Salam,
Gayanya mcm email
Nor Mohd Rizuan Halim mungkin infected.. sama ada kena hack
atau PC ada virus.
Saya pun pernah terkena mcm ni sebelum ini, my yahoo email pandai menghantar email sendiri. Saya laporkan kepada Cyber999 dan ini jawapan mereka.. Untuk dikongsi bersama.
--------------
-----BEGIN PGP SIGNED MESSAGE-----
Hash: SHA1
Dear Mohd Tar Adik,
Terima kasih kerana melaporkan perkara ini kepada pihak kami. Berdasarkan
telahan awal, pc saudara berkemungkinan telah dijangkiti trojan/malware.
Trojan/malware tersebut mempunyai fungsi untuk menghantar email kepada semua
contact yang didapati di 'list of contact' daripada email saudara. saudara
dinasihatkan untuk menjalankan beberapa perkara di bawah untuk tindakan awal:
1] Pastikan 'security question' dan katalaluan tidak diubah dan saudara
disarankan untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat tersebut. Gunakan katalaluan
yang lebih kompleks dengan kombinasi nombor, simbol dsb.
2] Download 'Hijackthis' untuk membuat imbasan dan mengesan sebarang
entri/setting meragukan di 'registry'.
Sila rujuk di laman MyCERT untuk cara memuat turun dan menggunakan 'Hijackthis'
http://www.mycert.org.my/en/resources/malware/main/main/detail/571/index.html
Setelah selesai membuat imbasan, sila kemukakan kepada pihak kami log yang
diperolehi agar analisa dapat dilakukan.
3] Sila pastikan Antivirus saudara dikemaskini dengan versi yang terbaru.
4] Saudara digalakkan untuk memberi notifikasi kepada 'contact' saudara agar
tidak membuka email yang meragukan yang telah dihantar daripada email saudara.
Diharap maklumat di atas dapat membantu.
--------------