Salam Kegemilangan dan Salam 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,
YM/ Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman myMeeting versi 4.0 yang dikenali sebagai myMesyuarat telah sedia ada untuk digunakan oleh sektor awam. myMesyuarat boleh dilaksanakan melalui dua (2) cara iaitu secara standalone dan secara cloud.
i. Standalone
Untuk cara ini, agensi perlu install sendiri sistem ke dalam server agensi masing-masing. Maintenance dan custumisation perlu dilakukan oleh pihak agensi sendiri. Source code myMesyuarat boleh didapati dengan:
a) Download coding di http://sourceforge.net/projects/mymesyuarat/files/mymesyuarat/
b) Pilih fail “mymesyuarat ver0.9b-2.zip”
c) Manual instalasi untuk myMesyuarat standalone boleh didapati pada fail “MyMesyuarat-Installation-Steps -20120730.pdf”
Fail “demo_mrbs-ver0.9b.zip” adalah merupakan aplikasi tempahan bilik mesyuarat versi beta yang boleh diintergratekan dengan sistem myMesyuarat, walaubagaimanapun aplikasi ini masih di tahap beta.
ii. Cloud
Dengan versi ini agensi tidak perlu install aplikasi tersebut di server agensi dan agensi boleh menggunakan perkhidmatan mesyuarat atas talian ini seperti menggunakan perkhidmatan e-mel gmail dan hotmail sahaja. Data-data mesyuarat seperti minit mesyuarat, slaid pembentangan dan sebagainya akan disimpan di server induk yang berada di MAMPU Cyberjaya. Tiada limitasi saiz penggunaan akan dikenakan ke atas setiap agensi dan maintenance serta custumisation akan dilakukan oleh pihak OSCC. Beberapa agensi yang telah melaksanakan myMesyuarat versi cloud adalah Majlis Perbandaran Sepang, MARA, Majlis Perbandaran Manjung, PERKESO, Jabatan Audit Negara, Universiti Sains Islam Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Untuk memohon myMesyuarat jenis cloud, mohon e-melkan permohonan agensi kepada help...@oscc.org.my. ID dan password Admin akan dibekalkan kepada administrator agensi dan adalah tanggungjawab admin tersebut untuk create user ID dan password agensi masing-masing. Untuk pertanyaan teknikal boleh hubungi En. Termizi di ter...@oscc.org.my.
3. Informasi myMesyuarat boleh didapati di http://portal.mymesyuarat.gov.my/ dan agensi boleh mencuba sendiri demo sistem ini di url: http://pilot.mymesyuarat.gov.my/demo/login. Sehingga kini agensi adalah bebas untuk menggunakan versi standalone tetapi pada masa akan datang semua agensi sektor awam adalah disarankan untuk menggunakan versi cloud bagi menjayakan inisiatif e-Governement Kerajaan.
Sekian, terima kasih.
"Bersama Melaksana Transformasi"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
POON AI PHIN
Bahagian Pembangunan Pengurusan EG - Seksyen Kerajaan Negeri, Badan berkanun Negeri
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3,
63000 Cyberjaya
Tel: 03-887 25067
H/P: 012-9664338