Baca jgn tak baca
--- Pada Sab, 20/12/08, Marwan <mar...@cidb.gov.my> menulis:
Daripada: Marwan <mar...@cidb.gov.my>
Subjek: [qswap] Fwd: Roti: Antara Bahaya dan Keperluan......
Kepada: "Azlizu JKR" <Azl...@jkr.gov.my>, "Roslizahanim Jainudin"
<Roslizahan...@toshibatec-tim.com.my>, "Ahmad Suhaimi Ghazali"
<ha...@cidb.gov.my>, "Rosli Zainon UTM" <r_...@yahoo.com.my>, "MOhd
Imran" <im...@cidb.gov.my>, "rizat" <ri...@cidb.gov.my>, "rahman"
<a...@cidb.gov.my>, "Rosman Isa" <ros...@cidb.gov.my>, "Muhammad Bashek"
<al_ca...@yahoo.com>, "Rozaille Yusof" <memp...@gmail.com>, "qswap"
<qs...@yahoogroups.com>, "x-ihsan" <x-i...@yahoogroups.com>
Tarikh: Sabtu, 20 Disember, 2008, 12:09 PM
Oleh, S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang
dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet
yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah
undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang
ditetapkan oleh undang-undang.
Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai
jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah
roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan
digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati
sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali
daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.
Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid
propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang
mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).
Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006),
hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46
daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya
mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk
keterangan lanjut).
Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban
daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti
dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai
roti tempatan.
Gardenia - Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White
Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian
2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia
Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi
had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain)
adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005),
sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih
tinggi (ujian 2005).
Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat
mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh
undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan
Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.
High 5 - Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk.
High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9
kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada
2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure
Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5
Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006
dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.
Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar
undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan
High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.
Roman Meal - Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada
2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi.
Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman
Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain
Bread 3.0 kali lebih tinggi.
Roti Pasar Raya - Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar
raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut
mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang
ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant
Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.
Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi.
Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam
ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit
melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.
The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di
Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.
Rangkaian Makanan Segera - Kami juga menguji ban dan burger yang
dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam
ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet
dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu
3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih
tinggi asid propionik dalam ban.
Kedai Roti Tempatan
Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan
teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling
tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut
membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun
mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang
ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling
buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery,
Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain.
Untuk hasil sepenuhnya, lihat jadual.
Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang
terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya
digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan
bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa
buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.
Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan
keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium
propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam
makanan dibakar kering.
Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain.
Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh
menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi
tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca
dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak.
Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif,
demikian menurut kepada kajian.
Tiada Penguatkuasaan
Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna
akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang
amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap
undang-undang sepenuhnya.
Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak
menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan
kita.
Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa
syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi
dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta
rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.
Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 &
2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer
keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.
APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
* Tepung Beracun
* Pelembut Doh
* Sisa Racun Makhluk Perosak
* Logam Berat
* Pemutih
* Pengemulsi
* Rambut Manusia (L-cysteine)
* Agen Pengurang
* Pengawet
* Terlalu Banyak Garam
* Lemak Trans
* Terlalu Banyak Yis
* Enzim Ubah Suai Genetik
* Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang
bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran
pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.
Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar,
sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti
sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan
lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia
penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak
perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai
"bantuan membakar").
Roti hari ini juga menjadi semakin lembut - mengandungi lebih banyak air
dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.
Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan
terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat
roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.
"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti
kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana
kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita
membuat roti." (Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The
Shocking Truth About Bread," 29 Ogos 2006).
Berikut adalah maklumat terkini kompilasi fakta penting mengenai roti.
1. Terlalu Banyak Bahan Penambah
Roti yang dijual hari ini terlalu banyak bahan kimia dengan bahan
penambah (contohnya roti putih, merupakan salah satu bahan makanan yang
paling tercemar dengan bahan kimia yang boleh diperolehi hari ini.)
Bahan penambah adalah bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama
ada secara langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan
atau pembungkusan. Ia membantu untuk memperbaiki jangka hayat
penyimpanan roti, nilai pemakanan atau perisa.
Bagaimanapun, bahan penambah bukanlah khasiat pemakanan semula jadi
untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.
Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang ditemui dalam
beberapa roti yang dipertingkatkan, mengurangkan keasidan air kencing
dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah
pinggang.
Kalium bromat, bahan penambah biasa yang digunakan dalam roti untuk
meningkatkan jumlah, dan untuk menghasilkan roti dengan struktur serbuk
halus, juga boleh menjadi toksik kepada sesetengah orang. Bromat sendiri
boleh menyebabkan kanser pada binatang dan kebanyakan bromat dengan
cepat berpecah kepada bentuk bromida berbahaya.
Bromat telah diharamkan di seluruh dunia kecuali di Jepun dan Amerika
Syarikat. Di California, tanda amaran kanser diperlukan pada label jika
bromat terdapat dalam roti.
Apa Lagi Dalam Roti Anda?
Pemutih: Tepung yang dikisar mempunyai kesan kekuningan dan kualitinya
tidak baik. Sewaktu penyimpanan, warnanya menjadi putih dan kualitinya
berubah dengan perlahan. Sesetengah pelembut doh digunakan untuk
mempercepatkan proses ini. Pemutih juga turut digunakan sebagai ganti
tepung yang lama. Contohnya benzoyl peroxide dan gas klorin dioksida
digunakan untuk memutihkan tepung.
Pelembut Doh: Pembuat roti komersial sering menggunakan bahan penambah
seperti pelembut doh untuk memperbaiki tekstur, penampilan dan hayat
simpanan roti. Sesetengah pelembut ditambah sewaktu di kilang tepung,
manakala yang lainnya ditambah di tempat membuat roti.
Pelembut doh paling biasa digunakan ialah sodium stearoyl 2 lactylate,
calcium stearoyl lactate, malt barli, ethoxylated dan succinylated
monoglycerides dan polysorbate 60.
Bahan penambah ini menguatkan gluten (bahagian protein gandum) dan kanji
(karbohidrat kompleks) dalam doh. Ini mencegah campuran berlebihan doh
roti yang dengan mudah boleh berlaku apabila sejumlah besar doh dibuat
dalam satu masa.
Campuran doh yang berlebihan akan naik secara tidak tetap, bentuk yang
tidak sempurna, roti yang tebal. Penambahan pelembut doh membantu untuk
memastikan bentuk bulat dan ringan.
Sesetengah pelembut doh yang dipanggil "agen pengoksidaan" (contohnya
bromat, asid askorbik dan azodicarbonamide) menyebabkan perubahan kimia
dalam protein, menghasilkan gluten yang lebih kuat yang membantu roti
mengekalkan strukturnya selepas pembakaran. Agen pengoksidaan memberikan
produk yang dibakar lebih jumlahnya, lembut teksturnya, bijirin yang
lebih halus dan serbuk halus.
Sesetengah pelembut doh mempunyai lebih daripada satu peranan. Contohnya
Stearoyl-2-lactylat e, melembutkan serbuk dan menguatkan doh.
Monoglycerides adalah pelembut doh yang mengekalkan kelembutan roti
sepanjang masa dan menolong mencegah hapak.
Enzim tertentu juga berfungsi sebagai pelembut doh. Lipoxygenase
membantu memutihkan roti dengan pengoksidaan asid lemak. Protease
enzymes diperolehi daripada kulat, menjadikan doh roti lebih mudah
dibentuk dan alpha-amylase membantu penapaian doh roti.
Pengemulsi: Digunakan dengan meluas dalam penambahbaikan roti untuk
mengawal saiz buih gas, pengemulsi membolehkan doh memerangkap lebih
banyak gas dan oleh sebab itu mengembang dengan lebih besar dan
menjadikan serbuk lebih lembut. Pengemulsi juga mengurangkan kadar roti
menjadi hapak. Beberapa contoh adalah
Agen Pengurang: Digunakan sebagai L-cysteine hydrochloride (E920),
cysteine adalah asid amino yang berlaku secara semula jadi dalam membuat
roti untuk menghasilkan doh terutama sekali untuk ban burger dan roti
Perancis. Ia mungkin diperolehi daripada bulu binatang dan juga rambut
manusia.
Bahan Pengawet: Dua bahan pengawet yang digunakan dengan meluas dalam
tepung ialah kalsium propionat dan cuka (asid asetik). Bahan pengawet
hanya perlu untuk memanjangkan hayat simpanannya.
2 Terlalu Banyak Garam
Tahukah anda bahawa di United Kingdom, kerajaan mengklasifikasikan roti
yang dihasilkan oleh industri sebagai makanan yang mempunyai banyak
garam? Ini kerana terlalu banyak garam ditambah sebagai pengawet dan
penambah perisa dalam roti.
Natrium adalah salah satu galian penting untuk mengawal keseimbangan
cecair dalam tubuh kita. Air masuk dan keluar daripada sel kita untuk
mengimbangi jumlah natrium dalam darah. Bagaimanapun kebanyakan daripada
kita mengambil garam yang cukup setiap hari untuk menyediakan lebih
daripada 10 kali jumlah natrium yang mereka perlukan.
Terlalu banyak natrium boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi dan
memberi tekanan pada jantung. Memakan tiga kali lebih natrium berbanding
pengambilan harian maksimum 2,400 mg yang disarankan untuk rakyat
Amerika boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan serangan jantung
dan strok, malah bagi mereka yang tidak sensitif kepada natrium.
3 Lemak Trans Tersembunyi
Roti yang dihasilkan oleh industri menggunakan lemak hidrogenan, lemak
keras yang berfungsi bersama dengan gluten (protein yang ditemui dalam
tepung, yang terbentuk semasa membuat roti) untuk menghasilkan doh yang
keras yang akan naik dengan cepat dan mengekalkan strukturnya sewaktu
membakar dan menyejukkan roti.
Lemak hidrogenan adalah lemak keras. Lemak keras ini memperbaiki isipadu
roti, kelembutan serbuk dan membantu kekal lama, jadi ia sesuai untuk
proses membuat roti secara industri.
Lemak hidrogenan juga mengandungi lemak trans, jauh lebih buruk daripada
lemak tepu. (Lemak trans terbentuk sewaktu penghidrogenan minyak sayuran
- proses komersial digunakan untuk mengeraskan minyak untuk penghasilan
lemak seperti lelemak dan marjerin keras. Hasil daripada proses ini
minyak menjadi separa keras, lebih stabil pada suhu bilik tetapi lebih
tepu).
Lemak trans menyebabkan:
* Kolesterol HDL (baik) rendah dan meningkatkan kolesterol LDL (buruk).
* Arteri tersumbat.
* Penentangan insulin (mengurangkan sensitiviti pada tisu tubuh kepada
tindakan insulin, yang perlu untuk membawa glukosa ke dalam tisu untuk
digunakan sebagai sumber tenaga). (Penentangan insulin dikaitkan dengan
kegemukan, hati berlemak, diabetes jenis 2, penyakit jantung, penyakit
ovari polisista, dan kecacatan pembesaran);
* Menyebabkan atau menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius
seperti penyakit jantung.
4. Penggunaan Yis Berlebihan
Roti biasanya dibuat dengan hanya empat ramuan - tepung, air, garam dan
ragi atau yis. Malah yis tidak diperlukan dengan doh masam atau bahan
penaik semula jadi.
Roti keluaran industri menggunakan 2 - 3 kali jumlah yis biasa
berbanding roti yang dibuat secara tradisional. Ini menghasilkan
sejumlah besar gas dan dalam proses itu ia menjadi roti span. Sejumlah
besar yis di dalam roti yang dimakan dikatakan menjadi punca bagi
pertumbuhan yis yang tidak bertoleransi, radang usus dan candida
albicans dalam beberapa dekad yang lalu.
Yis diubah suai secara genetik:
Satu lagi kebimbangan terhadap yis di dalam roti ialah kita mungkin
tidak mengetahui sama ada yis yang digunakan diubah suai secara genetik.
Satu jenis yis yang diubah suai secara genetik ialah yis yang
menggunakan pelbagai jenis gula. Pada masa kini, dua yis sedemikian
boleh didapati - satu menaikkan roti lebih cepat. (Satu lagi ialah bagi
menghasilkan bir yang kurang karbohidrat, iaitu kurang kalori.)
Kejuruteraan genetik, atau bioteknologi, adalah satu teknologi baru yang
menakutkan yang membolehkan para saintis mengubah DNA atau genetik
daripada organisma hidup - dalam perkataan lain, mengubah blueprint
keturunan organisma. Ia adalah sains kabur kerana pemahaman saintifik
tentang cara gen berfungsi dalam organisma masih di peringkat awal.
Tiada siapa yang mengetahui kesan jangka panjang yang mungkin timbul dan
risiko terhadap kesihatan manusia akibat pengambilan makanan sedemikian,
tidak seperti pengetahuan kita yang lebih lengkap mengenai makanan asli
yang terdapat dalam diet kita sejak beribu tahun lalu.
Terdapat kebuimbangan bahawa makanan yang diubah boleh menyebabkan
seseorang itu mudah mengalami alahan terhadap makanan yang dahulunya
mereka boleh makan dengan selamat.
Dalam satu ujikaji untuk menghasilkan yis dengan kadar metabolik yang
lebih tinggi (sebagai contoh, untuk mempercepat penapaian dalam membuat
roti atau bir) gen tambahan yang terbabit dalam memetabolisme glukosa
dimasukkan ke dalam yis. Kemudiannya penyelidik melaporkan yis juga mula
mengumpulkan toksik dan kepekatan mutagenik (boleh menyebabkan
perubahan, atau mutasi, pada paras kromosom atau gen) bahan yang
dinamakan methylglyoxai.
5. Enzim Meragukan
Enzim ialah satu protein yang mempercepat tindak balas metabolik, dan ia
diperolehi daripada sumber tumbuhan, binatang, kulat dan bakteria.
Sebagai contoh, Chymosin, adalah enzim yang digunakan untuk mendadih
susu bagi menghasilkan keju. Ia diperolehi sama ada daripada renet perut
anak lembu atau disintesis melalui kejuruteraan genetik.
Enzim adalah rahsia besar pembakaran moden.. Malah, seluruh enzim
digunakan dalam pembakaran. Namun ia dinamakan "bantuan pemprosesan, "
yang tidak perlu dinyatakan pada label produk. Tidak hairanlah,
kebanyakan orang tidak mengetahui yang roti mereka mengandungi enzim
tambahan.
Pengeluar telah menghasilkan enzim dengan dua objektif utama: untuk
membuat doh yang mengandungi lebih banyak gas (yang menjadikan roti
lebih ringan) dan menjadikan roti lebih lembut dalam tempoh yang panjang
selepas pembakaran.
Kebanyakan enzim kilang roti diperolehi daripada bahan yang bukan
merupakan sebahagian daripada diet manusia biasa. Sungguhpun enzim
sedemikian dari segi kimia adalah sama seperti yang terdapat secara asli
di dalam tepung atau doh roti, ia dicampurkan dalam jumlah yang banyak
berbanding dalam roti biasa.
Kini keselamatan enzim yang digunakan kilang roti telah dicabar secara
radikal melalui penemuan bahawa enzim transglutaminase, digunakan untuk
menjadikan doh bersifat lebih meregang dalam croissant dan sesetengah
roti, boleh menukar sebahagian daripada protein gandum beracun pada
orang yang mengalami keadaan tidak tahan terhadap gluten.
Perkembangan ini adalah penting kerana ia menunjukkan enzim yang
ditambah pada doh roti mungkin menimbulkan kesan yang tidak diingini dan
merosakkan. Enzim boleh menjadi bahan yang menyebabkan alergi (alergen).
Enzim juga mungkin tidak berbahaya dengan sendirinya, tetapi mungkin
digunakan untuk menghasilkan produk yang tidak diingini. (Sumber: "The
Shocking Truth About Bread," The Independent, 29 Ogos 2006).
Enzim diubah suai secara genetik:
Enzim untuk kegunaan sebagai bantuan pembakaran boleh dihasilkan secara
tidak asli melalui pengubahsuaian genetik atau bioteknologi. Pereka
enzim ini telah menambah sifat yang menguntungkan pengeluar makanan.
Sebagai contoh, dengan menambah enzim yang diperolehi secara
bioteknologi, seperti maltogenic amylase, ke dalam tepung, pengeluar
boleh menjadikan roti tahan lebih lama.
Sebuku roti mula memecah sebaik sahaja ia dikeluarkan dari ketuhar.
Kanji di dalam roti hilang kelembapan (yang menyebabkan roti keras dalam
masa beberapa hari). Dengan menambah enzim yang diubah secara genetik ke
dalam tepung, struktur kanji boleh diubah untuk mengekalkan kelembapan
dengan lebih baik.
Enzim yang diubah suai secara genetik tidak dinyatakan pada label, dan
kita kurang mengetahui tentang risiko yang berpotensi timbul terhadap
kesihatan.
Oleh itu, roti yang dihasilkan secara besar-besaran hari ini merupakan
ujikaji besar yang dijalankan ke atas kesihatan kita.
6 Tepung beracun
Tepung segar adalah kurang putih dan mempunyai bau yang kuat. Untuk
mengatasi masalah ini, tepung itu dimasukkan gas klorin dioksida semasa
dibakar di dalam ketuhar khas. Klorin itu bukan sahaja memutih dan
mematang tepung, ia membentuk sebatian seperti asid diklorostearik, yang
kekal di dalam tepung itu.
Klorin dioksida memusnahkan Vitamin E, dan bertindak balas dengan
protein tertentu untuk membentuk methionine sulfoxide, yang diketahui
menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat pada manusia. Jika klorin
dioksida tidak digunakan, bahan pemutih seperti benzoil peroksida dan
nitrogen peroksida mungkin dicampurkan bersama agen yang mematang
seperti kalium bromat, kalium iodat dan azocarbo-namide.
Roti yang diperbuat daripada tepung yang dikisar dengan batu pengisar
adalah berat dan mudah mengering serta pecah, ciri-ciri yang tidak
diingini dalam roti yang dihasilkan secara komersial hari ini. Pembuat
roti komersial tidak dapat mengekalkan kelembapan produk mereka dengan
menambah polyoxyethlene monostearate ke dalam tepung, yang mempunyai
sifat yang menyerap dan menyimpan air.
Penyimpanan air di dalam tepung menyebabkan roti tahan dan kekal lembut,
tetapi bahan kimia ini juga menyebabkan kanser pada tikus makmal.
Ethoxylated mono- dan digliserida juga dicampurkan ke dalam doh untuk
menghasilkan kelembutan yang diingini pada roti.
Kadangkala agen rawatan tepung juga digunakan. Asid L-ascorbic (E300)
boleh dicampurkan ke dalam tepung oleh pengilang, atau pada peringkat
pembakaran. Ia bertindak sebagai pengoksida, yang membantu menyimpan gas
di dalam doh, yang menjadikan roti naik dan memberi gambaran nilai
palsu.
Di AS sahaja, terdapat kira-kira 60 bahan kimia yang diluluskan
penggunaannya dalam menghasilkan tepung dan roti. Walaupun tidak ada
pengeluar menggunakan kesemua 60 bahan penambah itu, 8 atau lebih adalah
lazim digunakan.
Fakta mengenai tepung:
Dahulunya tepung dihasilkan melalui penghancuran bijirin dengan
menggunakan penggelek batu (stone roller). Penggelek batu biasanya
digerakkan oleh angin, air atau tenaga lembu jantan dan digerakkan
secara perlahan tanpa menghasilkan haba. Vitamin dan zat galian mudah
dimusnahkan oleh haba, tetapi teknik penghancuran yang sejuk menjamin
kebanyakan nutrien, termasuk germa, dikekalkan.
Tidak seperti hari ini. Tepung dikilang dengan membuang germa (lapisan
kulit dalam yang berkhasiat) dan lapisan luar selulosa (di mana
kebanyakan serat ditemui) dan menghancurkan bijirin dengan penggelek
keluli (steel roller) yang berkelajuan tinggi.
Tidak seperti tepung bijirin tulen yang dikisar oleh pengisar batu,
tepung yang kita makan hari ini terlalu putih dan halus.
Inilah yang dicapai oleh pengilang dengan menghancurkan bijirin melalui
penggunaan pelbagai mesin penggelek. Haba yang dihasilkan melalui
penggelek keluli boleh memusnahkan sebarang vitamin dan zat galian yang
biasanya ditemui dalam bijirin, yang menghasilkan produk siap daripada
kanji tidak putih.
Tepung putih yang dikilang yang menanggalkan bahan penghalang aslinya
amat mudah terdedah kepada serangan kulat. Ini diatasi dengan
mencampurkan asid propionik, bahan yang mencegah kulat dalam serbuk ubat
kaki makan air (athletes' foot).
Malah tepung gandum tulen dicurigai semasa proses pengilangan moden.
Mesin berkelajuan tinggi mencecah sehingga 400o F, dan kepanasan ini
memusnahkan nutrien penting dan menghasilkan ketengikan dalam bran dan
germa.
Vitamin E di dalam germa dimusnahkan - satu kehilangan disebabkan gandum
tulen merupakan sumber Vitamin E yang paling mudah diperolehi.
7 Sisa racun makhluk perosak
Penanaman bijirin kontemporari, termasuk gandum (di mana tepung
diperolehi), yang racun makhluk perosak dan bahan kimia lain digunakan,
juga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan memakan roti yang dijual
hari ini.
Kebanyakan racun makhluk perosak yang digunakan pada bijirin berfungsi
sebagai xenoestrogen, estrogen asing yang boleh mengganggu keseimbangan
hormon dan mungkin menjadi penyebab sebilangan masalah kesihatan.
Sebagai contoh, para penyelidik menjangka bahan kimia yang menyerupai
estrogen ini merupakan salah satu daripada faktor penyebab budak lelaki
dan perempuan mengalami akil baligh lebih awal. Ia juga telah dikaitkan
dengan kemandulan, keluarbiasaan dan kanser yang dikaitkan dengan
hormon, termasuk penyakit payudara fibrosista, kanser payudara dan
endometriosis.
Dikesan dalam roti:
Pada Jun 2005, Jawatankuasa Sisa Racun Makhluk Perosak UK (sebuah badan
bebas yang menasihati kerajaan UK, Lembaga Pengarah Keselamatan Racun
Makhluk Perosak dan Agensi Standard Makanan) melaporkan penemuan sisa
racun makhluk perosak dalam 53 daripada 72 "roti biasa" yang diuji, yang
termasuk roti putih (37), roti gandum tulen (26) dan jenis roti "lain"
(9).
Racun makhluk perosak yang dikesan dalam roti yang diuji ialah
chlormequat (pengawal pertumbuhan tanaman yang digunakan pada pelbagai
tanaman, termasuk bijirin), glyphosate (digunakan sebagai bahan
pengering ke atas tanaman bijirin), malathion (racun serangga) dan
pirimiphos-methyl (racun serangga yang digunakan untuk mengawal makhluk
perosak bijirin yang disimpan).
Satu sampel roti gandum tulen didapati mengandungi 3 sisa racun,
sementara 13 sampel lain (10 roti gandum tulen, 2 roti putih dan 1 roti
"lain" mengandungi 2 sisa racun.
Ini menimbulkan kebimbangan di Britain memandangkan kesan jangka panjang
ke atas kesihatan daripada campuran sisa racun makhluk perosak ini
kurang difahami, dan ketara terutamanya pada bayi dalam kandungan serta
kanak-kanak kecil.
8 Logam berat
Di sesetengah negara, roti dijual sungguhpun mengandungi logam berat.
Sebagai contoh, paras tinggi logam kadmium beracun dan amat berbahaya
jarang ditemui di dalam roti Australia. Kadmium datang daripada baja
fosfat yang disembur ke atas ladang gandum. (Sumber: Museum Victoria
Australia 2003).
9 Tiada Nutrien
Pernahkah anda tertanya-tanya apa maksud "Roti putih yang diperkaya"
seperti yang tertera pada bungkusan roti? Makanan yang diperkaya
mengandungi nutrien tambahan untuk menggantikan nutrien yang hilang
semasa pemprosesan.
Bijirin tulen amat berkhasiat. Pemprosesan moden menghilangkan nilainya
sehingga 90% malah 100% nutrien.
Menurut penemuan Amerika, apabila bijirin dijadikan tepung putih halus,
lebih daripada 30 nutrien perlu dihilangkan. Hanya 4 daripada nutrien
itu (Vitamin B1, B2 dan B3, dan zat besi) ditambah kembali ke dalam
proses yang dinamakan "pengayaan."
Nutrien yang dihilangkan dan tidak dikembalikan termasuk 44% Vitamin E,
52% asid pantotenik, 65% asid folik, 76% biotin, 84% Vitamin B6, dan
separuh atau lebih 20 zat galian dan unsur surih (termasuk magnesium,
kalsium, zink, kromium, mangan, selenium, vanadium dan kuprum).
Dengan kehilangan nutrien semasa proses pengilangan, istilah "Kurang
bermutu" (Degraded) mugkin lebih sesuai digunakan.
10 Rambut manusia - Haram bagi umat Islam
Pengguna Muslim mungkin terkejut apabila mengetahui yang roti sebenarnya
mengandungi unsur-unsur daripada rambut manusia. Sememangnya rambut
manusia telah diproses untuk menjadi ramuan di dalam makanan termasuk
roti.
Bahan yang dipersoalkan itu ialah L-cysteine (asid amino yang digunakan
di dalam makanan, industri farmaseutikal dan kosmetik).
Penggunaan L-cysteine dalam makanan dibenarkan di Malaysia. Menurut
Jadual Ke-11 Peraturan Makanan 1985, penggunaan L-cysteine dibenarkan
dalam gandum dan tepung protein tinggi bagi membuat roti.
Dalam pembuatan roti, L-cysteine digunakan untuk mengurangkan masa
campuran doh tepung, menghentikan pengecutan kulit roti piza selepas ia
diratakan, dan membantu pemindahan doh melalui pelbagai alat pemprosesan
kilang roti atau pelembut doh.
Sungguhpun L-cysteine mungkin wujud, biasanya ia tidak disenaraikan
sebagai ramuan. Ini memandangkan ia tidak dianggap sebagai bahan
penambah makanan, tetapi sebagai membantu pemprosesan.
PANDANGAN ISLAM MENGENAI L- CYSTEINE
Menurut hukum Syariah, memakan sebarang bahagian tubuh manusia adalah
haram bagi umat Islam. Daripada temu bual dengan Mufti Perak, Dato' Seri
Dr. Harussani bin Zakaria, difahamkan bahawa setiap bahagian tubuh
manusia adalah suci dan perlu dihormati. Dengan itu, makanan yang
mengandungi L-cysteine adalah meragukan memandangkan L-cysteine boleh
diperolehi daripada rambut manusia.
Berdasarkan pandangan ini, pengguna Muslim perlu berhati-hati semasa
memilih makanan di pasaran, terutama makanan yang mengandungi
L-cysteine, seperti roti, pisa (dan juga perisa makanan lazat).
-Suntingan Azizi Hj Abdullah, Editor Utusan Pengguna (CAP).
__._,_.___
Messages in this topic
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/message/4252;_ylc=X3oDMTM0NWEwamcyB
F9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BG1zZ0lkAzQyN
TIEc2VjA2Z0cgRzbGsDdnRwYwRzdGltZQMxMjI5NzUwMzQyBHRwY0lkAzQyNTI-> (1)
Reply (via web post)
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/post;_ylc=X3oDMTJwbWFlcjMzBF9TAzk3M
zU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BG1zZ0lkAzQyNTIEc2VjA
2Z0cgRzbGsDcnBseQRzdGltZQMxMjI5NzUwMzQy?act=reply&messageNum=4252> |
Start a new topic
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/post;_ylc=X3oDMTJlNXRwODlzBF9TAzk3M
zU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA250c
GMEc3RpbWUDMTIyOTc1MDM0Mg-->
Messages
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/messages;_ylc=X3oDMTJla3Y2M2dkBF9TA
zk3MzU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA
21zZ3MEc3RpbWUDMTIyOTc1MDM0Mg--> | Files
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/files;_ylc=X3oDMTJmNzhnaWZmBF9TAzk3
MzU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA2Zp
bGVzBHN0aW1lAzEyMjk3NTAzNDI-> | Photos
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/photos;_ylc=X3oDMTJlMGtiYjJjBF9TAzk
3MzU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA3B
ob3QEc3RpbWUDMTIyOTc1MDM0Mg--> | Links
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/links;_ylc=X3oDMTJmbGxvaTBzBF9TAzk3
MzU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA2xp
bmtzBHN0aW1lAzEyMjk3NTAzNDI-> | Database
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/database;_ylc=X3oDMTJjajQ3bG9iBF9TA
zk3MzU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA
2RiBHN0aW1lAzEyMjk3NTAzNDI-> | Polls
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/polls;_ylc=X3oDMTJmcHM0NmU3BF9TAzk3
MzU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA3Bv
bGxzBHN0aW1lAzEyMjk3NTAzNDI-> | Members
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/members;_ylc=X3oDMTJlam9maGVjBF9TAz
k3MzU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA2
1icnMEc3RpbWUDMTIyOTc1MDM0Mg--> | Calendar
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/calendar;_ylc=X3oDMTJkdXJobTEyBF9TA
zk3MzU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA
2NhbARzdGltZQMxMjI5NzUwMzQy>
MARKETPLACE
________________________________
From kitchen basics to easy recipes - join the Group from Kraft Foods
<http://us.ard.yahoo.com/SIG=13rrajkfc/M=493064.12016295.13271503.108355
68/D=groups/S=1705106849:MKP1/Y=YAHOO/EXP=1229757542/L=/B=w7F4TULaX.g-/J
=1229750342973792/A=5530388/R=0/SIG=11nuutlas/*http:/explore.yahoo.com/g
roups/kraftmealsmadesimple/>
Yahoo! Groups
<http://groups.yahoo.com/;_ylc=X3oDMTJkbWxyMmRrBF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkA
zgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA2dmcARzdGltZQMxMjI5N
zUwMzQy>
Change settings via the Web
<http://groups.yahoo.com/group/qswap/join;_ylc=X3oDMTJmbHRpdTRtBF9TAzk3M
zU5NzE0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA3N0b
mdzBHN0aW1lAzEyMjk3NTAzNDI-> (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest
<mailto:qswap-...@yahoogroups.com?subject=Email%20Delivery:%20Digest>
| Switch format to Traditional
<mailto:qswap-tr...@yahoogroups.com?subject=Change%20Delivery%20Fo
rmat:%20Traditional>
Visit Your Group
<http://groups.yahoo.com/group/qswap;_ylc=X3oDMTJkNTB1Yzc5BF9TAzk3MzU5Nz
E0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwNmdHIEc2xrA2hwZgRzdG
ltZQMxMjI5NzUwMzQy> | Yahoo! Groups Terms of Use
<http://docs.yahoo.com/info/terms/> | Unsubscribe
<mailto:qswap-un...@yahoogroups.com?subject=>
Recent Activity
Visit Your Group
<http://groups.yahoo.com/group/qswap;_ylc=X3oDMTJlanN2aWE0BF9TAzk3MzU5Nz
E0BGdycElkAzgwNjk0NjgEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MTA2ODQ5BHNlYwN2dGwEc2xrA3ZnaHAEc3
RpbWUDMTIyOTc1MDM0Mg-->
Yahoo! Search
Start Searching
<http://us.ard.yahoo.com/SIG=13ojbogev/M=493064.12016265.12445672.867457
8/D=groups/S=1705106849:NC/Y=YAHOO/EXP=1229757542/L=/B=xLF4TULaX.g-/J=12
29750342973792/A=3858797/R=0/SIG=10pbnnlc1/*http:/search.yahoo.com>
Find everything
you're looking for.
All-Bran
Day 10 Club
<http://us.ard.yahoo.com/SIG=13oaoolf7/M=493064.12016283.12445687.867457
8/D=groups/S=1705106849:NC/Y=YAHOO/EXP=1229757542/L=/B=xbF4TULaX.g-/J=12
29750342973792/A=5202317/R=0/SIG=11aijbghb/*http:/new.groups.yahoo.com/a
llbrangroup>
on Yahoo! Groups
Feel better with fiber.
Yahoo! Groups
Dogs Owners Group
<http://us.ard.yahoo.com/SIG=13ou715r2/M=493064.12016263.12445670.867457
8/D=groups/S=1705106849:NC/Y=YAHOO/EXP=1229757542/L=/B=xrF4TULaX.g-/J=12
29750342973792/A=5522130/R=0/SIG=11k97shp3/*http:/advision.webevents.yah
oo.com/domorefordogs/>
Join Do More For Dogs
pet community
.
<http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=8069468/grpspId=1705106849/m
sgId=4252/stime=1229750342/nc1=3858797/nc2=5202317/nc3=5522130>
__,_._,___
________________________________
Nama E-mel baru untuk anda!
<http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http:/mail.
promotions.yahoo.com/newdomains/my/>
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan
@rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
DISCLAIMER : This e-mail and any files transmitted with it ("Message")
is intended only for the use of the recipient(s) named above and may
contain confidential information. You are hereby notified that the
taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission,
dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is
strictly prohibited. If you have received this Message in error, you
should delete this Message immediately and advise the sender by return
e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message
that do not relate to the official business of PETRONAS or its Group
of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by
PETRONAS or any of the companies within the Group.
--
Sent from my mobile device