Ladang Sawit Jerantut Sdn Bhd

0 views
Skip to first unread message

Melissa Alvarado

unread,
Aug 5, 2024, 12:44:29 PM8/5/24
to lecthulicon
KatanyaFelcra Berhad sudah mula merencanakan usaha untuk mengembangkan ladang-ladangnya untuk tanaman sawit, getah dan produk makanan serta sembilan kilang lagi di seluruh negara dengan melaksanakan pelbagai aktiviti projek hiliran yang boleh memanfaatkan penduduk sekitar.

JERANTUT: Sebuah syarikat kilang penapis minyak sawit tempatan, Empire Golden Oil Refinery (EGO) Sdn. Bhd telah melabur hampir RM100 juta untuk membina kilang di Jeransong, terletak 13 kilometer dengan bandar ini bagi memproses minyak sawit mentah untuk pengeluaran barang makanan termasuk makanan haiwan dan keperluan rumah.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Eksekutif EGO Sdn. Bhd., Datuk Md. Rahidin Sahar berkata, kilang tersebut dibina di tapak seluas 7.6 hektar kini sedang giat dengan kerja penanaman cerucuk (tiang) dan dijangka siap dalam tempoh 20 bulan lagi.


Menurut Md. Rahidin, bekalan minyak sawit diperoleh daripada Kilang Kelapa Sawit Jerantut (KKSJ) yang terletak kira-kira 200 meter dengan tapak tersebut telahpun beroperasi lebih 10 tahun lalu di bawah pengurusan syarikat yang sama.


Beliau berkata, pembinaan kilang EGO Sdn. Bhd. berdekatan KKSJ merupakan langkah terbaik pihak pengurusan syarikat untuk menjimatkan kos pengangkutan dan pengeluaran lagipun tapak tersebut berdekatan dengan ladang sawit milik pekebun kecil tempatan dan Risda di kawasan Jerantut dan Lipis.


Mengulas perkara itu, beliau menjelaskan terdapat 500 produk berasaskan minyak sawit mentah yang boleh diproses, tetapi buat permulaannya syarikat tersebut cuma mengeluarkan beberapa produk komersial untuk kemudahan pengguna sebagai keperluan harian di rumah.


Jelasnya, produk daripada kilang EGO Sdn. Bhd. akan mengisi rak di kedai dan pasar raya di Pahang dan seluruh negara amnya selepas kilang siap dibina serta memulakan operasi tidak lama lagi malahan turut menembusi pasaran ke negara China, India, Arab Saudi, Afrika Selatan dan Asia Tenggara menerusi pembekal di sana.


Namun begitu, penduduk kampung tetap berkeras mendaki ke bukit untuk membaiki paip. Sehinggalah air bertukar keruh, setelah tumbuh-tumbuhan di sepanjang tebing sungai habis ditebang. Kini, mereka tidak lagi mendapatkan air dari bukit itu.


Penderma korporat menyediakan pam air bawah tanah kepada penduduk kampung. Tetapi air dari bawah tanah berbau kurang enak, kata Wan Mohamed Razali, tidak dapat dibandingkan dengan air murni dari bukit.


Sementara itu penduduk kampung Wan Mohd Masri Wan Azahan berkata dulu dia biasa menangkap ikan di Sungai Kancin, Hulu Tembeling, Pahang. Katanya pada ketika itu, sungai tersebut penuh dengan ikan, tapi bila pokok di tebing sungai mula ditebang, "ikan tidak mahu tinggal di sungai itu lagi."


EOS Data Analytics ialah syarikat yang berpangkalan di AS khusus dalam menganalisis imej satelit pertanian dan perhutanan. Pakar tanah mereka, Vasyl Cherlinka, mengira kos melepas akibat penebangan hutan yang disebabkan oleh ladang PKNP dari 2016 hingga 2023.


Penebangan hutan PKNP "dilakukan dengan tidak teratur", kata Cherlinka. Pokok sawit tidak ditanam secara sistematik menyebabkan kawasan hutan yang ditebang itu secara beransur-ansur diambil alih oleh semak samun dan rumpai resam.


Laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) projek itu menyatakan pendekatan berperingkat dalam membersihkan hutan bertujuan mengurangkan kerosakan alam sekitar, namun imej satelit menunjukkan pembalakan dilakukan pada tompokan yang terpecah-pecah di banyak tempat.


Separuh dari ladang PKNP - kira-kira 4,046 hektar - sedang beroperasi dan dari situ ladang itu hanya mengeluarkan 29 tan tandan buah segar (FFB) setahun, menurut laporan yang diterbitkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).


Pada tahun 2014, PKNP melantik agensi perunding untuk menjalankan kajian EIA. Perunding membuat kesimpulan bahawa kawasan ini merupakan habitat gajah liar, kerana tinja dan tapak kaki gajah boleh dilihat di mana-mana.


PKNP diberitahu bahawa konflik manusia-gajah tidak dapat dielakkan, tetapi tiada persiapan dibuat. Para perunding malah memberi amaran bahawa gajah liar pasti menjadi ancaman kepada ladang yang akan dibangunkan di kawasan ini.


Menurut laporan EIA, pemaju ladang perlu melantik Penolong Pengurus Ladang untuk mengetuai Pasukan Pengurusan Alam Sekitar yang bertanggungjawab untuk mengawasi pelaksanaan dan pematuhan kepada garis panduan laporan EIA.


Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) menyelia Minyak Sawit Lestari Malaysia (MPSO). Majlis itu memberitahu Malaysiakini, semakan mendapati pemilik ladang tidak melaksanakan dengan betul cadangan EIA yang mengakibatkan pengeluaran tanaman yang rendah akibat pencerobohan gajah.


Selepas pokok sawit ini matang, ia kemudiannya boleh bergerak untuk membangunkan seluruh tanah secara berperingkat. Ini akan menjadi satu cara untuk meminimumkan kerugian yang disebabkan oleh pencerobohan gajah, tetapi PKNP tidak melakukannya.


Kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna di pasaran antarabangsa - khususnya di Eropah - mengenai kesan industri kelapa sawit terhadap alam sekitar, telah mendorong pemain industri untuk melaksanakan pelbagai piawaian pensijilan.


Selain itu, sebagai tindak balas terhadap kritikan pembalakan berlebihan daripada masyarakat antarabangsa, MSPO berjanji menguatkuasakan peraturan yang lebih ketat untuk memastikan industri kelapa sawit mampan.


Syarikat ini jelas melanggar garis panduan MSPO dan tidak menguruskan ladang dengan betul. Namun begitu, firma itu masih diperakui MSPO, membolehkan mereka meneruskan pembalakan atas nama penanaman ladang kelapa sawit.


Malaysiakini telah menghubungi PASB sejak 18 Januari lalu, namun sehingga masa penerbitan PASB tidak dapat memberikan maklum balas. Pada Mac 25, wakil PASB menawarkan diri untuk mengadakan perjumpaan selepas Hari Raya Aidilfitri yang berkemungkinan jatuh pada 10 April.


Menjawab soalan Malaysiakini, MPOCC berkata MSPO dan badan pensijilan Care Certification International pada Februari dan temu bual dengan masyarakat setempat, khususnya ketua Kampung Tanah Pindah mendapati tiada kejadian gangguan air di Sungai Kancin.


MPOCC seterusnya menyatakan bahawa jika kawasan yang dibersihkan dikhususkan untuk penanaman kelapa sawit, ia akan berada di bawah bidang kuasa Mekanisme Penanaman Baru MSPO, yang melarang penukaran hutan semula jadi kepada ladang kelapa sawit selepas 31 Dis 2019.


Tambahan pula, imej satelit menunjukkan tebing sungai di kawasan yang diperakui MSPO tidak dipulihara. Siasatan JAS pada Februari 2024 mendapati PKNP tidak menyelenggara kawasan riparian (zon penampan sungai) dan gagal menjalankan audit alam sekitar oleh pihak ketiga pada 2023.


JAS berkata siasatan pihaknya pada 2019 mendapati kesalahan pembakaran terbuka dilakukan di ladang itu dan 18 kompaun telah dikeluarkan. Notis perintah telah dikeluarkan untuk pematuhan syarat kelulusan EIA berkenaan kawalan hakisan dan sedimen.


Semua buah kelapa sawit yang dihasilkan tanpa pensijilan MSPO tidak mempunyai tempat di pasaran. Tetapi ini tidak bermakna PKNP akan mengalami kerugian, kerana kayu di hutan matang mempunyai nilai yang tinggi.


Kerajaan negeri biasanya tidak mendapat banyak hasil daripada menjual hak milik pembalakan kepada peniaga kayu manakala pihak yang mengaut kekayaan adalah peniaga kayu, kata profesor madya kehormat Universiti Nottingham itu.


Walaupun kerajaan negeri boleh mengenakan cukai seperti royalti, premium tanah dan cukai ses (perusahaan utama) kepada peniaga ini namun hasil cukai ini masih tiada apa-apa berbanding dengan keuntungan kewangan yang diperoleh daripada penjualan kayu, kata Lim.


Penguatkuasa JAS memainkan peranan penting untuk menghalang perniagaan daripada mengeksploitasi kelemahan peraturan ini, iaitu menjalankan aktiviti pembalakan dengan berselindung untuk membuka ladang.


Sejauh mana keterlibatan VIP politik dalam pembangunan perladangan ini? Untuk menjawabnya, Malaysiakini menganalisis laporan EIA ladang kelapa sawit yang diluluskan oleh JAS Semenanjung di laman web rasmi mereka dan data daripada pelayan geospatial awam JAS.


Tanah-tanah ini, yang merupakan petempatan penduduk kampung dan habitat hidupan liar, dilihat oleh kepentingan komersial sebagai barangan berharga untuk diniagakan demi meraih keuntungan - situasi yang dikatakan selesa untuk membuka ruang rasuah.


Apabila pemilik tanah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri untuk membangunkan sebahagian kawasan hutan, mereka akan mendapat keuntungan daripada pembalakan dan penjualan kayu yang berharga. Selepas itu, mereka boleh mengusahakan tanah tersebut menjadi ladang untuk memaksimumkan keuntungan.


Bagaimanapun, menguruskan ladang secara besar-besaran memerlukan pengetahuan dan pengalaman profesional. Sekiranya mereka gagal, pemilik tanah sebagaimana PKNP masih boleh memerah sedikit keuntungan melalui pajakan atau penjualan tanah.


Rancangan awalnya adalah untuk membangunkan ladang seluas 8,499 hektar di hutan Bukit Ibam. Bagaimanapun, seperti PKNP, mereka meneruskan pembalakan selepas larangan penebangan hutan oleh MSPO, menyebabkan buah kelapa sawit yang dikeluarkan mereka tidak boleh dipasarkan.


Ini tidak menghalang mereka mendapat keuntungan daripada penjualan tanah. Sejak 2018, terdapat hantaran di Facebook dan juga platform e-dagang Mudah mengiklankan penjualan tanah ini pada harga RM12,000 seekar.


Dia mendapati banyak hutan di Semenanjung Malaysia ditebang atas nama pembangunan ladang kelapa sawit. Tetapi apabila tanah itu dijual, ia sebenarnya satu perusahaan hartanah bukan perniagaan perladangan, katanya.


Kerajaan persekutuan telah melaksanakan pelbagai dasar untuk melindungi liputan hutan dan memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa bahawa industri kelapa sawit Malaysia tidak terlibat dalam pembalakan yang melampau.


Sungguhpun begitu, perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan masih terletak bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Tanpa kerjasama negeri, adalah sukar bagi kerajaan persekutuan untuk menginstitusikan dasar alam sekitar pada jangka panjang.


Tambahan pula, selepas peraturan kemampanan MSPO berkuat kuasa, JAS telah memberi lampu hijau kepada sekurang-kurangnya tujuh projek perladangan kelapa sawit di Pahang, Kelantan, Johor dan Perak. Ini melibatkan 14,423 hektar hutan - tiga kali ganda luas Putrajaya.

3a8082e126
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages