FW: Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat untuk Dipanjangkan kepada Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) - PANGGILAN KEDUA UNTUK MENGUMPUL CADANGAN

26 views
Skip to first unread message

Mohd Tar b Adik

unread,
Jul 20, 2012, 4:49:24 AM7/20/12
to ku...@googlegroups.com


From: ptm-b...@perjasa.org.my [ptm-b...@perjasa.org.my] on behalf of Mohd Naim Mohd Ibrahim [naim.i...@perjasa.org.my]
Sent: Friday, July 20, 2012 12:26 AM
To: ptm
Subject: Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat untuk Dipanjangkan kepada Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) - PANGGILAN KEDUA UNTUK MENGUMPUL CADANGAN


Email ini adalah makluman kedua untuk kami mengumpulkan cadangan - cadangan penambahbaikan Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam. Dipohon juga untuk saudara - saudari memanjangkan kepada rakan sekerja,pegawai atasan, pegawai bahawan dan rakan sepejabat yang terdiri daripada Pegawai Skim F / FT yang lain. Tarikh akhir untuk mengemukakan cadangan adalah 27 Julai 2012 (Jumaat).

Kami ingin memohon maaf sekiranya saudara - saudari menerima email ini berulang - kali.


Saudara dan Saudari Warga Kerja Perkhidmatan Teknologi Maklumat yang saya hormati,

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum, pihak Kerajaan melalui Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) sedang mengkaji semula perkhidmatan awam ke arah menambahbaik kualiti perkhidmatan awam melalui penyampaian perkhidmatan berkesan kepada rakyat.

Sehubungan dengan itu PERJASA, PESIMA dan Wakil Juruteknik Komputer ingin bersama-sama dengan Kerajaan dalam merealisasikan hasrat ini. Ketiga-tiga entiti ini bergabung sebagai 1 suara mewakili Perkhidmatan Teknologi Maklumat dalam usaha mengumpulkan, memperincikan dan merumuskan cadangan–cadangan penambahbaikan demi meningkatkan mutu perkhidmatan teknologi maklumat dan kesejahteraan pegawai di dalam skim ini.

Antara cadangan yang akan dikemukakan ialah Pewujudan Jabatan Teknologi Maklumat Negara (ICTN) dengan Ketua Perkhidmatan sendiri. Bagi mengukuhkan tuntutan bagi cadangan ini. Satu soal-selidik berkenaan Penubuhan Jabatan IT telah dikeluarkan pada 6 Julai 2012 yang lalu dan hasil maklumbalas yang diterima adalah sangat memberangsangkan. Penubuhan Jabatan IT tentulah tidak memberikan apa - apa makna sekiranya Skim Perkhidmatan Teknololgi Maklumat masih ditakuk lama, oleh itu idea-idea bernas saudara-saudari sekalian amatlah kami perlukan untuk kita bersama-sama mentransformasikan Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam. Cadangan saudara - saudari boleh dicurahkan di pautan seperti berikut :

Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam (17 soalan)

Pautan: http://bit.ly/penambahbaikanskimf
Tarikh : 13 Julai 2012 (Jumaat) – 27 Julai 2012 (Jumaat)

Kerjasama YBhg Dato’/Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.


AZLINA AZMAN                                                   SAZALI SAJAT                                    KHAIRUL ZAMEER ABIDIN

Presiden PERJASA                                            Presiden PESIMA                                                 Wakil JTK



________________________________________________________
www.pejasa.org.my
www.pesima.net
ATT00001.txt
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages