-undang yang berunsurkan penahanan tanpa bicara perlu dimansuhkan segera dan semua tahanan politik perlu dibebaskan segera.

 

Semalam beberapa bandar utama di Dataran Merdeka, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru dan lain-lain telah hadir ke solidarity vigil untuk mendesak agar Maria Chin dibebaskan. Mana ada seorang pengganas yang disokong oleh begitu ramai orang sehingga ribuan orang bangkit untuk membela beliau?

 

Malahan Tun Dr. Mahathir mantan Perdana Menteri turut bersama turun ke Dataran Merdeka untuk mendesak agar Maria Chin dibebaskan. Walaupun saya menolak dan membantah Mahathir sejak Reformasi, tetapi apabila kita saksikan seorang insan yang sudah berumur 91 tahun, pernah menjadi seorang yang begitu berkuasa pada suatu ketika juga kembali menjadi seorang rakyat biasa yang bangkit untuk menuntut perubahan.

 

Dengan ini, saya menyokong sepenuhnya usul tergempar yang dikemukakan oleh Ketua Menteri.

 

Bebas Maria!

Hidup Bersih!

Mansuhkan SOSMA!

 

 

LEE KHAI LOON

ADUN MACHANG BUBUK

012-2258607


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Organizing Secretary of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

Perbahasan ADUN Machang Bubuk Berkenaan Usul Tergempar Kecam SOSMA dan Bebas Maria.docx
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages